backup og meta

Penting & Bagus Ke Bagi Wet Food Kucing Untuk Tumbesaran Si Comel?

Memberi makan kucing bukan sekadar memberi apa-apa sahaja yang mereka suka. Anda perlu tahu, ramai pemilik kucing di Malaysia mula sedar bahawa wet food kucing sebenarnya memberi banyak manfaat yang. Jika anda pernah tertanya-tanya sama ada berbaloi beralih dari dry food ke wet food, artikel ini akan menjawab persoalan anda!

Penting & Bagus Ke Bagi Wet Food Kucing Untuk Tumbesaran Si Comel?

Apa itu wet food kucing ?

Wet food atau makanan basah merujuk kepada produk yang terdapat dalam tin atau pek, mengandungi kadar air tinggi dan dimasak bersama daging ayam, ikan atau organ haiwan. Setiap hidangan biasanya direndam dalam sos, jeli, atau kaldu supaya lebih beraroma dan mudah dicerna.

Yang penting, makanan basah ini selalunya bebas bahan pengisi seperti jagung atau gandum yang kurang sesuai dengan diet karnivor semula jadi kucing.

Contohnya, di pasar raya Malaysia, terdapat Jenama makanan basah kucing seperti Whiskas, Fancy Feast, Royal Canin dan Brit Care yang popular di Malaysia.

Makanan ini memberi manfaat kepada kucing yang sudah tua, sakit gigi, atau baru menjalani pembedahan juga lebih mudah memakan makanan basah kerana teksturnya lembut.

Jadi, jika kucing anda mudahmengalami sembelit, fussy eater atau kurang minum, wet food kucing adalah cara terbaik untuk memastikan mereka mendapat nutrien dan air yang mencukupi, sekaligus menjaga kesihatan mereka secara menyeluruh!

Kelebihan wet food kucing untuk diet si bulus

Kandungan air dalam makanan basah membantu mencegah dehidrasi, terutamanya bagi kucing yang jarang minum air secara langsung. Ini sangat penting untuk kesihatan ginjal, mengelakkan masalah seperti Makanan basah membantu mencegah penyakit FLUTD (feline lower urinary tract disease) yang biasa pada kucing bandar.

Selain itu, kandungan penting  di dalam wet food seperti protein haiwan, lemak sihat dan nutrien penting  dapat membina otot dan membaiki tisu badan.

wet food kucing
Kucing Siam yang sedang aktif bermain.

Kucing yang menyusu, aktif bermain atau sedang membesar juga memerlukan sumber protein yang boleh diserap dengan mudah dan wet food kucing memang memenuhi kriteria ini.

Kelebihan lain, seperti yang sering dikongsikan doktor haiwan di Malaysia, adalah makanan basah membantu kucing dengan masalah pergigian kerana teksturnya lembut. Jadi, selain membantu selera, ia juga menjaga tahap kesihatan keseluruhan si bulus anda.

Apa wet food terbaik untuk kucing?

Nak tentukan wet food yang bagus untuk haiwan peliharaan lebih daripada sekadar memilih jenama terkenal. Ia tentang memahami keperluan sebenar kucing anda iaitu dari segi kandungan, umur, berat dan keadaan kesihatan mereka.

1. Bahan dan kualiti makanan

Bila lihat label, pastikan bahan pertama dalam senarai adalah daging sebenar, bukan bijirin atau produk sampingan haiwan. Ini membuktikan makanan tersebut memberi sumber protein optimum untuk kucing.

Anda perlu indari produk yang sarat bahan pengawet, perisa dan pewarna tiruan kerana ia mungkin murah, tapi berisiko untuk jangka panjang. Di samping itu, lebih baik jika mengandungi taurin (asam amino penting untuk jantung dan mata kucing).

Contohnya, makanan basah premium seperti Royal Canin sering fokus pada daging dan vitamin berkualiti tinggi, sesuai untuk kucing pedigree yang sensitif. Jika memilih jenama tempatan, pastikan telah diuji secara saintifik dan mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia untuk mengekalkan standard keselamatan makanan haiwan.

2. Tahu keperluan diet kucing

wet food kucing
Seekor kucing sedang makan wet food.

Diingatkan bahawa baka, umur, aktiviti, dan masalah kesihatan kucing semua mempengaruhi diet. Anak kucing memerlukan lebih banyak kalori, protein dan lemak untuk tumbesaran manakala kucing dewasa pula fokus kepada diet seimbang.

Kucing senior mungkin perlukan formula khas untuk menyokong sendi dan tenaga. Jika tidak pasti, anda tanya saja pada doktor haiwan mengenai keperluan khusus si comel.

Sebagai contoh, kucing birit atau lemah daya imun selepas vaksinasi lebih sesuai diberi makanan basah hipoalergenik dan tinggi protein untuk mempercepat penyembuhan. 

Cara simpan wet food kucing dengan betul

Haa, nak simpan wet food kucing pun ada caranya. Berikut perkara yang anda kena tahu untuk elakkan pencemaran dan kerosakan makanan.

  1. Setelah dibuka, makanan basah kucing perlu disimpan dalam peti sejuk dan digunakan dalam masa 24-48 jam setelah dibuka. 
  2. Jangan biarkan makanan terdedah pada suhu bilik lebih daripada dua jam, kerana boleh menggalakkan pembiakan bakteria.
  3.  Owner kucing perlu disiplin untuk simpan wet food dengan betul. 

Cara bagi makan wet food kucing 

  1. Keluarkan wet food dari peti sejuk 10 minit sebelum disajikan supaya suhu lebih mesra dengan perut kucing.
  2. Untuk meningkatkan selera makan kucing, anda boleh campurkan makanan basah dengan sedikit makanan kering. Teknik ini turut membantu kucing menukar diet kucing secara berperingkat.
  3. Sediakan air segar setiap masa, walaupun mereka makan makanan basah.

Mudah je nak beri wet food kucing


Pada akhirnya, kucing yang makan makanan basah secara teratur bukan sahaja lebih aktif dan sihat, malah hubungan anda dengan si manja turut erat kerana mereka rasa lebih dihargai.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.researchgate.net/publication/303886580_Impact_of_macronutrient_composition_and_palatability_in_wet_diets_on_food_selection_in_catsh
  2. ttps://www.researchgate.net/publication/390709210_Evaluation_of_Feeding_Behaviour_and_Palatability_of_Domestic_Cat_Felis_catus_on_Locally_Formulated_Chicken-Based_Wet_Pet_Food_Containing_Different_Flavor
  3. https://www.researchgate.net/publication/376520031_DESCRIPTION_OF_THE_KNOWLEDGE_OF_CAT_OWNERS_ABOUT_HOW_TO_PREVENT_DISEASE_IN_THEIR_PET_CAT_DURING_THE_COVID-19_PANDEMIC
  4. https://www.researchgate.net/publication/373224574_PENERAPAN_DATA_MINING_UNTUK_KLASIFIKASI_PREDIKSI_PRODUK_JENIS_MAKANAN_KUCING_YANG_SESUAI_KEBUTUHAN_DENGAN_ALGORITMA_DECISION_TREE_ID3
  5. https://www.researchgate.net/figure/Cats-food-preferences-mean-and-standard-errors-of-most-consumed-diets-Diet-A-after-two_fig4_333876862
  6. https://www.researchgate.net/publication/364433963_Korelasi_antara_jenis_pakan_komersial_dengan_jenis_kristal_pada_kasus_kucing_flutd_feline_lower_urinary_tract_disease_di_rumah_sakit_hewan_dinas_peternakan_Jawa_Timur
  7. https://www.researchgate.net/publication/264674145_Behaviour_in_order_to_evaluate_the_palatability_of_pet_food_in_domestic_cats
  8. https://www.researchgate.net/profile/Tetty-Siagian/publication/376520031_DESCRIPTION_OF_THE_KNOWLEDGE_OF_CAT_OWNERS_ABOUT_HOW_TO_PREVENT_DISEASE_IN_THEIR_PET_CAT_DURING_THE_COVID-19_PANDEMIC/links/657bd9186610947889ccc757/DESCRIPTION-OF-THE-KNOWLEDGE-OF-CAT-OWNERS-ABOUT-HOW-TO-PREVENT-DISEASE-IN-THEIR-PET-CAT-DURING-THE-COVID-19-PANDEMIC.pdf

Versi Terbaru

07/10/2025

Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Elak Alahan Bulu Kucing Dengan Cara Bela Si Meow? Ini 7 Mitos Tentang Alergi Haiwan!

Pencinta Haiwan Berbulu Berisiko Alami Jangkitan Kurap Kucing, Rawat Dengan 2 Cara Ini!


Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor · · · Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip · Dikemas kini 07/10/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan