backup og meta

Ikut 5 Langkah Ini Nak Elak Baju Bercapuk Kerana Terbasuh Dengan Air Karat!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 03/02/2023

    Ikut 5 Langkah Ini Nak Elak Baju Bercapuk Kerana Terbasuh Dengan Air Karat!

    Ada ketikanya, kita menyedari bahawa baju yang hendak disidai mempunyai tompok-tompok kekuningan. Barulah kita sedar ia terjadi kerana air kuning (air paip berkarat) telah digunakan ketika mencuci pakaian dalam mesin basuh tadi.

    Mana tidaknya, selepas baju dimasukkan ke dalam mesin, mesin terus ditutup dan air akan masuk secara automatik tanpa sedar bahawa ia berwarna kuning.

    Jadi, apa yang anda boleh buat untuk elakkan kejadian seperti ini berulang lagi. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Habit Sihat, anda boleh klik di sini.

    Macam mana air kuning (air paip berkarat) boleh berlaku?

    air kuning

    Ada banyak punca yang boleh menyebabkan air karat berlaku. Namun yang paling biasa adalah berpunca daripada air itu sendiri, tangki air dan juga mesin basuh.

    Bagi punca air, ada masanya air yang disalurkan melalui paip besar ke kediaman kita sedikit keruh dan berkeladak.

    Ia mungkin tidak berlaku setiap masa. Namun, bagi sesetengah kawasan terutamanya di kawasan pedalaman, kejadian air keruh boleh dikatakan agak kerap terjadi.

    Selain itu, tangki air di rumah anda juga mungkin boleh menjadi punca air kuning.

    Jika tangki di rumah anda sudah berusia berbelas atau puluhan tahun lamanya tanpa diservis, ia boleh menakung segala kotoran dan karat dan menjadikan bekalan air turut terjejas.

    Namun, ada juga keadaan di mana air menjadi keruh disebabkan mesin basuh anda sendiri.

    Ada bahagian-bahagian tertentu pada mesin basuh yang diperbuat daripada logam yang lama-kelamaan menjadi berkarat dan membuatkan air yang masuk turut berwarna kuning. 

    Tip elak baju bertompok kerana air kuning (air paip berkarat)

    air kuning

    Ada cara yang dikongsikan oleh seorang Pakar Kimia iaitu Dr. Fatimah Salim tentang bagaimana dia menangani masalah air berkarat di rumahnya ketika mencuci baju.

    Kediamannya juga berhadapan dengan masalah di mana air yang masuk ke dalam mesin basuh agak keruh dan menjadikan pakaian yang siap dicuci bercapuk-capuk dengan warna karat.

    Ini tip yang dikongsikan oleh Dr. Fatimah Salim:

    1. Ambil sehelai kain atau tuala kecil yang boleh menyerap air dengan baik. Elakkan kain yang tidak begitu menyerap air.
    2. Lipat kain kepada beberapa lapisan agar ia boleh menapis air yang akan masuk ke dalam mesin basuh nanti kepada beberapa peringkat.
    3. Kemudian, masukkan kain tersebut ke dalam tempat pencuci pakaian diletakkan di dalam mesin basuh. Jika anda tidak tahu, buka penutup mesin dan lihat pada ‘mulut’ drum mesin tersebut. Biasanya, akan ada satu slot atau laci kecil yang boleh ditarik keluar untuk memasukkan sabun pencuci
    4. Apabila air dimasukkan ke dalam mesin, ia akan melalui bekas pencuci pakaian terlebih dahulu sebelum pergi ke drum mesin. Oleh itu, kain yang diletakkan itu akan bertindak sebagai penapis bagi menapis segala kotoran dan karat daripada air.
    5. Apabila kain sudah mula bertukar warna, tukarkan kepada kain lain atau basuh bersih kain tersebut sebelum digunakan semula. 

    Jika baju bercapuk kerana air kuning, apa cara untuk hilangkannya?

    air kuning

    Bagi baju yang sudah bercapuk dan kekuningan disebabkan oleh air berkarat, anda boleh menggunakan beberapa petua yang kami kongsikan di bawah ini.

    #1. Guna lemon, baking soda atau cuka

    Bagi menggantikan cecair peluntur yang mungkin boleh merosakkan pakaian anda, anda boleh menggunakan lemon, cuka atau baking soda.

    Rendam baju anda bersama-sama bahan ini dan juga sabun pencuci pakaian.

    #2. Rendam segera dalam air bersih

    Bagi mengelakkan kesan kotoran itu melekat lebih lama dan sukar untuk ditanggalkan, rendam baju anda dalam air bersih sebelum dicuci semula.

    Tetapi ingat, hanya gunakan air yang bersih dan bukannya air kuning. 

    #3. Sapu dengan boraks

    Anda juga boleh menanggalkan kesan karat pada baju dengan menggunakan campuran serbuk pencuci dan juga boraks (borax).

    Ia membuatkan serbuk pencuci pakaian lebih berkesan dalam menghilangkan warna kekuningan tersebut. 

    Kesimpulan

    Air paip keruh sememangnya boleh membuatkan pakaian yang berwarna cerah menjadi bercapuk.

    Oleh itu, cuba guna tip yang kami kongsikan di atas bagi mengelakkan air paip kotor merosakkan warna pakaian anda.

    Selamat mencuba!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 03/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan