Apa itu kanser pundi kencing atau barah pundi kencing?
Jika anda tertanya-tanya apa itu kanser pundi kencing atau barah, ini adalah maksudnya.
Kanser pundi kencing adalah sejenis kanser yang berlaku dalam pundi kencing, organ berbentuk belon yang terletak di dalam area pelvis dan berfungsi menyimpan air kencing.
Definisi
Kanser pundi kencing kebiasaannya bermula pada sel yang meliputi permukaan dalam pundi kencing.
Kebanyakan barah pundi kencing didiagnosis pada peringkat awal sewaktu kanser tersebut berpotensi untuk sembuh dengan rawatan.
Pun begitu, kanser pundi kencing boleh berulang kembali walaupun dirawat di peringkat awal.
Disebabkan itu, pesakit kanser pundi kencing yang telah sembuh masih perlu menjalani pemeriksaan berkala selama bertahun-tahun untuk mengenal pasti jika kanser tersebut berlaku kembali.
Apakah kebarangkalian kanser pundi kencing?
Barah pundi kencing kebiasaannya berlaku kepada orang dewasa, tetapi boleh terjadi dalam lingkungan umur yang lain juga.
Berdasarkan Institusi Kesihatan Nasional, lebih kurang 45,000 lelaki dan 17,000 perempuan didiagnosis dengan penyakit tersebut setiap tahun.
Walau bagaimanapun, ia boleh dielakkan dengan mengurangkan faktor risikonya. Sila hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.
Simptom
Apakah simptom barah pundi kencing?
Kebanyakan individu dengan kanser ini mungkin mempunyai darah dalam air kencing tetapi tidak merasa sakit sewaktu kencing.
Tanda dan simptom lain kanser pundi kencing seperti kepenatan, turun berat badan, sakit tulang menunjukkan keadaan yang lebih parah. Sila beri perhatian kepada simptom berikut:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen