backup og meta

5 Perkara Yang Anda TAK Pernah Tahu Tentang Kanser Payudara, #1. Paling Mengejutkan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 13/09/2022

    5 Perkara Yang Anda TAK Pernah Tahu Tentang Kanser Payudara, #1. Paling Mengejutkan!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser Payudara, sila dapatkannya di sini.

    Kanser payudara merupakan kanser yang paling lazim berlaku dalam kalangan wanita di Malaysia. Pada tahun 2007 hingga 2011, statistik menunjukkan seramai 31 daripada 100,000 orang telah menghidap kanser payudara di negara ini.  

    Walau bagaimanapun, pada tahun 2012 hingga 2016, bilangan wanita telah meningkat ke 34 / 100,000 orang. Peningkatan ini merupakan sesuatu yang amat merisaukan.

    Namun, kemajuan dalam teknologi dan rawatan telah menyelamatkan ramai pesakit barah payudara. Di Amerika Syarikat, walaupun mereka merekodkan bilangan pesakit kanser yang semakin bertambah, namun dalam masa yang sama bilangan pesakit yang pulih daripada penyakit ini turut meningkat.

    Sebagai satu langkah untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai kanser payudara, marilah kita ambil tahu tentang fakta mengenai kanser ini. Di sini, kami akan gariskan 5 perkara yang anda perlu tahu mengenai penyakit ini.

    1. Kanser payudara tidak berlaku disebabkan faktor genetik semata-mata

    Hanya 12% sahaja daripada pesakit kanser payudara mempunyai sejarah keluarga. Oleh sebab itu, anda perlulah tahu faktor risiko yang menyebabkan seseorang itu mempunyai peratusan lebih tinggi untuk menghidap kanser.

    Dua faktor utama kanser ini ialah umur dan juga jantina. Faktor lain termasuklah sejarah keluarga dan perubahan atau mutasi genetik seperti BRCA1 dan BRCA2.

    Kesemua faktor risiko di atas adalah diluar kawalan manusia. Namun, faktor risiko lain seperti tabiat merokok, minum arak dan berat badan berlebihan merupakan sesuatu yang anda boleh kawal.

    Oleh sebab itu, jangan lagi anggap barah payudara hanya terjadi kerana sejarah keluarga ataupun faktor genetik. Ada banyak lagi faktor lain yang boleh membuatkan risiko anda untuk menghidap kanser menjadi semakin tinggi.

    2. Lakukan mamogram dan pemeriksaan payudara

    Ujian mamogram telah berjaya mengesan banyak kanser payudara pada peringkat awal. 

    Oleh sebab itu, penting untuk anda melakukan mamogram setahun atau dua tahun sekali ketika umur anda telah menginjak 40 tahun.

    Menurut American Cancer Society, mereka menyarankan agar wanita mengambil ujian mamogram setahun sekali ketika wanita berumur 45 hingga 54 tahun. 

    Pada tahun seterusnya, anda boleh melakukan mamogram 2 tahun sekali.

    3. Pastikan anda tahu tanda amaran kanser payudara

    Wanita yang mengalami barah payudara mungkin akan mengalami simptom yang berbeza

    Oleh sebab itu, bukan semua wanita yang mempunyai ketulan di dalam buah dada mempunyai kanser payudara.

    Namun, tahukah anda bahawa penyakit ini boleh terjadi tanpa simptom? Kadangkala, kanser boleh dikesan pada payudara wanita sebelum wanita tersebut mempunyai sebarang ketulan.

    Selain itu, ketulan di dalam buah dada bukanlah satu-satunya simptom kanser. Perubahan pada kawasan kulit dan puting juga antara gejala kanser yang selalu diabaikan.

    Ramai yang anggap payudara akan jadi lembut jika mempunyai kanser. Namun, kenyataan ini adalah tidak benar sama sekali!

    Sama jugalah dengan ketulan pada kawasan payudara. Ketulan yang disebabkan oleh kanser selalunya tidak akan membuatkan anda rasa sakit.

    Malah, kebanyakan ketulan adalah benign dan bukan kanser! 

    Ketulan yang disebabkan oleh tumor yang benign selalunya tidak mengancam nyawa, tetapi beberapa jenis ketulan boleh meningkatkan risiko anda untuk menghidap kanser.

    Pastikan anda berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan yang lebih lanjut. Hanya pakar sahaja yang boleh mengesahkan sama ada tumor yang anda alami bersifat kanser ataupun tidak.

    4. Rawatan kanser kini lebih baik

    kanser payudara

    Doktor dan pengkaji di seluruh dunia sedang bergabung tenaga untuk mencari cara yang lebih baik untuk mencegah, merawat dan mengesan barah payudara.

    Terapi bersasar kini boleh digunakan untuk merawat kanser secara lebih spesifik. Selain itu, pesakit juga boleh memilih untuk mengambil bahagian dalam ujian klinikal sebagai sukarelawan.

    Ujian klinikal dijalankan ke atas semua jenis dan tahap kanser payudara. Kebanyakan ujian klinikal dijalankan untuk mengenal pasti sama ada sesuatu rawatan itu berkesan, selamat dan lebih baik daripada rawatan kanser yang sedia ada.

    Namun, ada beberapa risiko mengenai ujian klinikal seperti kesan sampingan dan kebarangkalian rawatan kanser yang dijalankan itu tidak berkesan.

    Walau bagaimanapun, ramai wanita yang turut serta dalam ujian klinikal kerana mereka tahu sumbangan mereka boleh membantu wanita lain pada masa yang akan datang.

    5. Kanser payudara juga berlaku dalam kalangan lelaki

    kanser payudara

    Tahukah anda, 1% kanser payudara berlaku dalam kalangan lelaki? Walaupun peratusannya amatlah rendah, itu tidak bermaksud lelaki tidak akan menghidap kanser ini.

    Lelaki tidak melakukan ujian mamogram atau pemeriksaan kendiri seperti wanita. Oleh sebab itu, simptom barah payudara yang dialami kaum Adam selalunya tidak dapat dikenal pasti dengan awal. 

    Oleh sebab itu, lebih tinggi peratusan lelaki yang meninggal dunia akibat kanser payudara berbanding wanita.

    Selain itu, ramai lelaki yang anggap ketulan pada dada mereka merupakan sesuatu yang tidak serius. Mereka juga gemar mengelak dari berjumpa dengan doktor.

    Lelaki perlu peka akan tanda-tanda kanser payudara. Kebanyakannya sama seperti gejala yang dialami wanita seperti muncul ketulan atau keluar cecair daripada puting.

    Selalunya, lelaki akan didiagnosis dengan barah payudara apabila umur mereka melebihi 50 tahun. Jika anda mempunyai ketulan pada kawasan dada anda, berjumpalah dengan doktor dalam kadar yang segera.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 13/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan