backup og meta

Kenali 9 Tanda Kanser Paru-Paru Yang Lazim Dan Jarang Berlaku

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Halifah · Disemak pada 03/11/2022

    Kenali 9 Tanda Kanser Paru-Paru Yang Lazim Dan Jarang Berlaku

    Antara tanda kanser paru paru merupakan rasa sakit pada bahagian dada, batuk berdarah dan jangkitan yang tidak pernah sembuh. Namun, bukan itu sahaja tanda sakit paru-paru yang perlu anda perhatikan.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser Paru-Paru, sila dapatkannya di sini.

    Tanda sakit paru-paru kerana kanser

    Kebanyakan kanser paru-paru tidak mempunyai sebarang tanda-tanda sehinggalah kanser tersebut mula merebak.

    Walau bagaimanapun, keadaan ini boleh jadi berbeza mengikut keadaan individu.

    Sesetengah pesakit telahpun mengalami simptom walaupun masih berada di tahap awal. Ada juga yang hanya mengalami simptom setelah dikesan sudah menghidap kanser tahap 3 atau 4.

    Namun, ada juga individu yang mengalami tanda-tanda yang sama, tapi menghadapi penyakit lain yang tidak ada kaitan dengan kanser paru-paru.

    Jika anda mengalami simptom-simptom di bawah, penting untuk anda berjumpa doktor dengan kadar yang segera. Pengesanan awal amat penting untuk meningkatkan kejayaan rawatan kanser.

    Simptom dan tanda sakit paru-paru yang lazim

    tanda sakit paru-paru

    1. Batuk yang tidak berkurangan

    Batuk yang tidak berkurangan boleh jadi salah satu tanda sakit paru-paru.

    Batuk yang berkaitan dengan kanser paru-paru sukar untuk sembuh dan kerap berulang.

    Sebanyak 50% pesakit yang menghidap kanser paru-paru telahpun mengalami masalah batuk yang berpanjangan ketika diagnosis.

    2. Sakit dada ketika melakukan sebarang aktiviti

    Satu lagi simptom yang selalu terjadi di kalangan pesakit kanser ialah mudah sesak nafas ketika melakukan sebarang aktiviti.

    Malah, disebabkan pesakit kanser paru-paru selalunya terdiri daripada golongan yang lebih berusia, maka simptom ini selalu diendahkan kerana ia dianggap normal ataupun sebahagian daripada proses penuaan. 

    Selain itu, sesak nafas juga akan jadi semakin teruk ketika pesakit tarik nafas, batuk atau ketawa.

    Mereka juga alami rasa sakit pada kawasan dada ketika menarik nafas.

    Sakit ketika tarik nafas merupakan salah satu gejala lazim kanser paru-paru. Seramai 25% pesakit barah paru-paru mengalami rasa sakit pada bahagian dada ketika diagnos.

    Kesakitan yang dirasai pesakit kanser juga akan jadi makin teruk apabila barah mulai merebak.

    Rasa sakit tidak hilang walaupun setelah menggunakan ubat tahan sakit.

    3. Jangkitan pada paru-paru yang tidak sembuh atau berulang

    Pesakit kanser mempunyai ketahanan imun yang rendah. Oleh itu, pesakit cenderung untuk mendapat jangkitan seperti penumonia ataupun bronkitis berulang kali. 

    Ditambah pula dengan keadaan paru-paru yang sudah mula dijangkiti kanser, sukar untuk pesakit kanser sembuh daripada jangkitan yang mereka alami.

    4. Batuk berdarah atau kahak berwarna gangsa

    Hemoptysis, ataupun batuk berdarah merupakan gejala yang amat membimbangkan dalam kalangan pesakit barah paru-paru. 

    Jika anda alami keadaan ini, penting untuk berjumpa doktor dengan kadar segera bagi menentukan punca darah tersebut. 

    Kadang-kadang, darah tersebut bukan daripada kawasan paru-paru, tetapi boleh jadi dari hidung atau saluran pernafasan. Malah, muntah juga boleh menyebabkan pesakit alami batuk berdarah.

    Oleh sebab itu, penting bagi pesakit yang alami batuk berdarah untuk tentukan punca sebenar gejala ini berlaku. 

    Simptom dan tanda sakit paru-paru yang jarang berlaku

    Tanda sakit paru-paru #1. Suara menjadi garau

    Pesakit kanser paru-paru boleh mengalami perubahan dari segi suara akibat inflamasi pada bahagian kotak suara ataupun larinks (larynx). Kotak suara boleh terluka jika seseorang itu terlalu banyak bercakap dan menjerit.

    Gejala ini juga boleh berlaku akibat kanser larinks (berbeza daripada kanser paru-paru) yang selalunya disebabkan oleh tabiat merokok.

    Jika anda mengalami simptom ini selama lebih daripada dua minggu, ia mungkin bermaksud anda sedang mengalami masalah yang lebih serius dan perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

    2. Muka dan leher bengkak (Superior vena cava syndrome – SVC)

    Superior vena cava syndrome ataupun SVC merupakan sindrom yang selalu terjadi pada pesakit kanser paru-paru. Pesakit yang mengalami sindrom ini mempunyai masalah pernafasan yang serius.

    Tumor yang terbentuk ketika kanser boleh menekan kawasan vena cava. Ini akan mengakibatkan pesakit mengalami bengkak pada kawasan muka, bahagian atas badan dan juga lengan.

    3. Rasa penat atau lemah antara tanda sakit paru-paru

    tanda sakit paru-paru

    Rasa penat atau lemah merupakan salah satu gejala yang mempunyai impak besar terhadap kualiti hidup pesakit kanser

    Rasa penat yang dialami kadangkala akan terus kekal dalam masa berbulan-bulan hingga bertahun setelah pesakit mendapat rawatan yang sepatutnya.

    Selain kepenatan, mereka juga alami rasa sakit, depresi serta rasa mual yang menambahkan lagi derita pesakit dari segi emosi.

    4. Sesak nafas dan nafas berbunyi (wheezing)

    Sesak nafas merupakan simptom biasa yang dialami oleh pesakit kanser paru-paru.

    Ia membuatkan pesakit jadi stres dan gelisah kerana terpaksa bergelut untuk menarik nafas.

    Dyspnea ataupun sesak nafas boleh disebabkan oleh kanser paru-paru secara langsung ataupun disebabkan oleh kesan rawatan kanser.

    Selain itu, mereka juga boleh mengalami masalah nafas berbunyi ataupun wheezing

    Bunyi mendesah ini mungkin disalahertikan sebagai asma, namun ia sebenarnya merupakan antara tanda sakit paru-paru.

    4. Darah beku

    Darah beku kerap berlaku di kalangan pesakit yang menghidap kanser.

    Walaupun rawatan kanser seperti pembedahan dan kemoterapi boleh meningkatkan risiko darah beku, namun keadaan ini boleh terjadi sebelum kanser paru-paru didiagnos.

    Sakit pada bahagian kaki mungkin merupakan salah satu simptom darah beku

    Sakit dada yang berlaku secara tiba-tiba diikuti dengan rasa sakit yang amat melampau juga boleh berlaku jika ada darah beku tersangkut pada saluran darah berdekatan dengan paru-paru.

    Komplikasi mungkin berlaku

    Metastasis kanser paru-paru

    Apabila kanser paru-paru telahpun melalui metastasis, itu bermaksud kanser paru-paru tersebut telahpun mula merebak ke bahagian badan yang lain.

    Sel kanser boleh terpisah daripada tumor dan bergerak ke organ lain melalui darah ataupun sistem limfa manusia dan menjangkiti bahagian lain pada badan.

    Seperti kanser lain, kanser paru-paru tidak akan serta merta melalui metastasis. Ini kerana, Metastasis merupakan sebuah proses yang berlaku secara perlahan-lahan.

    Kanser paru-paru yang telah melalui metastasis selalunya telah mencapai tahap 3 atau 4 bergantung kepada sejauh mana kanser tersebut telah merebak.

    Metastasis setempat (local metastasis) berlaku ketika sel kanser mula menjangkiti sel sihat lain yang berada disekelilingnya.

    Walau bagaimanapun, jika sel kanser telah bergerak melalui darah ataupun nodus limfa, maka kanser boleh merebak ke bahagian lain dan secara tidak langsung membentuk kanser kedua pada organ lain.

    Keadaan di atas turut dikenali sebagai metastasis jauh atau distant metastasis.

    Kesimpulan

    tanda sakit paru-paru

    Sukar untuk pesakit kenal pasti simptom awal kerana kebanyakan kanser paru-paru jarang menunjukkan apa-apa tanda atau rasa sakit hinggalah penyakit tersebut sudah mula merebak.

    Jika anda merupakan golongan yang berisiko untuk menghidap tanda sakit paru-paru seperti:

    1. Mempunyai tabiat merokok yang kuat
    2. Sedang merokok atau sudah berhenti dalam masa 15 tahun lalu
    3. Berumur di antara 55 hingga 80 tahun

     Sebaiknya jangan tunggu hingga simptom tanda sakit paru-paru muncul barulah hendak berjumpa doktor.

    #modernmustache and #modernbeard

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Halifah · Disemak pada 03/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan