Kanser Payudara dan Terapi Hormon

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Kanser payudara mempunyai beberapa jenis ketumbuhan yang bertindak balas dengan hormon dalam darah. Bagi merawat jenis kanser payudara ini, doktor akan mengesyorkan anda untuk mendapatkan terapi hormon. Jenis terapi sistemik ini tidak hanya membunuh sel kanser payudara tetapi juga membunuh sel kanser yang wujud pada seluruh badan. Terapi hormon hanya digunakan pada pesakit kanser payudara yang mempunyai  penerima hormon positif.

Apa itu terapi hormon?

Terapi hormon akan membantu memperlahankan atau merencatkan pertumbuhan ketulan yang sensitif terhadap hormon. Ia akan menghalang penghasilan hormon dan menganggu kesan hormon terhadap badan. Individu yang mempunyai ketumbuhan yang tidak sensitif terhadap hormon tidak boleh dirawat melalui terapi ini. Oleh itu, terdapat beberapa strategi bagi merawat kanser payudara yang sensitif terhadap hormon. Ini termasuk menghalang fungsi ovari, menghalang penghasilan estrogen dan mengurangkan kesan estrogen.

Bagaimana terapi hormon dapat merawat kanser payudara ?

Terdapat beberapa jenis terapi hormon yang menggunakan cara yang berbeza bagi menghalang estrogen untuk merangsang pertumbuhan kanser. Jenis terapi hormon bagi kanser payudara kebanyakannya berfungsi untuk merendahkan paras estrogen atau menghalang estrogen daripada bertindak ke atas sel kanser payudara. Berikut merupakan 3 kes utama di mana doktor akan menggunakan terapi hormon.

Selepas pembedahan

Rawatan adjuvan adalah pendekatan terapi hormon selepas pembedahan bagi menghalang sel kanser dari merebak pada bahagian badan yang lain. Ia juga mengurangkan risiko kanser payudara kembali semula. Rawatan adjuvan juga digunakan selepas anda selesai kimoterapi. Sekiranya anda menjalani radioterapi selepas pembedahan tanpa melakukan kimoterapi, doktor anda akan memulakan rawatan adjuvan ketika atau selepas prosedur radioterapi.

Sebelum pembedahan

Bagi mengurangkan saiz sel kanser atau merancang jenis pembedahan, doktor mungkin akan melakukan terapi hormon sebelum pembedahan. Doktor juga menggunakan terapi ini untuk keadaan kesihatan lain seperti masalah paru-paru atau jantung. Terapi hormon yang digunakan sebelum pembedahan akan mengecutkan ketumbuhan atau kanser sekelompok yang besar pada payudara. Setelah sel kanser mengecut, pesakit hanya perlu membuang sel kanser tersebut sahaja tanpa perlu membuang seluruh payudara.

Sekiranya kanser kembali lagi atau merebak

Terapi hormon membantu untuk merawat kanser payudara yang kembali semula selepas rawatan (berulang). Terapi hormon juga boleh merawat kanser yang telah merebak pada bahagian badan yang lain (kanser payudara sekunder). Bergantung kepada rawatan kanser payudara anda sebelum ini, doktor akan memberi rawatan hormon pada waktu yang sama dengan rawatan lain atau secara berasingan. Jika kanser payudara anda kembali ketika anda sedang menjalani terapi hormon, doktor akan mengesyorkan rawatan terapi hormon yang lain.

Terapi hormon biasanya akan dilakukan selepas terapi adjuvan atau pembedahan bagi mengelakkan sel kanser kembali. Oleh sebab kebanyakan kes awal kanser payudara adalah positif-ER, banyak percubaan klinikal telah terbukti memberi kesan positif terhadap terapi hormon bagi pencegahan kanser payudara. Wanita yang berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara disarankan untuk menjalani rawatan yang efektif ini.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Risau ZAKAR MENGECIL Selepas Pembedahan Prostat? Tapi, Ini Risikonya Jika Anda Tidak Buat!

    Benarkah pembedahan prostat akan buat saiz zakar semakin mengecil? Jom klik artikel ini untuk tahu jawapan sebenar kepada persoalan ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kanser, Kanser Prostat 27/01/2021 . 3 minit bacaan

    Si Kecil Nak Buat Semua Perkara Sendiri? Sebagai Parents Ini Cara Untuk Galakkan Anak Berdikari

    Ingin tahu bagaimana cara didik anak berdikari? Pastinya peranan ibu bapa amat penting dalam mengajar si kecil. Ini yang perlu anda fahami...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 27/01/2021 . 3 minit bacaan

    7 Barang Di Rumah Yang Boleh Jadi Punca Alahan! Jaga-Jaga, Kondom Turut Tersenarai!

    Kadangkala, objek biasa di sekeliling anda juga boleh menjadi punca alahan. Jika anda alami alahan jenis ini, berhati-hati ya ketika menggunakan 7 benda ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Alahan, Alahan Kulit 27/01/2021 . 3 minit bacaan

    Kena Tahu, Penyakit Radang Paru-paru Mungkin Akan Sebabkan 6 Komplikasi Serius Ini!

    Penyakit radang paru-paru memang berbahaya dan terdapat 6 komplikasi pneumonia yang mungkin akan terjadi. Jom klik artikel ini untuk tahu tentangnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Artikel lain untuk anda

    diabetes

    Living Life Care-free with Cutting Edge Insulin Solutions

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Aaron Joseph Sta Maria
    Diterbitkan pada 27/01/2021 . 4 minit bacaan
    Ditaja oleh
    cara turunkan gula

    Tiada Lagi Kerisauan Dalam Hidup Dengan Kaedah Rawatan Insulin Canggih

    Ditulis oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Diterbitkan pada 27/01/2021 . 3 minit bacaan
    anak tidur berdengkur

    Si Kecil Boleh Alami 7 Kesan Berdengkur Ini Jika Tidak Dapat Rawatan Segera Doktor Gigi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 27/01/2021 . 3 minit bacaan
    serangan panik dan kegelisahan

    Serangan Panik & Kegelisahan, Macam Sama Tapi Tak Serupa! Ini Cara Untuk Bezakannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 27/01/2021 . 3 minit bacaan