Hepatitis B atau Hepatitis C yang kronik: Jangkitan kronik virus Hepatitis B atau virus Hepatitis C berkemungkinan meningkatkan risiko kanser hati. Sirosis: Situasi ini menyebabkan pembentukan tisu parut dalam hati dan meningkatkan risiko berlakunya kanser hati. Penyakit yang diwarisi: Penyakit genetik hati seperti penyakit beban lebih ferum (hemochromatosis syndrome) dan penyakit Wilson Kencing manis: Pesakit kencing manis mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak mempunyai kencing manis Penyakit hati berlemak nonalkoholik. Pengumpulan lemak dalam hati boleh membawa kepada kanser hati. Terdedah kepada aflatoksik, toksik berbahaya dalam makanan yang dibuat daripada jagung dan kacang-kacang Ketagihan alkohol: Pengambilan alkohol berlebihan akan menyebabkan kerosakan hati dan meningkatkan risiko kanser hati Obesiti juga akan meningkatkan risiko kanser hati Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit kanser hati didiagnosis?

Diagnosis kanser hati kebiasaannya sukar dibuat kerana sel epithelial kanser tidak kelihatan sewaktu tahap awal penyakit.
Diagnosis mungkin akan dilakukan berdasarkan ujian darah AFP (alpha fetoprotein) atau ujian fungsi hati dalam pesakit sirosis atau hepatitis B dan C.
Bagaimanapun, ujian ini bukan penentu kerana mereka yang tidak mempunyai kanser hati juga mungkin mempunyai keputusan ujian darah yang tidak normal.
Jadi doktor akan melakukan ujian lain seperti ultrabunyi, CT atau MRI hati.
Jika imej ultrabunyi menunjukkan ketumbuhan, doktor akan melakukan biopsi di mana sampel tisu hati akan diambil dengan jarum dan diteliti di bawah mikroskop untuk mencari sel kanser.
Bagaimana pesakit kanser hati dirawat?
Rawatan kanser hati bergantung kepada tahap, usia dan keadaan kesihatan pesakit.
Pembedahan adalah pilihan rawatan paling optimal tetapi kebanyakan pesakit tidak dapat menjalani pembedahan kerana sirosis atau kerana ketumbuhan mungkin merebak.
Ketumbuhan yang bersaiz kecil (kurang daripada 5 cm) tanpa metastasis, boleh menjalani pembedahan dan mempunyai prognosis yang baik di mana kanser berkemungkinan tidak akan berulang lagi.
Pesakit yang tidak boleh menjalani pembedahan akan dirawat dengan cara lain termasuklah rawatan kemoterapi, rawatan embolisasi (suntikan bahan penghalang ke dalam arteri yang membekalkan darah kepada ketumbuhan tersebut). dan rawatan suntikan ethanol ke dalam ketumbuhan untuk meghancurkannya.
Pesakit dengan ketumbuhan yang besar atau kerosakan hati yang teruk hanya boleh dirawat dengan pemindahan hati daripada penyumbang.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani kanser hati?
Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut dapat membantu anda menangani kanser hati:
- Pemeriksaan semula secara berkala untuk mengawasi perkembangan simptom dan kesihatan pesakit
- Mendengar nasihat doktor, tidak mengambil ubat yang tidak diarahkan doktor atau meninggalkan ubat yang telah diarahkan.
- Bertanya tentang kanser hati kepada pakar untuk memilih rawatan yang sesuai
- Tidak meminum alkohol
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen