home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Menguruskan Beban Emosi Rawatan Kanser Payudara

Menguruskan Beban Emosi Rawatan Kanser Payudara

Artikel ini ditulis dengan kerjasama Naluri.

Terdapat beberapa pilihan rawatan untuk merawat kanser payudara termasuklah melalui pembedahan, kemoterapi, terapi hormon dan radioterapi. Rawatan ini sering kali akan menyebabkan kesan sampingan yang tidak dapat dielakkan kepada pesakit. Mengetahui apa yang akan berlaku dan cara menguruskannya boleh menjadi sesuatu yang penting untuk membantu pesakit dan penjaga mereka untuk melengkapkan diri mereka.

Beban emosi kanser payudara

Bukan sahaja penyakit itu sendiri yang boleh memberi ancaman kepada anda, memilih untuk menjalani rawatan juga boleh menyakitkan. Kesan sampingan rawatan ini boleh memberi cabaran dan tekanan dari segi fizikal dan emosi. Mengetahui kesan rawatan pada sistem imun anda dan faktor lain kesihatan anda boleh membuatkan anda stres. Begitu juga dengan kenyataan yang anda perlu menghadapi beberapa sekatan dan larangan selepas setiap pusingan rawatan.

Anda juga akan berhadapan dengan masalah kerunsingan atau kebimbangan. Terdapat ketakutan mengenai ketidakpastian sama ada anda akan sembuh daripada kanser ataupun tidak. Ketakutan berkenaan masa depan dan juga ketakutan sama ada anda akan kuat secara fizikal dan mental untuk meneruskan proses dan prosedur rawatan yang panjang.

Apa yang perlu saya lakukan untuk menguruskan emosi ini?

Langkah pertama yang boleh anda ambil ialah mengetahui 5 tahap kesedihan yang mungkin anda hadapi ketika berhadapan dengan penyakit. Anda akan seringkali menghadapi penafian, diikuti dengan kemarahan, kemurungan, kesediaan dan akhirnya, penerimaan.

Adalah penting untuk mengetahui mengenai tahap kesedihan dan menerima kerunsingan dan tekanan yang dihadapi oleh seseorang setelah didiagnosis dengan kanser. Anda sahaja yang mampu untuk menguruskan kesan emosi akibat daripada proses rawatan.

Berkomunikasi dan terangkan mengenai diri sendiri

kanser

Bercakap dengan orang lain, orang yang anda percayai dan orang yang anda sayangi. Jangan simpan kebimbangan dan ketakutan anda. Keluar dan nikmati hidup anda daripada hanya duduk dan menunggu sesuatu agar menjadi lebih baik. Ekspresikan diri anda melalui seni dan penulisan.

Mengekalkan gaya hidup yang sihat

kanser

Nikmati sukan dan cuba aktifkan diri anda. Ianya mungkin sukar, tetapi mempunyai rakan peneman mungkin akan meningkatkan motivasi anda.

Awasi pemakanan anda melalui makanan yang seimbang dan sihat yang diperlukan oleh badan untuk memulihkan dan memperbaiki sistem imun. Jadilah proaktif untuk mencari tahu tentang apa yang sesuai dengan keadaan kesihatan semasa anda.

Dapatkan bantuan profesional

kanser

Dapatkan nasihat mengenai diet dan pergerakan fizikal melalui terapi fizikal yang dapat membantu tubuh anda menghadapi rawatan. Berundinglah dengan pakar psikologi untuk mendapatkan sokongan emosi. Berkomunikasi dengan doktor anda dan berilah perhatian tentang keadaan kesihatan semasa anda.

Dengan mendapat rawatan dan mendapatkan sokongan dari orang di sekeliling anda, anda boleh meningkatkan kualiti hidup anda melalui pengalaman hidup yang perit ini.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulis
Ditulis oleh Aina Nur Azmi pada 23/01/2019
Maklumat perubatan disemak oleh Aina Nur Azmi
x