backup og meta

Segan Angkat Tangan Gara-Gara Ketiak Selalu Sangat Basah, Cuba 5 Petua Ini!

Segan Angkat Tangan Gara-Gara Ketiak Selalu Sangat Basah, Cuba 5 Petua Ini!

Bayangkan situasi di mana kalian sedang menaiki pengangkutan awam seperti bas atau kereta api yang padat dengan lautan manusia, jadi anda perlu berdiri. Pun begitu, bagaimana pula jika masalah ketiak basah menghalang anda daripada mengangkat tangan?

Ia sudah pasti akan memalukan diri dan menjejaskan orang lain. Jom baca artikel untuk tahu cara mengatasinya!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Habit Sihat, anda juga boleh klik di sini.

Apa punca bawah lengan yang lencun?

Seperti ramai sudah sedia maklum, tubuh badan manusia akan mengeluarkan sejenis cecair bernama peluh daripada beberapa kelenjar utama bagi mengawal kembali suhu yang meningkat secara mendadak.

Kebiasaannya, peluh akan mula keluar di saat suhu badan tinggi angkara kepenatan, ketakutan, cuaca panas dan hasil aktiviti fizikal yang dilakukan. Jadi, pengeluaran peluh daripada tubuh badan itu keadaan yang normal.

Apa yang mungkin kurang atau tidak normal adalah apabila ia keluar dalam kuantiti terlalu banyak lalu menyebabkan anggota badan tersembunyi termasuk ketiak basah, lantas menimbulkan perasaan malu dan cemas.

Meskipun ramai yang kata ini bukan masalah besar terutama buat lelaki yang ‘jantan’, bayangkan jika ia terlalu banyak sehingga peluh mula meliputi banyak bahagian badan dan menembusi fabrik pakaian anda itu?

ketiak basah

Bukan sahaja peluh akan membuat ketiak anda lencun malah turut berbau. Jangan biar orang di sekeliling merana!

Ini antara cara hilangkan ketiak basah!

Untuk pengetahuan anda semua, tubuh badan setiap manusia itu tidak sama. Ada orang mungkin kuat berpeluh akibat kondisi hiperhidrosis yang mengakibatkan peluh terhasil dan terkeluar secara tidak normal.

“Hiperhidrosis berlaku angkara gangguan pada kelenjar peluh dalam tubuh badan yang berkait rapat dengan masalah sistem saraf, pengambilan ubatan dan rawatan tertentu serta pelbagai lagi jenis penyakit lain,” jelas Pakar Dermatologi, Dr. Dee Anna Glaser.

Khusus buat individu yang mungkin selalu sangat ada masalah ini, berikut beberapa petua penting anda boleh cuba:

[embed-health-tool-bmi]

#1. Deodorant untuk ketiak basah

Pertama, anda boleh menggunakan deodoran atau antiperspiran khusus untuk menyerap dan mencegah bawah lengan daripada berpeluh dengan teruk. Ia sudah tentu usaha paling penting yang anda perlu buat.

Menariknya, produk-produk ini turut mampu mengurangkan atau menghilangkan bau ketiak anda yang tengik itu!

#2. Lebihkan minum air kosong

Logiknya, minum lebih banyak air sudah tentu akan buat peluh lebih banyak bukan? Tidak benar, tubuh yang berjaya mendapatkan jumlah air optimum dalam badan akan menyebabkan suhu badan menurun.

Apabila suhu badan anda sudah berada pada tahap optimum, maka peluh juga tidak akan keluar dengan banyak.

ketiak basah

#3. Gunakan baju kain kapas

Kebiasaanya, baju yang diperbuat daripada kain kapas lebih longgar sekali gus boleh membuat bahagian tubuh badan termasuk ketiak bernafas dengan lebih baik dan mencegah suhu badan menjadi lebih tinggi.

Pada sisi lain, kain ini turut tidak menyerap peluh lantas membuat air yang keluar itu tidak terlihat dengan jelas.

Cara hilangkan ketiak basah #4. Bercukur

Menurut kajian terbitan Journal of Cosmetic Dermatology, bulu ketiak merupakan habitat ideal untuk bakteria. Jika ia kurang atau tiada, maka masalah bau pada bawah lengan ini mungkin akan dapat diatasi.

Bukan itu sahaja, ketiadaan bulu bawah lengan mampu mengurangkan penghasilan atau penyerapan peluh yang keluar. Kesannya, ketiak anda yang bebas bulu halus mungkin akan kurang berpeluh dan berbau.

ketiak basah

#5. Jaga diet pemakanan anda

Percaya atau tidak, makanan yang anda makan setiap hari juga mampu mempengaruhi jumlah penghasilan peluh ya!

Sebagai contoh, makanan rendah serat dan tinggi garam akan membuat sistem pencernaan bekerja lebih keras. Akibat daripada itu pula, ia boleh memicu kelenjar peluh untuk menghasilkan lebih banyak cecair.

Sebagai ganti, ada beberapa jenis makanan yang bagus untuk mereka dengan masalah peluh banyak. Selain air kosong, teh hijau, kacang badam, gandum, sayur-sayuran dan buah-buahan adalah pilihan terbaik.

Sekiranya masalah ketiak basah anda itu masih belum selesai dengan cara ini, ada beberapa jenis prosedur termasuk penyuntikan ubat dan pembedahan minor. Dapatkan informasi dan nasihat daripada doktor terlebih dahulu ya?

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Hyperhidrosis: Diagnosis And Treatment, https://www.aad.org/public/diseases/a-z/hyperhidrosis-treatment, Accessed Feb 24 2023.
  2. Causes of sweating, https://www.cancerresearchuk.org/about-cancer/coping/physically/skin-problems/dealing-with-sweating/causes, Accessed Feb 24 2023.
  3. Sweaty Armpits, https://www.sweathelp.org/where-do-you-sweat/sweaty-armpits.html, Accessed Feb 24 2023.
  4. What Can I Do to Help Control My Sweaty Palms or Underarms?, https://www.scripps.org/news_items/4490-what-can-i-do-to-help-control-my-sweaty-palms-or-underarms, Accessed Feb 24 2023.
  5. Yes, There’s a Surgery to Fix Sweaty Palms: Here’s What You Need to Know, https://www.jeffersonhealth.org/your-health/living-well/surgery-to-fix-sweaty-palms-heres-what-you-need-to-know, Accessed Feb 24 2023.

Versi Terbaru

18/08/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Cuaca Panas Terik Buat Anda Kerap Nak Mandi, Tapi Yang Mana Bagus, Mandi Air Panas @ Sejuk?

6 Tip Mengurangkan Peluh Badan, Hilang Bau Menyengat!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 18/08/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan