
Bagi ikan yang baru sahaja dinaikkan ke jeti, ia mempunyai tekstur badan yang agak pejal dan keras.
Isinya juga masih utuh walaupun dipicit.
Manakala bagi ikan yang sudah tidak segar, isinya agak lembik dan mudah pecah apabila dipicit.
#5. Lihat warna badan ikan
Ikan yang segar mempunyai warna yang masih lagi berkilat atau kelihatan masih baru.
Manakala ikan yang sudah lama mungkin agak kekuningan dan kulitnya juga sudah mula tertanggal.
#6. Sisik ikan segar masih melekat
Ikan baru mempunyai sisik yang masih melekat pada badannya.
Namun, jika ikan itu sudah agak lama, kebanyakan sisiknya mungkin sudah tertanggal atau bersepah di sekitar badannya.
#7. Tengok perut ikan

Bagi ikan-ikan kecil seperti ikan pelaling, kembung atau selar kuning, anda boleh melihat pada bahagian bawah perutnya.
Ikan yang masih segar mempunyai perut yang masih cantik dan keras.
Manakala untuk ikan yang tidak segar, perutnya mungkin sudah pecah atau seolah-olah hendak pecah.
Ekstra, cara pilih makanan laut segar
Selain ikan, ada juga beberapa teknik yang boleh anda amalkan sewaktu hendak memilih makanan laut lain di pasar.
Antara yang boleh anda perhatikan adalah:
- Kerang: Untuk mendapatkan kerang segar, sebaiknya pilihlah kerang yang masih hidup. Kerang hidup akan membuka cangkerangnya sedikit dan anda boleh melihat ia bergerak-gerak
- Udang: Udang segar mempunyai badan yang masih pejal, kulit kepala yang keras, warna yang masih segar dan tiada bintik hitam
- Ketam: Untuk ketam pula, pilihlah ketam yang masih hidup sama ada ketam nipah atau ketam bunga. Jika sudah mati, lihat pada anggota badannya. Elakkan membeli ketam dengan anggota badan yang sudah patah
- Sotong: Sotong yang masih segar mempunyai badan yang agak kenyal dan keras. Ia juga tidak mengeluarkan bau hanyir yang terlalu kuat, melainkan hanya bau laut sahaja
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen