backup og meta

Benarkah Kanser Boleh Berjangkit Dan Tiada Peluang Sembuh? Ini Fakta SEBENAR!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 17/01/2023

    Benarkah Kanser Boleh Berjangkit Dan Tiada Peluang Sembuh? Ini Fakta SEBENAR!

    Tahukah anda, banyak mitos mengenai penyakit kanser yang sebenarnya berlegar dalam kalangan masyarakat kita pada waktu ini?

    Sebarang salah faham atau mitos mengenai kanser bukan sahaja boleh memudaratkan pesakit, malah ia juga boleh membawa maut!

    Kami di Hello Doktor ingin membetulkan sebarang salah faham mengenai kanser yang selalu diperkatakan dalam kalangan masyarakat selama ini.

    Jom, ambil tahu mengenai fakta sebenar disebalik penyakit kanser. Jangan hanya dengar daripada mulut orang sahaja!

    1. Tiada peluang untuk sembuh bagi pesakit kanser

    penyakit kanser

    Bukan semua kanser membawa maut. Walaupun bilangan pesakit kanser semakin meningkat, rawatan kanser semakin maju dan ramai pesakit berjaya melawan penyakit ini.

    Sejak tahun 1990, bilangan pesakit kanser telah semakin berkurangan. Kadar kelangsungan hidup selama 5 tahun atau 5-year survival rate untuk beberapa jenis kanser seperti kanser payudara, kanser prostat dan kanser tiroid sekarang sudah mencecah 90%.

    Walau bagaimanapun, statistik di atas diambil daripada kumpulan sampel yang besar. Malah, kadar kelangsungan hidup pesakit kanser mungkin berbeza-beza mengikut individu.

    Sebenarnya, ada banyak faktor yang menentukan sama ada pesakit kanser akan hidup ataupun meninggal dunia.

    2. Gula akan membuatkan tumor kanser membesar

    Kenyataan ini merupakan satu salah faham yang sudah lama berlegar dalam kalangan pesakit kanser. Untuk pengetahuan anda, semua sel memerlukan gula sebagai sumber tenaga, bukan sel kanser sahaja!

    Makan lebih banyak gula tidak akan buatkan kanser jadi semakin teruk. Sama jugalah jika anda tidak makan gula langsung, itu tidak bermaksud sel tumor akan mengecut!

    Walau bagaimanapun, anda perlu ingat bahawa obesiti merupakan salah satu faktor terbesar kanser.

    Oleh sebab itu, individu yang makan terlalu banyak gula hingga menjadi obes berisiko untuk menghidap beberapa jenis kanser.

    3. Penyakit kanser boleh berjangkit?

    Penyakit kanser bukanlah satu penyakit yang boleh berjangkit. Satu-satunya cara kanser boleh berjangkit daripada satu individu ke individu yang lain ialah menerusi pemindahan organ.

    Individu yang menerima organ daripada penderma yang mempunyai sel kanser lebih berisiko untuk menghidap kanser pada masa depan.

    Walau bagaimanapun, risiko untuk seseorang itu menghidap kanser melalui pemindahan organ amatlah rendah. Risikonya hanyalah sebanyak 2/10,000.

    Sesetengah jenis kanser berpunca daripada jangkitan beberapa jenis virus. 

    Contohnya, kanser serviks berpunca daripada virus HPV. Kanser hati pula berpunca daripada virus hepatitis B dan C.

    Walaupun virus ini boleh berjangkit, penyakit kanser itu sendiri tidak boleh menjangkiti orang lain.

    4. Adakah sikap seseorang memainkan peranan untuk mengubat kanser?

    punca kanser

    Hingga hari ini, masih tidak ada lagi sebarang kajian yang dapat membuktikan sama ada sikap seseorang itu mempunyai impak terhadap penyakit kanser yang mereka alami.

    Tidak salah jika pesakit kanser ingin menangis atau rasa sedih kerana penyakit yang mereka alami. Malah, semua perasaan tersebut adalah normal.

    Walau bagaimanapun, individu yang mempunyai pemikiran yang positif selalunya akan kekal bersosial dan sentiasa aktif berbanding individu yang tenggelam dengan rasa sedih dan kecewa setelah menerima diagnosis kanser.

    5. Kanser adalah penyakit keturunan

    Walaupun kenyataan di atas ada benarnya, hanya 10% sahaja kanser yang bersifat keturunan.

    Sebahagian besar pesakit kanser tidak mempunyai sebarang sejarah keluarga dan mungkin mempunyai kanser sebagai akibat daripada gaya hidup tidak sihat atau berasal dari faktor lain seperti kerja atau persekitaran.

    Walau bagaimanapun, hingga hari ini, doktor tidak dapat menentukan dengan tepat punca sebenar yang menyebabkan kanser dalam diri seseorang.

    Namun, itu bukan bermaksud sejarah keluarga tidak penting! Jika anda mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser, anda perlu melakukan ujian saringan secara berkala supaya kanser tersebut dapat dikesan awal.

    6. Rawatan kanser lebih teruk daripada penyakit kanser itu sendiri

    Rawatan kanser seperti kemoterapi dan terapi radiasi boleh menyebabkan kesan sampingan yang akan menyebabkan pesakit rasa sakit dan tidak selesa.

    Namun, sejajar dengan kemajuan dalam bidang perubatan, rawatan kanser kini semakin baik dan tidak lagi seperti dahulu.

    Kesannya, pesakit kanser kini tidak lagi mengalami kesan sampingan yang teruk. Mereka kurang mengalami keguguran rambut, muntah-muntah dan kerosakan tisu.

    7. Deodoran dan antiperspirant punca penyakit kanser

    penyakit kanser

    Ada laporan yang menunjukkan bahawa deodoran dan antiperspirant mempunyai bahan yang berbahaya terhadap kesihatan seperti aluminium dan paraben yang boleh memasuki badan melalui luka-luka yang terhasil ketika bercukur.

    Kedua-dua bahan ini dikatakan boleh menyebabkan perubahan hormon yang boleh menjadi punca kanser payudara.

    Namun, hingga hari ini, masih belum ada sebarang bukti kukuh yang membuktikan bahawa deodoran boleh menyebabkan kanser.

    Jika khuatir mengenai kandungan deodoran, anda boleh memilih deodoran lain yang tidak mempunyai bahan kimia yang merisaukan. 

    8. Doktor sebenarnya tidak memberikan anda rawatan kanser yang terbaik

    Tidak ada seorang doktor pun di dunia ini yang ingin melihat pesakitnya menderita.

    Namun, jika doktor tidak mahu memberikan rawatan yang tertentu kepada anda, anda perlu tahu ada kemungkinan rawatan tersebut tidak diperlukan ataupun tidak berkesan untuk pesakit. 

    Bukan semua rawatan dan prosedur sesuai untuk semua pesakit. Doktor akan menyesuaikan rawatan supaya anda mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk sembuh.

    Kadang kala, kesan sampingan yang datang dengan rawatan tersebut mungkin boleh membawa mudarat terhadap kesihatan anda.

    Oleh itu, berbincanglah dengan doktor anda terlebih dahulu sebelum melakukan rawatan kanser.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 17/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan