Kanser pundi hempedu dan batu karang dalam hempedu; meskipun kedua-duanya melibatkan organ hati dan saluran hempedu, namun adakah ia penyakit yang sama? Ketahui lebih lanjut mengenainya dalam artikel ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser, sila dapatkannya di sini.
Apa itu pundi hempedu dan fungsinya?
Pundi hempedu ialah sejenis organ yang menyerupai kantung kecil. Ia terletak di bawah organ hati yang berukuran 3 inci panjang dan 1 inci lebar.
Fungsi utama organ ini adalah untuk menyimpan hempedu – sejenis cecair yang dihasilkan oleh hati – sebelum dirembeskan ke dalam usus kecil untuk membantu pencernaan.
Dalam pundi hempedu, akan ada batu yang terbentuk dengan saiz sebesar bijirin hingga bola golf, ini adalah sesuatu yang normal.
Ada individu yang akan menghasilkan satu batu karang dalam hempedu seumur hidupnya, sementara ada juga yang berupaya menghasilkan beberapa biji batu sekali gus, dalam satu-satu masa.
Apa kaitan batu karang dalam hempedu dan kanser ini?
Kanser pundi hempedu merupakan sejenis penyakit yang berpunca daripada sel barah yang terbentuk dalam pundi hempedu.
Ia paling lazim berlaku dalam kalangan pesakit yang pernah mengalami masalah batu karang. Semakin besar batu karang dalam hempedu yang dihasilkan, semakin tinggilah risiko kanser yang dihadapi.
Namun, kanser ini amat jarang berlaku. Jika ia dikesan awal, kebarangkalian untuk sembuh adalah sangat tinggi.
Walau bagaimanapun, kebanyakan kanser pundi ini dikesan pada tahap akhir. Pada waktu ini, prognosisnya sangat lemah.
Peringkat kanser pundi hempedu
Peringkat 0: Kanser dikesan namun ia bersifat setempat.
Peringkat 1: Tumor dikesan dalam pundi hempedu tetapi masih belum merebak.
Peringkat 2: Tumor telah merebak ke tisu penghubung tetapi tidak merebak ke tempat lain.
Peringkat 3A: Tumor telah merebak ke luar pundi hempedu tetapi masih belum menjangkiti arteri atau urat berdekatan. Ia tidak merebak ke mana-mana nodus limfa atau bahagian badan yang lain.
Peringkat 3B: Tumor dari sebarang saiz telah merebak ke nodus limfa berdekatan tetapi tidak ke arteri dan/ atau vena berdekatan atau ke bahagian badan yang lain.
Peringkat 4A: Tumor telah merebak ke arteri, vena, dan/ atau nodus limfa berdekatan, tetapi ia masih belum merebak ke bahagian badan yang lain.
Tahap 4B: Tumor telah merebak ke bahagian badan yang lain atau ke nodus limfa, namun masih belum menjangkiti organ yang jauh.
Soalan lazim mengenai kanser pundi hempedu (akibat batu karang dalam hempedu)
1. Apakah kadar kelangsungan hidup bagi penghidap penyakit ini?
Kira-kira 45% individu hidup dengan kanser pundi hempedu selama sekurang-kurangnya 1 tahun, manakala 20% pula menghidapnya selama sekurang-kurangnya 5 tahun.
Bergantung pada tahap, kanser ini mempunyai prognosis yang berbeza. Kanser yang dikesan awal mempunyai prognosis yang lebih baik.
Peratusan pesakit yang masih hidup lima tahun selepas diagnosis dikenali sebagai kadar kelangsungan hidup lima tahun, dengan purata pada semua peringkat adalah 19%.
Menurut ASCO, kadar kelangsungan hidup lima tahun untuk kanser ini adalah:
- 80% untuk karsinoma setempat (peringkat 0)
- 50% untuk kanser yang terhad kepada pundi hempedu (peringkat 1)
- 8% kes kanser yang mempunyai metastasis nodus limfa (peringkat 3)
- Kurang 4% daripada kanser yang telah merebak mempunyai metastasis (peringkat 4)
2. Apa yang berlaku jika tumor dikeluarkan?
Dalam kebanyakan kes, satu prosedur yang dikenali sebagai extended cholecystectomy akan dilakukan. Prosedur ini dapat mengurangkan risiko kanser kembali pada masa akan datang.
3. Adakah penyakit ini sukar untuk dirawat?
Tumor hanya boleh dibuang melalui pembedahan jika ia tidak merebak.
Jika ia telah menjangkiti organ lain, penjagaan paliatif merupakan pilihan terbaik untuk pesakit. Ini dapat memastikan pesakit dapat menghabiskan sisa hidup dalam keadaan paling selesa di bawah pemantauan pakar.
Baca juga:
- Ini Jenis Makanan Yang Perlu Diambil & Elak Selepas Pembedahan Pundi Hempedu
- Jenama Aiskrim Haagen-Dazs Ada ETO, Bahan Penyebab Kanser, Produk Ditarik Balik Dari Pasaran!
4. Adakah kanser pundi hempedu merebak dengan cepat?
Ya. Kanser ini boleh merebak dengan pantas. Oleh sebab itu, pesakit perlu melakukan rawatan dengan segera, sebaik sahaja kanser didiagnosis.
Pesakit juga boleh bertanya mengenai sebarang ujian klinikal yang tersedia untuk membantu merawat kanser mahupun masalah batu karang dalam hempedu ini.