backup og meta

3 Jenis Rawatan Kanser Yang Perlu Anda Tahu

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 17/01/2023

    3 Jenis Rawatan Kanser Yang Perlu Anda Tahu

    Pernahkah anda terfikir, bagaimana kanser dirawat?

    Walaupun tidak semua kanser boleh dirawat sepenuhny sehingga sembuh, perkembangannya masih boleh dikawal. Terdapat 3 jenis rawatan utama bagi kanser. Apakah ia? Baca selanjutnya.

    1. Pembedahan

    Pembedahan atau surgeri adalah rawatan utama bagi kebanyakan kanser, terutamanya jika ia di peringkat awal kanser. Pembedahan kanser terbahagi kepada banyak jenis. Ia mungkin melibatkan pembuangan tumor terbabit semata-mata, atau tumor bersama-sama dengan tisu di sekelilingnya.

    Dalam kes yang berada di peringkat akhir, pembedahan dilakukan hanya untuk mengurangkan simptom. Misalnya, kanser usus yang menyebabkan usus tersumbat diuruskan dengan membuat stoma untuk membuat laluan alternatif bagi laluan najis.

    2. Kemoterapi

    Rawatan ini mungkin yang paling popular dalam kalangan masyarakat. Perkataan kemoterapi seolah-olah sudah serasi dengan kanser, sedangkan kemoterapi juga digunakan untuk merawat penyakit lain.

    Apakah itu kemoterapi? Secara mudahnya, ia adalah sejenis rawatan yang menggunakan ubat untuk menyerang dan membunuh sel-sel kanser. Biasanya, rawatan ini diberikan untuk kes kanser yang sudah merebak atau di peringkat lanjut. Namun, ada juga yang digunakan di peringkat awal kanser.

    Kemoterapi adalah sejenis rawatan yang efektif. Tetapi ia datang dengan banyak kesan sampingan kerana ubat yang digunakan untuk membunuh sel-sel kanser turut menjejaskan sel-sel yang normal. Oleh sebab itu, pesakit akan mengalami kesan-kesan seperti muntah, rambut gugur, hilang kesuburan atau sakit kepala.

    3. Radioterapi

    Rawatan radioterapi pula melibatkan penggunaan gelombang radio untuk membunuh kanser yang terbabit. Ia boleh digunakan secara bersendirian atau bersama dengan jenis rawatan yang lain.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 17/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan