Sedang sibuk bertukang atau berdeko di rumah, tiba-tiba gam kekal yang anda mahu guna pada objek lain terlekat pula di kulit jari atau tangan. Apabila situasi ini berlaku, apa anda perlu buat? Ini cara hilangkan atau tanggalkan gam gajah yang betul!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Habit Sihat, anda boleh klik di sini.
Apa yang dimaksudkan dengan gam kekal?
Turut popular dengan banyak nama lain, gam kekal atau Cyanoacrylate adalah sejenis bahan yang boleh melekatkan apa sahaja permukaan sama ada fabrik, plastik, logam, besi dan lain-lain.
Berbeza dengan gam tradisional yang berasaskan air, gam kekal tercipta dan terdiri daripada resin akrilik. Disebabkan itu, ia bakal lebih cepat, mudah serta mempunyai ketahanan untuk melekatkan dua permukaan.
Gam jenis ini banyak digunakan di dalam proses membaikpulih, menghias atau mencantum lebih daripada satu objek yang tidak menggunakan pendakap lain seperti skru, paku, kabel atau tali.
Apa yang mungkin agak membimbangkan adalah wujud risiko di mana ia terlekat di kulit individu sama ada pada jari, tangan mahupun kuku kerana bakal timbul kesan sampingan lain kelak.
Apabila situasi ini terjadi, apa tindakan yang betul? Jangan panik kerana ia bukan masalah besar!
Cara hilangkan @ tanggalkan gam gajah!
Sebelum pergi lebih lanjut, anda perlu tahu bahawa gam kekal mungkin tidak akan mendatangkan kesan sampingan berbahaya apabila terlekat pada kulit. Namun masih wujud risiko ia mengakibatkan ruam atau radang jika tidak tertanggal dalam tempoh masa lama.
Memang benar ia boleh hilang secara sendiri, namun sila ikut langkah di bawah agar lebih selamat:
#1. Basuh dengan air dan sabun
Pertama, tidak lain dan tidak bukan anda perlu basuh bahagian kulit yang terlekat gam itu dengan menggunakan air dan sabun. Ia adalah langkah paling umum dan utama anda harus cuba.
Sebaiknya, gunakan suhu air yang agak hangat namun jangan sampai terlalu panas. Jika gosokan masih tidak boleh menyingkirkan gam tersebut, cuba teknik rendaman di dalam baldi pula.
Namun jika teknik gosokan atau rendaman ini membawa rasa sakit, jangan teruskan dan berhenti.
Baca lagi artikel berkaitan:
- 3 Sebab Mengapa Anda Perlu Cuci Tangan Dengan Sabun Setiap Hari
- Jangan Guna Hand Sanitizer Untuk Cuci Tangan Sebelum Makan! Ini Sebabnya
Cara hilangkan gam gajah #2. Garam
Antara petua lain individu boleh cuba adalah dengan menggunakan garam di dapur sahaja. Untuk pengetahuan anda semua, gam kekal hanya boleh melekat pada permukaan yang ada kelembapan dan garam itu mampu untuk menghilangkan unsur ini.
Cuma anda perlu berwaspada kerana ada risiko untuk kulit anda terluka jika situasi ini terjadi dan penggunaan garam pada kulit ini pula hanya akan mengakibatkan luka tersebut terasa pedih.
Cara hilangkan gam gajah #3. Lemon
Antara bahan lain di dapur yang individu boleh guna adalah lemon kerana buah sitrus ini memiliki sifat asidik untuk menghakis dan menyingkirkan gam itu daripada kulit. Anda hanya perlu perah ia ke atas kulit atau rendam sahaja di dalam air bercampur lemon.
Sama juga seperti di atas tadi, anda mungkin perlu lebih berhati-hati ketika menggunakan ia kalau ada luka pada kulit kerana buah lemon juga boleh menyebabkan luka tersebut terasa pedih.
#4. Sapu mentega atau minyak masak
Mentega dan pelbagai jenis minyak masak sama ada daripada sawit, jagung, zaitun dan lain-lain itu mampu untuk memisahkan dua atau lebih bahagian kulit yang terlekat gara-gara gam kekal.