backup og meta

Masalah Buang Air Kecil Mungkin Tanda Kanser Prostat, Ini Apa Anda Harus Tahu Tentangnya

Masalah Buang Air Kecil Mungkin Tanda Kanser Prostat, Ini Apa Anda Harus Tahu Tentangnya

Kanser prostat lelaki adalah sejenis kanser yang berlaku pada organ yang bernama prostat. Ia adalah salah satu daripada kanser paling kerap berlaku dalam kalangan lelaki.

Prostat adalah organ berbentuk seperti walnut yang terletak di bawah pundi kencing lelaki.

Ia mengelilingi saluran air kencing urethra dan berfungsi menghasilkan cecair seminal yang memberikan kesuburan serta membantu dalam membawa sperma keluar.

kanser prostat lelaki

Kanser prostat lelaki berkembang secara perlahan

Kanser ini pada membesar secara beransur-ansur. Kebiasaannya pada fasa awal, ia hanya berlaku di dalam prostat dan tidak menyebabkan masalah yang serius.

Kebanyakan kes mungkin tidak memerlukan apa-apa rawatan atau hanya rawatan ringkas. Namun, ada juga jenis yang lebih agresif dan merebak dengan cepat.

Kunci utama dalam rawatan kanser prostat lelaki adalah diagnosis awal. Ini dapat dilakukan melalui ujian saringan yang disebut sebagai ujian PSA (prostate specific antigen).

Ujian darah yang ringkas ini mampu mengesan kehadiran antigen khusus yang dirembeskan apabila terdapat kanser prostat.

Semua orang berumur 50 tahun ke atas dinasihatkan untuk menjalani ujian ini.

Masalah membuang air kecil mungkin disebabkan oleh kanser prostat

Lebih-lebih lagi jika berumur lebih 50 tahun, sebarang masalah atau kesukaran dalam membuang air kencing perlu diperiksa untuk melihat kebarangkalian kanser prostat lelaki.

Selain masalah membuang air kencing, simptom yang dialami bagi penghidap kanser ini termasuk:

  • Air kencing keluar dengan perlahan.
  • Air mani bercampur darah.
  • Ketidakselesaan pada kawasan pinggul.
  • Sakit tulang.
  • Disfungsi erektil.

Hiperplasia prostat benigna (BPH) boleh memberikan simptom yang sama

Jika anda seorang lelaki berumur lebih 50 tahun atau mempunyai bapa dengan umur yang sama dan mengalami simptom yang disebutkan di atas, sila dapatkan bantuan perubatan.

Simptom yang sama juga mungkin disebabkan oleh keadaan lain bukan kanser iaitu hiperplasia prostat benigna (BPH).

Keadaan kesihatan ini menyebabkan saiz prostat membesar.

BPH adalah penyakit yang tidak serius dan tidak merebak ke organ lain.

Rawatan mungkin perlu diberikan dalam sesetengah kes. Ia juga tidak akan berubah menjadi kanser.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Prostate cancer. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/prostate-cancer/symptoms-causes/syc-20353087. Accessed on September 21, 2018.

Prostate Cancer. https://www.health.harvard.edu/topics/prostate-cancer. Accessed on September 21, 2018.

Prostate Cancer—Patient Version. https://www.cancer.gov/types/prostate. Accessed on September 21, 2018.

Prostate Cancer. https://urology.ucsf.edu/patient-care/cancer/prostate-cancer#.YuKQbnZByuU. Accessed on September 21, 2018.

Prostate Cancer. https://cancer.osu.edu/for-patients-and-caregivers/learn-about-cancers-and-treatments/cancers-conditions-and-treatment/cancer-types/prostate-cancer. Accessed on September 21, 2018.

Versi Terbaru

09/01/2023

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Ini 7 Mitos Makanan KONTROVERSI Untuk Pesakit Kanser Prostat, No. 3 Ramai Orang Percaya!

Kerap Ejakulasi Boleh Kurangkan Risiko Kanser Prostat? Apa Lagi, Rancakkanlah Malam Jumaat Anda!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 09/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan