Singapura juga bertindak serupa, tarik balik dua lagi produk Haagen Dazs
Pada bulan Julai yang lalu, Singapura telah menarik balik produk aiskrim Haagen-Dazs berperisa vanila susulan laporan pencemaran ETO.
Terbaharu, Singapura turut menarik balik dua lagi produk aiskrim Haagen Dazs iaitu aiskrim perisa Belgian Chocolate dan juga Cookies & Cream.
Menurut Singapore Food Agency (SFA), dua perisa produk terkemuka Haagen-Dazs ini telah ditarik balik disebabkan kewujudan bahan ETO seperti yang terdapat dalam aiskrim perisa vanila sebelum ini.
Apakah sebenarnya ETO yang terdapat dalam aiskrim Haagen Dazs Malaysia ini?

ETO atau Ethylene Oxide merupakan sejenis gas yang tidak berwarna dan sangat mudah terbakar.
Ia banyak digunakan untuk membuat bahan kimia lain dalam proses pembuatan produk seperti racun perosak, tekstil, bahan antibeku, barangan plastik, bahan pencuci dan juga pelekat.
Selain itu, ETO juga digunakan sebagai bahan steril bagi mensterilkan peralatan perubatan yang tidak boleh disterilkan dengan kaedah stim.
Disebabkan kemampuan ETO memusnahkan DNA, maka ia menjadi ejen pensterilan yang paling berkesan.
Akan tetapi, ia juga boleh menyebabkan aktiviti yang menjadi punca kanser atau karsinogen.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen