backup og meta

Gantikan Deodoran Dengan Minyak Badan, Petua Bagus Hilangkan Bau Ketiak?

Gantikan Deodoran Dengan Minyak Badan, Petua Bagus Hilangkan Bau Ketiak?

Dari dahulu sampai sekarang, deodoran merupakan produk hilangkan bau ketiak yang akan mendatangkan hasil paling memuaskan hati. Namun, kini ada orang percaya jika wujud juga cara lain untuk itu. Bagaimana?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Habit Sihat, anda juga boleh klik di sini.

Deodoran & masalah bau ketiak yang teruk

Ketiak merupakan bahagian tubuh badan tersembunyi yang terkenal dengan bau serta aroma kurang menyenangkan!

Alasannya, bahagian ini memiliki banyak kelenjar sebum (apokrin) yang berfungsi menghasilkan dan mengeluarkan peluh dalam usaha untuk meneutralkan suhu badan ketika sedang panas atau hangat.

Tambahan itu lagi, bawah lengan turut mempunyai banyak bulu serta kelembapan yang begitu sesuai untuk bakteria tinggal, merebak dan membiak sekali gus menjadikan ia sebagai rumah mikrob ini.

hilangkan bau ketiak

Dalam usaha untuk mengurangkan atau menghilangkan bau bawah lengan, ramai individu yang gemar menggunakan deodoran. Berita buruk buat anda, ia kadangkala gagal untuk menyelesaikan masalah bau ketiak.

Mungkin disebabkan itu juga, kini sedang tular di media sosial tentang petua hilangkan bau ketiak dengan gunakan produk lain iaitu minyak badan. Persoalannya, adakah ia cara yang bagus untuk anda?

Petua hilangkan bau ketiak gunakan minyak?

Anda kenal dengan minyak badan? Buat mereka yang belum tahu, ia merupakan sejenis produk penjagaan kulit yang memainkan peranan untuk melindungi, melembapkan dan menghidratkan organ ini.

Minyak ini biasa disapukan pada seluruh tubuh badan selepas mandi serta sebelum tidur dalam usaha individu untuk mendapatkan kulit yang cantik. Tidak hairan jika ada lambakan produk ini di pasaran.

Apa yang mungkin agak pelik tetapi menarik, ada individu yang menggunakan minyak ini bagi mengurangkan atau menghilangkan bau tengik pada ketiak. Persoalanya, adakah ia merupakan cara yang efektif?

hilangkan bau ketiak

Logiknya, minyak badan memang berbau wangi kerana ia mengandungi pelbagai bahan yang bersifat aromatik seperti variasi jenis bunga. Ini bermakna, bau wangi itu mungkin boleh melekat pada kulit ketiak.

Malangnya, bau wangi daripada minyak ini sama sekali tidak akan mampu menyingkirkan peluh dan bakteria di ketiak yang merupakan punca ia berbau. Ini bermaksud, petua ini mungkin tidak boleh berkesan.

Apa cara alternatif yang anda boleh lakukan?

Dalam erti kata mudah, cara hilangkan bau ketiak yang paling bagus adalah dengan gunakan deodoran. Ini kerana ia mampu meminimumkan peluh sekali gus menyelesaikan masalah bawah lengan yang berbau.

Dalam pada itu, ada beberapa lagi petua lain yang boleh membantu mencegah masalah ketiak berbau termasuk:

hilangkan bau ketiak

  • Cukur bulu ketiak – Dengan kekurangan atau ketiadaan rambut halus di ketiak, peluh juga akan berkurangan. Kesannya, masalah bawah lengan berbau juga boleh selesai
  • Mandi lebih kerapDengan lebih kerap mandi dan membersihkan diri, bakteria-bakteria yang tinggal di kawasan seperti bawah lengan akan lebih mudah disingkirkan
  • Tukar gaya pemakaian anda – Pakaian daripada jenis fabrik seperti kapas dan linen boleh memudahkan kulit untuk ‘bernafas’ lantas mengeringkan peluh yang terperangkap di kawasan tersorok seperti ketiak
  • Kawal diet pemakanan anda – Makanan berlemak, berminyak dan berbau kuat seperti bawang boleh meresap ke dalam liang tubuh badan sekali gus membuat ia berbau. Jadi, cuba elak daripada ambil diet sebegitu
  • Elakkan stres dan masalah emosi lain – Kadangkala, reaksi stres yang berlebihan turut boleh menyebabkan tubuh badan anda berpeluh lantas berbau. Sebaiknya, elakkan daripada stres atau sebarang masalah emosi lain

Konklusinya, penggunaan deodoran merupakan cara hilangkan bau ketiak yang paling baik anda boleh amalkan. Pun begitu, alternatif-alternatif di atas juga sudah tentu akan membantu anda mencegah masalah ini.

Jika ia masih mengganggu anda walaupun sudah mencuba banyak cara dan alternatif, segera jumpa pakar dermatologi ya?

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Body Odor, https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/17865-body-odor, Accessed Mar 30 2023.
  2. Are Deodorant and Antiperspirant the Same Thing?, https://www.poison.org/articles/are-deodorant-and-antiperspirant-the-same-thing, Accessed Mar 30 2023.
  3. Is Deodorant Harmful for Your Health?, https://www.pennmedicine.org/updates/blogs/health-and-wellness/2019/june/deodorant, Accessed Mar 30 2023.
  4. Got body odor? Don’t sweat it. Follow these tips, https://www.thenationshealth.org/content/51/3/16, Accessed Mar 30 2023.
  5. Best Home Remedies For Smelly Armpits, https://pharmeasy.in/blog/home-remedies-for-smelly-armpits/, Accessed Mar 30 2023.

Versi Terbaru

06/04/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Selain Kulit Wajah, Jaga Juga 10 Bahagian Tubuh Ini (Termasuk Celah Ketiak & Ari-ari)!

Ada Cara Hilangkan Bulu Ketiak Kekal? Ini Cara Cukur Paling Murah Hingga Paling Mahal!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/04/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan