Sabun basuh baju wangi banyak dijual di pasaran. Namun ada kalanya, ia tidak bertahan lama atau tidak mengeluarkan bau wangi seperti yang kita sangkakan. Walaupun kita memilih sabun basuh baju paling wangi, harumannya mungkin tidak kekal lama pada pakaian jika dibasuh dengan teknik yang salah. Ini beberapa cara untuk kekalkan bau wangi pencuci baju pada pakaian anda.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Habit Sihat, anda boleh klik di sini.
Sabun basuh baju wangi: Cara kekalkan bau wangi lebih lama
Siapa sahaja yang tidak suka bau wangi yang kekal lama pada pakaian walaupun sudah lama dibasuh. Bau wangi pada baju dan seluar boleh membantu menghindarkan bau badan saat dipakai di samping merangsang mood yang baik dan lebih segar ketika dipakai.
Namun, jika tersalah teknik membasuh dan menyimpan pakaian, haruman daripada sabun basuh baju paling wangi juga akan menghilang dengan cepat.
Ikuti langkah-langkah di bawah ini:
#1. Pilih sabun pencuci baju yang tepat
Tidak semua jenis pencuci pakaian adalah sama. Ia mungkin berbau harum saat dicium pada botol, namun sabun tersebut mungkin tidak kekal lama pada pakaian.
Oleh itu, pilih sabun basuh baju wangi yang dilengkapi dengan pewangi yang kuat atau bersama cecair pelembut.
Sabun seperti ini biasanya mempunyai haruman yang lebih tahan lama pada pakaian apabila dicuci nanti.
#2. Tambahkan sedikit cecair pelembut
Salah satu petua wajib yang boleh anda lakukan untuk mengharumkan pakaian adalah dengan menuangkan cecair pelembut ke dalam mesin basuh.
Cecair pelembut bukan sahaja bertindak melembutkan fabrik, tetapi ia juga boleh membantu meningkatkan wangian pada baju.
Namun jangan masukkannya pada awal cucian. Masukkan cecair pelembut sebelum bilasan terakhir untuk mengelakkan ia dicuci bersih dengan air basuhan.
#3. Tip sabun basuh baju wangi: Keluarkan daripada mesin dengan cepat
Ramai yang tidak tahu bahawa mesin basuh merupakan rumah bagi pelbagai bakteria.
Jika pakaian yang telah dibasuh dibiarkan lama dalam mesin basuh, ia boleh berbau hapak disebabkan kehadiran bakteria yang membiak pada pakaian yang masih lembap.
Oleh itu, sejurus selepas pakaian dicuci, keluarkannya dan terus disidai atau dikeringkan dengan mesin pengering.
#4. Cuba elakkan penggunaan mesin pengering
Penggunaan mesin pengering boleh menghilangkan lebih banyak wangian pada pakaian yang dicuci.
Ini kerana minyak pati yang terdapat pada sabun cucian pakaian akan mudah menyejat apabila terkena suhu yang panas atau tinggi.
Sekiranya boleh, sidai seperti biasa pada ampaian dan biarkan angin atau cahaya matahari mengeringkan pakaian anda.
#5. Tip sabun basuh baju wangi: Simpan apabila pakaian sudah kering
Jangan terus melipat dan menyimpan pakaian walaupun ia hampir kering dan sedikit lembap.
Ini kerana, apabila pakaian disimpan dalam keadaan ia masih lagi lembap, bakteria akan mula membiak pada baju anda.
Ini kemudiannya akan menyebabkan pakaian menjadi hapak, berbau busuk dan semestinya menghilangkan bau wangi pakaian.
#6. Simpan pakaian di tempat yang gelap, kering
Lipat pakaian anda dan simpan di dalam tempat atau almari yang kering dan gelap.
Tempat penyimpanan pakaian yang kering dan gelap akan merencatkan pertumbuhan bakteria sekali gus memelihara bau wangi pakaian yang baru dicuci.
Sila pastikan almari yang digunakan itu sesuai untuk menyimpan pakaian kerana sesetengah bau kayu almari boleh menyerap masuk ke dalam pakaian anda.
Kesimpulan
Tiada siapa yang gemarkan baju yang berbau hapak setelah dicuci.
Oleh itu, anda boleh cuba enam petua yang kami kongsikan ini untuk menjadikan bau sabun pencuci lebih bertahan lama pada pakaian anda.
Selamat mencuba!
[embed-health-tool-bmi]