Pernahkah anda berhadapan situasi di mana rumah kembali berhabuk walaupun baru sahaja disapu dua hari lepas. Lagi meletihkan jika habuk mudah melekat pada perabot seperti sofa, almari kabinet, dan juga meja makan. Apa yang boleh anda buat supaya habuk tidak mudah melekat pada perabot? Adakah cukup menggunakan penyedut habuk dalam rumah sahaja?
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Habit Sihat, anda boleh klik di sini.
Macam mana habuk boleh terbentuk?
Habuk atau debu sebenarnya adalah partikel halus yang berasal daripada objek pepejal.
Ia biasanya datang daripada pelbagai sumber seperti batuan atau tanah yang kemudiannya ditiup angin.
Selain itu, habuk juga boleh terhasil daripada sel-sel kulit yang telah mati.
Hampir 20% hingga 50% habuk yang ada dalam rumah kita biasanya terdiri daripada sel-sel kulit mati.
Bukan itu sahaja, habuk juga boleh mengandungi bahan-bahan lain seperti rambut manusia, debunga tumbuhan, serat pakaian, bulu haiwan dan macam-macam lagi.
Biasanya, habuk atau debu ini dibersihkan dengan menggunakan penyedut habuk dalam rumah.
Selain penyedut habuk, ini cara elakkan habuk melekat pada perabot
Ada banyak petua di luar sana yang menerangkan cara mengelakkan habuk daripada melekat pada perabot.
Mungkin ada sebahagian daripada kita juga yang mempunyai cara atau tip tersendiri untuk elakkan masalah habuk melekat ini.
Bagi anda yang masih tidak tahu apa caranya, ikuti 3 tip yang kami kongsikan di bawah ini.
#1. Campuran cuka, sabun, minyak
Bahan-bahan yang kami senaraikan ini mungkin agak pelik, namun ia boleh mencegah habuk daripada melekat pada perabot.
Selain penggunaan penyedut habuk, anda boleh cuba cara ini juga.
Bahan-bahan:
- 1 cawan air
- 1 sudu minyak zaitun
- 2 sudu cuka
- 2 sudu sabun cecair
Cara penyediaan:
- Campurkan kesemua bahan tersebut dalam satu botol. Goncangkan sehingga kesemuanya bercampur dengan sebati.
- Kemudian, masukkan campuran tersebut ke dalam botol penyembur.
- Sembur pada perabot yang sering berhabuk. Tetapi ingat, bersihkan dahulu perabot daripada habuk yang ada sebelum menyemburnya.
Selain penyedut habuk #2. Guna baking soda
Selain daripada penyedut, anda juga boleh menggunakan baking soda.
Namun, cara yang kedua ini khas ketika ingin membersihkan sofa atau bantal yang berhabuk.
Kusyen sofa kadangkala mungkin kelihatan bersih, tetapi sebenarnya mengandungi habuk dan hama yang tebal di bahagian dalamnya.
Anda tidak perlu berhabis tenaga membuang habuk daripada kusyen sofa. Hanya ikut cara di bawah ini.
Bahan-bahan:
- Vacuum cleaner
- Berus penyeduk habuk
Cara -caranya:
- Taburkan baking soda pada permukaan kusyen sofa. Biarkan selama sekurang-kurangnya 30 minit.
- Selepas 30 minit, ambil berus penyedut dan pasangkan pada vacuum cleaner anda.
- Sedut kesemua baking soda yang ada pada kusyen. Ia bukan sahaja membuang habuk sedia ada, tetapi juga boleh mengelakkan habuk daripada mudah melekat lagi pada sofa.
#3. Gunakan pelembut pakaian
Cara ketiga ini mungkin boleh dikatakan cara yang agak popular bagi mengelakkan habuk berkumpul pada perabot.
Ia menggunakan cecair pelembut pakaian. Bahan-bahan yang anda perlukan ialah:
- Satu penutup cecair pelembut pakaian
- 1 liter air
Cara-caranya:
- Campurkan cecair pelembut pakaian bersama air dalam satu botol.
- Setelah campuran sebati, masukkan dalam botol penyembur.
- Sembur pada perabot bagi mengelakkan habuk melekat padanya.
Kesimpulan
Selain daripada penyedut udara yang lebih moden, petua yang kami kongsikan ini merupakan antara kaedah yang sering digunakan untuk mencegah habuk daripada melekat pada perabot.
Daripada anda mengelap atau menyedut habuk setiap hari, adalah lebih baik anda mencuba tiga tip di atas ini dan lihat perbezaannya!
Ia pasti akan lebih memudahkan rutin harian anda mengemas dan membersihkan kediaman. Selamat mencuba.
[embed-health-tool-bmi]