backup og meta

Kaum Hawa, Jangan Biarkan Diagnosis Kanser Payudara Buat Anda Putus Asa & Hilang Semangat!

Kaum Hawa, Jangan Biarkan Diagnosis Kanser Payudara Buat Anda Putus Asa & Hilang Semangat!

Apa yang terlintas di fikiran anda ketika mendengar perkataan kanser? Pastinya ramai yang akan rasa takut dan fikir tentang kematian, ataupun kesakitan yang dialami oleh pesakit kanser, bukan? 

Kanser merupakan penyakit yang tidak asing lagi dalam masyarakat kita. Penyakit ini pasti pernah berlaku kepada seseorang dalam kalangan ahli keluarga atau sahabat handai kita.

Ramai wanita yang takut jika mereka tiba-tiba didiagnosis dengan kanser payudara. Disebabkan penyakit ini menyerang secara senyap, kadangkala, penyakit ini dikesan ketika ia sudahpun menginjak ke tahap yang serius.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser, sila dapatkannya di sini.

Rasa takut selepas diagnosis kanser merupakan sesuatu yang normal

Diagnosis kanser selalunya akan membuatkan pesakit rasa terkejut, sedih dan juga putus asa. Semua perasaan ini adalah normal dan tidak ada sesiapapun yang boleh menafikan apa yang anda rasa.

Penting untuk anda belajar untuk menerima diagnosis kanser yang dihidapi. Untuk pengetahuan anda, ramai pesakit kanser yang boleh sembuh dan hidup seperti biasa setelah melalui rawatan di hospital.

Walau bagaimanapun, penting untuk anda menguruskan perasaan di saat anda menerima diagnosis kanser. Rasa takut yang anda alami sebenarnya boleh diuruskan jika anda tahu caranya.

Gunakan masa ini untuk menyesuaikan diri dengan diagnosis yang anda terima. Ingatlah bahawa setiap langkah yang anda ambil sekarang akan memainkan peranan yang penting dalam proses pemulihan diri. 

1. Pastikan anda faham diagnosis penyakit ini 

Jika anda baru menerima diagnosis kanser, pastikan anda kenali penyakit ini dengan lebih mendalam. Lebih mudah untuk bertempur jika anda tahu siapa lawan anda.

Setelah anda didiagnosis dengan penyakit kanser payudara, pastikan anda luangkan masa bersama doktor untuk kenal pasti kanser di tahap berapa.

Selain itu, anda juga boleh minta doktor memberi penerangan lanjut mengenai jenis dan status reseptor hormon kanser payudara yang anda alami.

Pengetahuan mengenai kanser yang anda hidapi boleh membantu untuk lebih yakin dalam membuat keputusan mengenai rawatan yang bakal anda terima.

2. Cari seseorang yang boleh mendengar luahan perasaan anda

rasa takut

Anda perlukan sokongan daripada orang yang terdekat untuk melawan kanser yang anda hadapi.

Salah satu caranya ialah dengan berkongsi isi hati serta perasaan anda supaya tidak dibelenggu dengan bebanan emosi.

Cari teman rapat atau ahli keluarga yang boleh menjadi pendengar yang baik.

Jika anda tidak selesa untuk bercerita tentang masalah anda kepada orang terdekat dan mahukan pendengar yang lebih profesional, anda boleh minta untuk berjumpa dengan kaunselor.

Apabila anda mula berkongsi cerita dengan orang ramai, anda akan dapati ramai yang sanggup hulurkan tangan dan berikan bantuan kepada anda. 

Oleh sebab itu, jangan pernah fikir diri itu berseorangan!

3. Sertai kumpulan sokongan kanser payudara

Anda boleh sertai kumpulan sokongan kanser jika ingin berkongsi pendapat secara terbuka.

Kumpulan sokongan ini kadangkala membuat perjumpaan secara bersemuka, dan ada juga yang berkomunikasi secara atas talian.

Maklumat yang ada peroleh daripada kumpulan sokongan ini mungkin berguna untuk anda. Selain itu, anda juga boleh berkongsi masalah dengan mereka.

Mana tahu, anda akan berjumpa dengan seseorang yang mempunyai masalah yang sama. Mungkin info yang mereka berikan boleh berikan diri semangat untuk melawan penyakit yang dialami.

4. Beri diri masa untuk hilangkan rasa takut

rasa takut

Jangan terlalu memaksa diri untuk pulih daripada rasa takut atau kesedihan yang anda alami. Kadangkala, anda cuma perlukan masa untuk bertenang.

Rehatkan minda dan emosi anda. Cuba tutup televisyen dan luangkan masa dengan membaca atau lakukan sesuatu yang anda suka.

Jika anda sukar untuk tidur pada waktu malam, cuba lakukan aktiviti seperti berkebun atau berjalan sekeliling rumah. Semua aktiviti ini boleh memperbaiki mood dan bantu untuk tidur dengan lena pada waktu malam.

5. Kekal mesra bersama pasangan

Payudara merupakan mahkota bagi seorang wanita. Selain itu, payudara juga sering dikaitkan dengan kecantikan, kewanitaan dan simbol seksualiti seorang wanita.

Kadangkala, kanser payudara boleh menyebabkan seseorang itu rasa rendah diri dan tidak yakin dengan imej diri. 

Pesakit juga sukar untuk kembali intim bersama pasangan kerana merasakan ‘mahkotanya’ sudah hilang.

Jika anda risau mengenai imej diri anda dan intimasi bersama pasangan, jangan malu untuk berbincang dan bersifat terbuka mengenai perasaan anda.  

Kesimpulan

rasa takut

Jangan biarkan kanser membuatkan anda putus asa dan kecewa dengan hidup.

Jika anda boleh kenal pasti cara yang terbaik untuk cope atau menyesuaikan diri, anda mungkin boleh kawal ketakutan dan tukarkannya kepada sesuatu yang positif.

Walau apapun yang anda lakukan, ingatlah bahawa kanser payudara tidak dapat menghalang anda dari menjalani hidup seperti biasa.

Malah, anda juga masih boleh sembuh dan hidup bahagia seperti orang lain!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Breast Cancer Now. 2019. Helen’s seven tips on managing the fear of recurrence. July 29. Accessed August 15, 2020. https://breastcancernow.org/about-us/news-personal-stories/helen%E2%80%99s-seven-tips-managing-fear-recurrence.
  2. Breastcancer.org. 2015. 10 Ways to Manage Fear After Diagnosis. October 23. Accessed October 15, 2020. https://www.breastcancer.org/symptoms/understand_bc/fears/managing.
  3. Mayo Clinic. 2020. Breast Cancer. October 15. Accessed November 22, 2019. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/breast-cancer/diagnosis-treatment/drc-20352475.

Versi Terbaru

27/05/2021

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Punca Kanser Payudara Yang Harus Dikenal Pasti Lebih Awal, Wanita Berisiko Harus Bersedia!

Pilihan Rawatan Untuk Pesakit Barah Payudara Yang Diakui & Diyakini Oleh Pakar!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 27/05/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan