backup og meta

Tutup Dengan Plaster Atau Biar Terdedah, Yang Mana Satu Lebih Baik Untuk Merawat Luka?

Tutup Dengan Plaster Atau Biar Terdedah, Yang Mana Satu Lebih Baik Untuk Merawat Luka?

Luka di kulit tidak kira luka dalam, terbuka, tercalar atau sebarang jenis lain, mungkin akan membuat anda terfikir untuk membiarkannya terkena udara ataupun menutup dengan plaster luka. Yang mana satu langkah terbaik untuk merawatnya?

Proses merawat luka boleh membuat anda rasa tertekan kerana jika salah caranya, ia akan lambat sembuh. Tenang, anda membuat pilihan yang tepat dengan membaca artikel ini. Berikut panduan untuk merawat luka bagi memastikan ia sembuh dengan lebih pantas!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Habit Sihat, anda boleh klik di sini.

Luka lebih cepat pulih jika dibiarkan terbuka atau ditutup?

Apa akan jadi jika luka tidak dibalut dengan plaster luka?

Ramai orang percaya bahawa membiarkan luka terbuka dan terkena udara tanpa plaster luka itu adalah lebih bagus. 

Alasannya, ia dapat menggalakkan proses penyembuhan kerana luka terdedah kepada oksigen, sekali gus ia dapat ‘bernafas’.

Namun, membiarkan ia tidak dibalut dengan pembalut luka bukanlah pilihan yang tepat. 

Ini kerana luka memerlukan kelembapan untuk sembuh3 dan sebenarnya, dengan mendedahkan ia kepada persekitaran akan mengeringkan permukaan kulit.2 

plaster luka
Adakah perlu tampal plaster luka?

Akibatnya, ia akan menyebabkan kesakitan serta melambatkan proses penyembuhan.

Dalam pada itu, mengabaikan sahaja luka dan membiarkan ia terdedah akan menyebabkan ia mudah terkena kotoran dan tinggi risiko jangkitan bakteria walaupun anda hanya mengalami luka atau calar yang kecil!

Apa yang lebih bahaya, membiarkan luka tanpa balutan boleh meningkatkan risiko ia bergeser atau tersentuh dengan permukaan lain. 

Ini seterusnya akan menjejaskan proses penyembuhan lantas mengakibatkan pendarahan atau risiko keruping atau kudis tercabut lebih awal sebelum ia sepatutnya tertanggal secara semula jadi.

Kenapa luka lebih cepat sembuh apabila dibalut dengan plaster luka?

Menutup luka dengan plaster luka akan memberikan kelembapan yang diperlukan. 

Kajian3 menunjukkan bahawa persekitaran yang lembap, tetapi bukan terlalu basah, boleh menggalakkan proses penyembuhan, mengurangkan radang serta meminimumkan parut

Jadi, penggunaan pembalut luka seperti kain kasa akan membantu mengekalkan kelembapan yang ideal.

Pembalut atau persekitaran lembap yang tertutup membantu mengelakkan tisu setempat di sekeliling luka mengalami kekeringan. 

Kelembapan juga membantu tisu pada bahagian tersebut mengekalkan ketersediaan lebih lama faktor pertumbuhan tisu dan enzim yang menyokong penyembuhan dan degradasi sel mati. 

“Kedua-dua faktor ini meningkatkan kualiti penyembuhan dan tempoh luka.” – Dr Ahmad Wazir Aiman.

Dalam rawatan kecederaan, profesional kesihatan akan menggunakan krim antibiotik atau ubatan topikal jika mendapati terdapat risiko jangkitan jangkitan. Ini diikuti dengan balutan plaster luka budak atau dewasa, bagi menghalang luka daripada mengering.

Merawat luka dengan cara yang betul

plaster luka
Pembalut luka ada kit first aid di atas meja putih.

Menurut American Academy of Family Physicians1, luka dan calar yang kecil adalah selamat untuk dirawat di rumah.

Berikut merupakan langkah-langkah yang betul untuk merawat luka:

  • Bagi menghentikan pendarahan, gunakan tisu, pad gauze atau kain bersih dan tekankan dengan cermat pada luka selama beberapa minit sehingga darah berhenti. Teruskan menekan luka dengan lembut walaupun darah masih keluar. Elakkan memeriksa luka terlalu cepat kerana ia mungkin mengganggu proses pembentukan gumpalan darah atau darah beku. Sekiranya darah masih keluar selepas 10-15 minit tekanan, dapatkan bantuan perubatan.
  • Apabila darah sudah berhenti, cuci luka dengan air bersih secara berhati-hati agar ia tidak berdarah semula. Gunakan sabun dan kain lembut untuk membersihkan sekeliling luka. Elakkan daripada sabun terkena pada luka kerana ia boleh menyebabkan kerengsaan. Jangan sapukan iodin atau hidrogen peroksida secara langsung pada luka kerana ia boleh membahayakan sel-sel hidup.
  • Selepas membersihkan luka, sapukan jeli petroleum atau sapuan antibiotik agar ia tidak mengering dan membentuk keruping yang akan melambatkan proses penyembuhan. Pertimbangkan juga untuk gunakan pembalut luka yang mengandungi hydrogel. Ia mampu menyokong penyembuhan luka dengan cara mengekalkan kelembapan selain mempunyai efek dingin yang melegakan kulit5.
  • Tutup luka anda dengan plaster luka besar atau kecil mengikut kesesuaian. Anda mungkin tidak perlu membalut luka yang kecil. Bagi kulit yang tercalar atau luka kecil anda hanya perlu membersihkannya sahaja. Namun, bagi luka yang besar anda perlu bersihkan, kemudian dibalut dengan pembalut yang bersih, steril dan tidak melekat.
  • Anda boleh mendapatkan pelbagai jenis pembalut luka dan plaster luka kecil atau besar di farmasi yang berdekatan. Penggunaan pita kertas untuk melekatkan balutan adalah pilihan terbaik untuk mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif. Pastikan anda ganti plaster luka sekurang-kurangnya sekali sehari atau jika ia mula menjadi lembap dan kotor.

Selepas luka sembuh dan keruping tertanggal, parut mungkin dapat dikurangkan dengan menyapukan gel silikon dengan kandungan CPX Silicone (cyclopentasiloxane) atau Vitamin C Ester. Ini dapat membantu mencerahkan, melembutkan dan meratakan parut.6,7,8

situasi kecemasan
Situasi kecemasan di rumah yang perlu rawatan segera.

Bila anda perlu berjumpa dengan doktor?

Dalam kebanyakan kes, anda boleh sahaja merawat luka kecil di rumah. Namun, ada juga yang memerlukan rawatan dengan pakar. Segera berjumpa doktor4 sekiranya:

  • Luka terlalu besar dan terbuka
  • Pendarahan tidak berhenti walaupun dengan menekan luka
  • Pendarahan yang berterusan
  • Anda rasa tidak sihat atau demam

Doktor mungkin akan memberikan pelbagai kaedah untuk merawat luka yang terbuka.

Jika anda menyedari tanda-tanda jangkitan seperti kawasan luka semakin merah dan bengkak, semakin bertambah sakit, luka yang berbau ketika dicuci, demam atau menggigil, segera dapatkan rawatan lanjut!

Penafian: Artikel ini tidak bertujuan sebagai nasihat perubatan khusus. Jika anda mempunyai masalah luka dan parut yang membimbangkan, sila rujuk dengan profesional penjagaan kesihatan anda.

Artikel ini disokong oleh Menarini.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. American Academy of Dermatology Association (n.d.). Proper Wound Care: How to minimize a scar. Accessed November 2023. 
  2. Don Lalonde, et. al., Plast Reconstr Surg Glob Open. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6846309/. Accessed November 2023
  3. Junker, et. al., Adv Wound Care (New Rochelle). https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3842869/. Accessed November 2023
  4. NHS. (2022, June 6). Cuts and grazes. https://www.nhs.uk/conditions/cuts-and-grazes/. Accessed November 2023. 
  5. C. Weller, Advanced Textiles for Wound Care. https://www.sciencedirect.com/topics/nursing-and-health-professions/hydrogel-dressing. Accessed November, 2023.
  6. Yun IS, et al. Aesth Plast Surg (2013) 37:1176-1181. 
  7. Chernoff WG, et al. Aesth Plast Surg 2007;31:495-500.
  8. Fulton JE. Silicone gel sheeting for the prevention and management of evolving hypertrophic and keloid scars. Dermatol Surg 1995;21:947-951

Versi Terbaru

20/05/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Siti Sofiah


Artikel Berkaitan

Ini Cara Nak Buat Air Garam Cuci Luka Di Rumah, Mudah Saja, Hanya Guna 2 Bahan!

Menyahkuman Sahaja Dah Cukup? Ini Cara Merawat Luka Kecil, Calar Dan Terbakar!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan