Kanser Payudara: Panduan untuk Lelaki Jika Wanita Kesayangan Menghidapnya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Apabila teman wanita, isteri, anak perempuan atau ibu anda menghidap kanser payudara, anda perlu memainkan peranan yang penting dalam proses melawan penyakit tersebut yang panjang dan meletihkan terutamanya melibatkan emosi. Jika anda ingin mengetahui bagaimana memberikan sokongan kepada wanita kesayangan anda, teruskan artikel ini:

Apa yang sedang ditanggung olehnya?

Kanser payudara merupakan pembunuh utama wanita di seluruh dunia. Keadaan ini berlaku apabila sel-sel kanser di dalam payudara mula menular ke bahagian badan lain, menjadikan keadaan bertambah teruk. Apabila seseorang wanita didiagnosis dengan kanser ini, anda perlu memastikan diri beliau mendapat sokongan moral dan emosi daripada orang yang mereka sayangi.

Apabila sesudah doktor menjalankan ujian, mereka akan menyarankan agar beliau menjalani beberapa kaedah rawatan. Pembedahan, radioterapi dan pengambilan ubatan atau kemoterapi merupakan kaedah rawatan yang selalu digunapakai. Rawatan tersebut akan mengambil masa yang lama dan memberi perubahan kepada badan beliau. Keletihan, mabuk, muntah-muntah, perubahan pada kulit, keguguran rambut atau kehilangan selera makan mungkin berlaku. Perubahan emosi juga sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Inilah masanya untuk memberikan sokongan yang tidak berbelah-bahagi kepadanya.

Berikan sokongan kepadanya

Komunikasi merupakan kunci untuk menunjukkan sokongan kepadanya. Namun demikian, seringkali golongan lelaki tidak tahu bagaimana untuk bercakap mengenai kanser payudara. Oleh itu, kami ingin berkongsi tips ringkas berikut:

  • Aturkan jadual untuk bersamanya. Anda mungkin tidak mempunyai masa untuk bercakap dengannya. Apatah lagi kanser payudara dan rawatan sedikit sebanyak menganggu masa anda bersamanya. Maka, aturkan jadual anda untuk masa yang sesuai bersama dirinya. Ketika itu anda boleh berbincang mengenai keadaan beliau dan bagaimana anda boleh memainkan peranan yang aktif dalam rawatannya.
  • Mulakan dengan sesuatu yang menenangkan hatinya. Bercakaplah mengenai hobi, siapa idola beliau atau mengenai keluarganya. Ia sesuatu yang mudah untuk memulakan perbualan dengan topik-topik tersebut dan kemudian anda berdua boleh beralih ke topik utama, kanser payudara. Selalunya, beliau akan bercakap mengenai ketakutan atau kerisauannya mengenai kanser tersebut. Berikan tumpuan pada mata dan sentuhannya.
  • Dengar kata-kata beliau dengan penuh minat. Kadangkala beliau amat memerlukan seseorang untuk bercerita. Beliau mungkin akan rasa keseorangan apabila berdepan dengan kanser payudara. Anda cuma perlu mendengar apa yang ingin diceritakannya. Berikan tumpuan sepenuhnya pada kata-kata beliau. Anda juga boleh memberikan nasihat apabila berbual bersamanya.

Merawat kanser payudara merupakan satu perjuangan yang panjang

Sepertimana jenis-jenis kanser yang lain, merawat keadaan ini adalah sesuatu yang merumitkan. Maka, ia akan mengambil masa yang lama. Wanita kesayangan anda perlu menjalani beberapa siri rawatan. Manakala setiap rawatan akan mengambil masa berhari, minggu dan adakala berbulan lamanya. Walaupun kanser tersebut telah berjaya dirawat, namun kesannya kepada wanita adalah sepanjang hayatnya. Ia akan menghantui hidup seseorang sehingga mengambil masa bertahun-tahun.

Setelah berjaya melawan kanser payudara, beliau masih perlu berjumpa doktor secara berkala bagi memastikn kesihatannya bertambah baik atau kemungkinan kanser tersebut menyerang kembali. Jika kanser tersebut datang kembali, maka bermulalah semula proses rawatan yang menuntut kesabaran itu.

Kanser payudara bukan sahaja mempengaruhi wanita yang menghidapnya, malah individu-individu yang rapat dengannya. Golongan lelaki boleh membantu wanita yang menghidap kanser payudara dengan memberikan sokongan emosi. Harus diingatkan, sokongan sedemikian amat diperlukan oleh wanita untuk menjalani kehidupan pasca kanser.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tahap & Dua Jenis Kanser Payudara Yang Ditakuti Kaum Hawa, Anda WAJIB Tahu Ini

    Kanser payudara boleh bermula pada mana-mana bahagian di buah dada wanita mengikut tahap dan jenis. Pesakit mungkin rasa sakit pada payudara sebelah kiri.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kanser, Kanser Payudara 17/09/2020 . 5 minit bacaan

    Apa Itu Kanser Payudara: Tanda, Punca Dan Rawatan Yang Anda Perlu Tahu

    Penyakit kanser ataupun barah payudara merupakan kanser nombor 1 dalam kaum wanita. Statistik mencatatkan 1 daripada 19 orang wanita menghidap kanser.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kanser, Kanser Payudara 17/09/2020 . 6 minit bacaan

    Ibu Hidap Barah Payudara, Bolehkah Menyusukan Bayi? Ada Sebarang Kesan Pada Si Manja?

    Barah payudara bukanlah titik pengakhiran untuk anda. Lagi-lagi jika ada anak kecil yang masih menyusu badan. Boleh ke terus menyusu? Jawapannya di sini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 15/09/2020 . 3 minit bacaan

    Kanser Payudara Sinonim Dengan Wanita, Tapi Remaja Perempuan Berisiko Juga Ke?

    Sekiranya anda seorang remaja perempuan, anda mungkin berasa bimbang akan risiko mendapat barah payudara. Persoalannya, bolehkah remaja mendapat kanser itu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kanser, Kanser Payudara 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jangkitan bakteria

    Payudara Kemerahan & Sakit? Mungkin Sebab Jangkitan Bakteria! AWAS, Boleh Ancam Nyawa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 14/12/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit wanita

    Penyakit Tak Mengenal Jantina, Ada 7 Sakit Orang Perempuan Boleh ‘Hinggap’ Pada Lelaki

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 03/12/2020 . 3 minit bacaan
    bulan kesedaran kanser payudara

    Kenapa Berhenti Jalani Rawatan Kanser Payudara Ketika Pandemik? Jom Sokong Kempen #UnPause!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
    sakit pada payudara selepas menopaus

    Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan