backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

3

Tanya Doktor
Simpan

7 Tanda Kanser Payudara Setiap Wanita WAJIB Tahu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 06/11/2023

    7 Tanda Kanser Payudara Setiap Wanita WAJIB Tahu!

    Tanda kanser payudara mungkin berbeza bergantung kepada individu. Kadangkala, kanser payudara tidak akan menunjukkan sebarang simptom hinggalah pesakit didiagnosis dengan kanser tahap 3 atau 4. Tanda-tanda juga mungkin berbeza mengikut jenis kanser payudara dan sejauh mana kanser telah merebak. 

    Namun, sebagai langkah berjaga-jaga, anda boleh memeriksa payudara sendiri untuk mengesan sebarang ketulan.

    Pakar percaya bahawa pemeriksaan kendiri jika dilakukan bersama ujian pengesanan yang lain boleh membantu pesakit untuk mengesan tanda kanser payudara pada tahap yang lebih awal.

    Hanya anda yang benar-benar mengenal payudara sendiri. Oleh itu, anda perlu peka dan perhatikan jika terdapat sebarang abnormaliti pada bahagian payudara anda. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser Payudara, sila dapatkannya di sini.

     Tanda kanser payudara yang lazim

    tanda kanser payudara

    Antara simptom atau tanda kanser payudara yang lazim ialah bengkak pada bahagian payudara, rasa sakit yang luar biasa dan juga perubahan pada bahagian puting.

    1. Bengkak atau ketulan pada bahagian payudara

    Ketulan yang tidak pernah sembuh atau hilang merupakan antara simptom terawal kanser payudara.

    Doktor anda boleh mengesan ketulan pada bahagian payudara ketika melakukan mamogram sebelum ketulan tersebut dapat dirasa pada badan. 

    Selalunya, nodus limfa tidak dapat dirasai oleh orang yang sihat. Namun, kadangkala ia boleh membengkak ketika melawan infeksi.

    Jika anda sedang demam, normal untuk anda rasa sakit pada sekitar leher ataupun rasa ketulan pada bahagian bawah ketiak.

    Namun, bukan semua jenis bengkak atau ketulan pada bahagian payudara bermaksud anda menghidap kanser.

    Walau bagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga, anda boleh berjumpa doktor untuk pemeriksaan yang lebih lanjut.

    2. Sakit yang luar biasa pada bahagian payudara

    Kebanyakan kanser payudara menyerang dengan senyap dan tidak akan menunjukkan sebarang simptom.

    Tetapi, kajian telah mendapati bahawa 1 dalam 10 wanita yang mengalami tanda-tanda tertentu seperti sakit pada bahagian payudara ketika datang haid mungkin mempunyai kanser payudara.

    Inflammatory breast cancer selalunya bermula dengan sakit pada bahagian payudara. Sakit ini diikuti dengan kulit yang kemerah-merahan dan juga bengkak.

    Disebabkan kanser ini menyebabkan payudara menjadi bengkak dan sakit, sukar untuk pesakit sedar tentang kehadiran sebarang ketulan.

    Oleh itu, jika anda rasa tidak selesa ataupun sakit pada bahagian payudara, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Jika ia bukan kanser, mungkin itu tanda anda sedang menghidap penyakit lain.

    Tanda kanser payudara #3. Sakit pada kawasan puting

    Geseran pada baju dalam ataupun alahan boleh menyebabkan puting menjadi gatal-gatal. Namun, ia juga merupakan salah satu simptom kanser.

    Penyakit Paget merupakan sejenis kanser yang menyerang kawasan puting payudara.

    Jika kawasan puting anda bersisik, gatal, kemerahan dan sakit-sakit, anda mungkin menghidap Paget’s disease.

    Selalunya, wanita akan alami simptom ini selama berbulan-bulan sebelum ia didiagnosis sebagai kanser payudara.

    4. Perubahan pada bahagian puting

    Satu lagi simptom kanser payudara adalah rasa sakit pada bahagian puting. Kanser payudara boleh mengakibatkan perubahan pada sel payudara di belakang kawasan puting.

    Oleh itu, kadangkala, pesakit akan alami masalah puting termasuk ke dalam ataupun nampak lain dari segi saiz dan juga bentuk daripada keadaan asal.

    Walau bagaimanapun, keadaan puting boleh berubah ketika wanita datang haid. Namun, itu tidak bermakna perubahan yang berlaku merupakan sesuatu yang normal dan boleh dipandang ringan. 

    Baca juga:

    Tanda kanser payudara yang jarang berlaku

    tanda kanser payudara

    Selain simptom di atas, terdapat juga beberapa simptom atau tanda kanser payudara yang jarang berlaku.

    Jika anda alami simptom berikut, ia mungkin disebabkan oleh kanser payudara ataupun merupakan simptom penyakit lain.

    1. Buah dada membesar secara tiba-tiba- tanda kanser payudara jarang berlaku

    Buah dada boleh membesar ketika seorang wanita itu mengalami akil baligh. Namun, jika anda sudah lanjut usia, saiz buah dada yang tiba-tiba membesar merupakan salah satu tanda kanser payudara.

    Jangan abaikan rasa sakit tersebut jika ia diikuti rasa pedih ketika dipegang. Perhatikan juga sama ada payudara anda berwarna kemerah-merahan.

    Selain itu, payudara yang membengkak akan membuatkan pesakit rasa kulitnya tegang di sekitar kawasan payudara.

    2. Ulser pada permukaan payudara

    Ulser pada permukaan payudara merupakan sesuatu yang amat jarang berlaku. Namun, ia merupakan salah satu tanda kanser payudara yang tidak patut diendahkan.

    Luka dalam bentuk ulser ini boleh terjadi daripada tumor asal (primary tumor) ataupun daripada tumor kedua (secondary tumor) yang telah merebak.

    Kadangkala, pesakit jadi amat takut ketika melihat payudara mereka yang dipenuhi ulser. Mereka kemudiannya enggan berjumpa doktor atas alasan malu ataupun takut.

    Luka pada bahagian payudara juga boleh menghasilkan bau yang tidak enak. Ini akan membuatkan pesakit kanser payudara rasa amat sedih dan tertekan.

    Kanser yang dibiarkan tidak dirawat akan membentuk luka pada bahagian kulit. Kanser tersebut boleh bergerak menembusi lapisan kulit lalu menghasilkan luka terbuka ataupun ulser pada luar payudara.

    3. Kulit rasa sedikit panas

    Pesakit yang mengalami inflammatory breast cancer (IBC) boleh mengalami simptom kulit rasa panas, merah, membengkak dan sakit. Tambah lagi, pesakit yang menghidap IBC juga boleh mengalami demam.

    Komplikasi kanser payudara

    tanda kanser payudara

    Berapa pantas kanser payudara merebak?

    Kanser payudara yang telah melalui metastasis turut dikenali dengan kanser payudara tahap 4. Ketika ini, kanser telahpun merebak ke kawasan lain seperti hati, otak, tulang ataupun paru-paru.

    Menurut pakar, kanser payudara memerlukan masa 5 tahun di dalam badan pesakit untuk membentuk kanser. Mungkin semasa kali terakhir anda memeriksa payudara, kanser tersebut masih lagi dalam saiz kecil. 

    Namun, ia boleh membesar dua kali ganda daripada saiz asal jika dibiarkan tidak dirawat. Ketika anda sudah boleh merasa ketulan tersebut, ia mungkin sudah membesar hingga ⅓ daripada saiz bola golf. 

    Seperti kanser lain, sel kanser payudara boleh berpecah daripada tumor asal dan bergerak ke bahagian badan yang lain melalui saluran darah ataupun sistem limfa.

    Tumor yang berlaku akibat metastasis akan mempunyai sel yang sama seperti sel kanser di bahagian payudara. Jika sel kanser tersebut merebak ke bahagian paru-paru, sel kanser di paru-paru akan terdiri daripada sel kanser payudara.

    Kanser payudara boleh menyerang kembali apabila pesakit sudah sembuh. Hampir 30% wanita yang didiagnosis dengan kanser payudara akan mengalami kanser lain akibat metastasis.

    Walaupun kanser payudara metastasis sukar untuk sembuh secara total, pesakit boleh melakukan rawatan untuk mengekang penyakit tersebut selama beberapa tahun.

    Ada pelbagai jenis rawatan yang boleh menjadi pilihan pesakit kanser. Jika satu rawatan itu dirasakan tidak berkesan, banyak lagi rawatan lain yang boleh dicuba oleh pesakit.

    Paling penting, jangan pernah putus asa untuk melawan penyakit ini. Selain itu, anda perlu berehat dan kekal bertenang supaya kualiti hidup tetap terjaga.

    Tanda kanser payudara mengikut tahap

    Setiap tahap yang berlainan mempunyai simtom yang berbeza. Sebagai contoh:

    • Tahap 1: Pada tahap ini, simptom sukar untuk dikenal pasti. Mungkin sel kanser wujud pada bahagian payudara, namun ia masih lagi belum merebak ke bahagian lain
    • Tahap 2: Kanser sudah mula merebak. Ketulan muncul lebih besar daripada 2 sentimeter. Kanser juga mungkin telah merebak ke bahagian nodus limfa
    • Tahap 3: Kanser sudah jadi makin teruk. Kulit payudara mungkin telah dipenuhi dengan ulser disebabkan inflamasi. Pada waktu ini, tumor telahpun merebak ke bahagian dada ataupun nodus limfa yang lain
    • Tahap 4: Kanser telahpun menunjukkan semua simptom-simptom yang berkaitan kerana ia telahpun merebak ke bahagian badan yang lain

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 06/11/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan