backup og meta

Waspada Dengan Sapuan Iodin Pada Luka! Selain Memedihkan, Ada Kesan Sampingan Lain!

Waspada Dengan Sapuan Iodin Pada Luka! Selain Memedihkan, Ada Kesan Sampingan Lain!

Pernahkah anda mengalami luka yang teruk dan doktor menyapu ubat kuning luka (iodin) yang sangat memedihkan itu untuk merawatnya?

Ya, ia memang merupakan salah satu benda yang perlu ada dalam peti kit kecemasan jika berlaku sebarang kemalangan tidak diingini.

Pun begitu, adalah wajar untuk kalian tahu bahawa mungkin ada kesan sampingan di sebalik penggunaannya.

Jom sama-sama kita semua ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenai apa itu iodine dengan lebih mendalam lagi.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Habit Sihat, sila dapatkannya di sini.

Apa itu iodin?

Mungkin ada dalam kalangan pembaca yang akan membayangkan bahawa iodin itu adalah satu zat yang banyak terdapat dalam makanan laut.

Namun, kami bukanlah ingin membahaskan mengenai perkara itu, sebaliknya merujuk kepada fungsi ubat kuning luka jenis sapuan yang digunakan untuk merawat luka.

ubat kuning luka

Untuk pengetahuan anda, iodin topikal adalah ubatan sapuan yang digunakan untuk merawat luka dengan cara membunuh bakteria penyebab jangkitan.

Buat anda yang masih keliru, ia adalah sejenis ubat berupa cecair berwarna seakan kekuningan atau keputihan dan akan menyebabkan kepedihan apabila terkena luka pada kulit.

Ia adalah salah satu komponen yang sangat penting semasa melakukan pencucian luka (dressing) sama ada bersama doktor atau dilakukan secara sendiri.

Bagaimana cara guna ubat kuning luka?

Sebelum mula menyapu ubatan ini, adalah penting untuk kalian waspada mengenai beberapa perkara termasuklah:

  • Alahan – Sila beritahu doktor jika anda mempunyai alahan terhadap ubatan, makanan, haiwan atau lain-lain
  • Usia – Kesan iodin ini adalah berbeza buat golongan kanak-kanak, dewasa dan warga emas
  • Status perubatan – Kesan iodine ini mungkin akan mengakibatkan interaksi negatif jika digunakan bersama ubatan lain
  • Gaya hidup – Kesan iodine ini mungkin akan terjejas sekiranya anda mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti meminum alkohol dan menghisap rokok

Selepas 4 perkara ini dipertimbangkan, barulah anda boleh menyapu iodin untuk luka dan ketahuilah bahawa ia tidak boleh diambil secara oral.

Selain itu, sila elakkan ia terkena pada mata atau disapu pada luka kesan terbakar, luka terlalu dalam, luka terlalu besar atau luka yang diakibatkan oleh gigitan haiwan.

Selepas menyapukan ubat kuning luka, jangan tutup ia dengan pembalut yang terlalu ketat kerana kesemua perkara ini mungkin akan mengakibatkan kesan sampingan lain kelak!

ubat kuning luka

Risiko kesan sampingan

Seperti mana yang kami nyatakan di atas tadi, mungkin wujud beberapa kesan sampingan penggunaan ubatan topikal ini jika digunakan dengan cara yang salah.

Kesan sampingan ini adalah lebih berisiko tinggi terjadi sekiranya ia digunakan dengan dos yang salah yakni terlalu banyak atau jika diambil secara oral.

Anda perlu tahu bahawa kesan sampingan utamanya sudah tentu akan meliputi bahagian kulit terutamanya pada kawasan luka yang disapu.

Berikut adalah antara mudarat yang boleh berlaku pada kulit:

  • Kerengsaan
  • Kegatalan
  • Kemerahan
  • Kepedihan
  • Timbul nanah

Seandainya diambil melalui oral yakni termakan atau terminum, akan wujud beberapa kesan sampingan yang mendatangkan bahaya.

Berikut adalah antara mudarat jika diambil secara oral:

  • Sakit perut atau abdomen
  • Cirit-birit
  • Muntah-muntah
  • Mual-mual
  • Demam
  • Dahaga yang melampau
  • Tidak mampu lepas ujian urin

Mungkin juga wujud beberapa kesan sampingan lain yang kami tidak nyatakan di atas tadi dan sila berhubung dengan doktor untuk informasi lebih lanjut ya?

Baca juga:

Ubat kuning luka, satu-satunya kaedah merawat luka?

Apa itu iodine sangat banyak digunakan untuk merawat kes luka akibat kemalangan apabila dirujuk kepada pakar di hospital atau klinik.

Sekiranya anda mengalami luka di rumah dan tidak mempunyai stok ubatan topikal ini, apakah yang boleh dibuat selain berjumpa doktor?

Usah khuatir kerana terdapat beberapa cara lain sebagai kaedah merawat luka seperti:

ubat kuning luka

Pun begitu, adalah wajar untuk kalian tahu bahawa alternatif-alternatif ini hanya boleh digunakan sekiranya anda tidak mampu untuk pergi mendapatkan rawatan pakar.

Dalam pada itu, sila lihat juga pada luka anda kerana luka yang terlalu besar atau terlalu dalam tidak boleh dirawat secara sendiri dan perhatian pakar masih diperlukan.

Sebaiknya, sila simpan stok ubat kuning luka di dalam peti kit kecemasan anda di rumah okay!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Iodine (Topical Route).
    https://www.mayoclinic.org/drugs-supplements/iodine-topical-route/description/drg-20064375,  Accessed on Dec 10, 2000
  2. Cuts and scrapes: First aid.
    https://www.mayoclinic.org/first-aid/first-aid-cuts/basics/art-20056711,  Accessed on Dec 10, 2000
  3. Iodine in diet. https://medlineplus.gov/ency/article/002421.htm,  Accessed on Dec 10, 2000
  4. Vermeulen, H., Westerbos, S. J., & Ubbink, D. T. (2010). Benefit and harm of iodine in wound care: a systematic review. The Journal of hospital infection, 76(3), 191–199. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/20619933,  Accessed on Dec 10, 2000
  5. When and how to use iodine dressings. https://www.nursingtimes.net/clinical-archive/tissue-viability/when-and-how-to-use-iodine-dressings-09-11-2000/,  Accessed on Dec 10, 2000

Versi Terbaru

05/12/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ikut 5 Cara Pertolongan Cemas Ini Jika Kulit Melecur Kena Ekzos!

Daun Lidah Buaya Bukan Setakat Bagus Untuk Rambut & Kulit, Tapi Boleh Juga Rawat Luka!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan