Winter Savory

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Kegunaan

Apakah kegunaan Winter Savory?

Winter Savory adalah herba. Daun dan batangnya digunakan untuk membuat ubat.

Orang mengambil Winter Savory untuk:

  • Mengubati gangguan usus termasuk kekejangan, senak, cirit-birit, loya, dan gas usus
  • Mengubati batuk dan sakit tekak
  • Mengurangkan keinginan seks
  • Sebagai tonik

Dalam pembuatan, minyak Winter Savory digunakan sebagai agen perasa.

Bagaimanakah ia berfungsi?

Kajian tidak cukup tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, diketahui bahawa Winter Savory mungkin berfungsi dengan meningkatkan pengeluaran air kencing (sebagai diuretik) dan dengan pembukaan (dilatasi) saluran darah.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil Winter Savory?

Sebelum mengambil herba ini, sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
  • Anda mempunyai alahan terhadap herba ini atau ubat atau suplemen lain
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan

Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menetukan keselematannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah ia selamat?

Winter Savory mungkin selamat dalam jumlah yang digunakan dalam makanan, tetapi tidak ada maklumat yang cukup untuk mengetahui jika ia selamat untuk digunakan dalam jumlah yang lebih besar berbanding yang biasanya digunakan sebagai ubat.

Langkah berjaga-jaga dan amaran khusus

Hamil dan menyusukan bayi: Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan herba ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Ambil langkah selamat dan elakkan penggunaan.

Kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Winter Savory?

Winter Savory boleh menyebabkan:

  • Alergi
  • Dermatitis
  • Peningkatan selera makan
  • Pedih ulu hati

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau penjual herba anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Winter Savory?

Suplemen herba ini mungkin mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil dan keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi sebelum mengambilnya.

Produk yang boleh berinteraksi dengan Winter Savory termasuk:

  • Litium

Winter Savory mungkin mempunyai kesan seperti pil air atau “diuretik.” Pengambilan Winter Savory mungkin mengurangkan kadar badan mengeluarkan litium. Ini boleh meningkatkan jumlah litium dalam badan dan mengakibatkan kesan sampingan yang serius. Bincangkan dengan ahli penjagaan kesihatan anda sebelum menggunakan produk ini jika anda mengambil lithium. Dos litium anda mungkin perlu diubah.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herbal anda sebelum menggunakan Winter Savory.

Apakah dos Winter Savory yang biasa?

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia, tahap kesihatan anda, dan beberapa syarat lain. Supplemen herba tidak selalu selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Ketersediaan Winter Savory

Winter Savory boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Ekstrak cecair
  • Minyak pati

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Usus Tersumbat Boleh Bawa Maut, Awasi Jika Anda Kerap Muntah & Kembung Perut!

    Makanan dicerna mesti melalui usus. Tetapi jika wujud penyumbatan, proses tersebut boleh terhenti. Apakah punca masalah usus ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Penyakit Perut/Gastrousus, Pusat Kesihatan 19/01/2021 . 3 minit bacaan

    Jika Pernah Terlintas Ingin Membunuh Diri, Usah Berdiam! Lakukan 3 Perkara Ini

    Bunuh diri merupakan salah satu tanda penyakit mental seperti depresi. Jika anda atau rakan anda ada tanda-tanda ingin membunuh diri, jangan berdiam diri ya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Cegah Bunuh Diri, Kesihatan Mental 19/01/2021 . 3 minit bacaan

    Memori Otak Anda Akan Lebih ‘Power’ Kalau Kurang Ambil 5 Jenis Makanan Ini!

    Apa kata, kali ini kita lihat kepada makanan tidak berkhasiat yang boleh memberikan kesan negatif kepada otak, khususnya memori otak. Apakah makanan itu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Kesihatan Mental 19/01/2021 . 3 minit bacaan

    Ini Manfaat Kesihatan Jika Jaga Silaturahim, Antaranya Panjang Umur!

    Sudah menjadi lumrah kita untuk membina pertalian. Hubungan sihat mampu memberi manfaat terhadap kesihatan mental dan fizikal yang lebih baik.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 18/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    manfaat posisi tidur

    Posisi Tidur Mana Yang Paling Sihat? Cara Tidur Ini Boleh Buat Awet Muda Juga, Tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
    buang IUD

    Pasang IUD Untuk Elak Mengandung? Awas, Ia Perlu Dibuang Jika Terjadi 7 Perkara Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
    kelenjar air liur

    5 Masalah Kesihatan Yang Boleh Berlaku Pada Kelenjar Air Liur, Yang Terakhir Paling Menakutkan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
    tanda kanser usus

    Lakukan Ujian Najis Untuk Kesan Kanser Kolorektal, Adakah Benar-benar Berkesan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan