Selain itu, payudara yang membengkak akan membuatkan pesakit rasa kulitnya tegang di sekitar kawasan payudara.
2. Ulser pada permukaan payudara
Ulser pada permukaan payudara merupakan sesuatu yang amat jarang berlaku. Namun, ia merupakan salah satu tanda kanser payudara yang tidak patut diendahkan.
Luka dalam bentuk ulser ini boleh terjadi daripada tumor asal (primary tumor) ataupun daripada tumor kedua (secondary tumor) yang telah merebak.
Kadangkala, pesakit jadi amat takut ketika melihat payudara mereka yang dipenuhi ulser. Mereka kemudiannya enggan berjumpa doktor atas alasan malu ataupun takut.
Luka pada bahagian payudara juga boleh menghasilkan bau yang tidak enak. Ini akan membuatkan pesakit kanser payudara rasa amat sedih dan tertekan.
Kanser yang dibiarkan tidak dirawat akan membentuk luka pada bahagian kulit. Kanser tersebut boleh bergerak menembusi lapisan kulit lalu menghasilkan luka terbuka ataupun ulser pada luar payudara.
3. Kulit rasa sedikit panas
Pesakit yang mengalami inflammatory breast cancer (IBC) boleh mengalami simptom kulit rasa panas, merah, membengkak dan sakit. Tambah lagi, pesakit yang menghidap IBC juga boleh mengalami demam.
Komplikasi kanser payudara
Berapa pantas kanser payudara merebak?
Kanser payudara yang telah melalui metastasis turut dikenali dengan kanser payudara tahap 4. Ketika ini, kanser telahpun merebak ke kawasan lain seperti hati, otak, tulang ataupun paru-paru.
Menurut pakar, kanser payudara memerlukan masa 5 tahun di dalam badan pesakit untuk membentuk kanser. Mungkin semasa kali terakhir anda memeriksa payudara, kanser tersebut masih lagi dalam saiz kecil.
Namun, ia boleh membesar dua kali ganda daripada saiz asal jika dibiarkan tidak dirawat. Ketika anda sudah boleh merasa ketulan tersebut, ia mungkin sudah membesar hingga ⅓ daripada saiz bola golf.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen