backup og meta

Selain Guna Sabun & Skrub, Apa Lagi Cara Senang Untuk Hilangkan Ketiak Berdaki?

Selain Guna Sabun & Skrub, Apa Lagi Cara Senang Untuk Hilangkan Ketiak Berdaki?

Tidak cukup ia berbulu dan berbau, bayangkan jika anda juga ada masalah bawah lengan yang berdaki. Tentu sahaja anda tidak mahu perkara ini terus berlaku bukan? Jadi, bagaimana cara hilangkan daki ketiak anda itu?

Selain sabun dan scrub ketiak, mungkin ada banyak lagi cara hilangkan daki ketiak anda boleh amalkan. Jom baca ini!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Habit Sihat, anda boleh klik di sini.

Kenapa bawah lengan anda boleh berdaki?

Walaupun bawah lengan agak tersorok dan tersembunyi daripada pandangan orang ramai, namun tiada siapa yang rela andai ketiak mereka penuh dengan daki kerana ia akan menjejaskan penampilan masing-masing!

Kadangkala, hitam pada ketiak individu itu bukan disebabkan daki tetapi sel kulit mati yang berubah warna gelap atau hitam kesan daripada beberapa punca dan faktor risiko tertentu termasuk juga gejala kondisi berbahaya.

Untuk pengetahuan anda semua, masalah ketiak berdaki mungkin akan berlaku akibat beberapa sebab berikut:

  • Kaedah, produk dan alat bercukur yang salah
  • Kerap menggunakan baju yang kecil dan ketat
  • Gejala penyakit seperti obesiti dan diabetes
  • Pengambilan ubatan atau rawatan tertentu
  • Ketidakstabilan hormon di dalam tubuh badan
cara hilangkan daki ketiak
Ketiak yang hitam selepas bercukur.

Masalah yang turut dikenali dengan nama Acanthosis Nigricans ini boleh berlaku kepada individu tanpa mengira usia dan jantina tetapi lebih lazim dialami oleh wanita dewasa berbanding lelaki dan kanak-kanak.

Persoalannya, wujudkah cara hilangkan daki ketiak yang individu boleh cuba lakukan atau kondisi ini akan kekal?

Cara hilangkan daki ketiak anda boleh amalkan!

Sekiranya daki itu adalah angkara kekotoran gara-gara anda malas mandi, ia mungkin lebih mudah untuk dibuang dan dicegah daripada berulang. Namun, bagaimana pula jika daki ini sudah melekat pada ketiak anda?

#1. Bercukur dengan cara betul

Menurut Dr Irma Shida menerusi ciapan di laman Twitter, bercukur dengan cara salah beri kesan kepada ketiak!

Pertama, pastikan produk atau alat bercukur yang anda gunakan itu tidak tumpul dan bebas karat bagi mengelakkan risiko pertumbuhan bakteria kerana ia adalah antara punca bawah lengan anda berdaki.

Dalam pada itu, sila mencukur mengikut arah bulu ketiak tumbuh iaitu dari atas ke bawah sahaja. Jika anda tersalah arah, wujud risiko untuk bawah lengan terluka lalu meninggalkan parut yang gelap dan hitam.

cara hilangkan daki ketiak
Punca kegatalan selepas mencukur bulu badan.

Cara hilangkan daki ketiak #2. Sabun

Kedua, anda boleh menggunakan produk hilangkan daki ketiak seperti sabun betik kerana ia mengandungi enzim papain yang boleh membantu mencerahkan bawah lengan jika digunakan secara konsisten.

Cara hilangkan daki ketiak #3. Skrub

Ketiga, anda juga boleh scrub ketiak secara berkala menggunakan ramuan khas seperti garam kristal tawas yang bukan sahaja mampu memutihkan bawah lengan malah mengurangkan masalah bau busuk ketiak.

#4. Pakai baju lebih longgar

Penggunaan pakaian yang ketat mungkin akan menyebabkan pergeseran di antara baju dengan kulit bawah lengan. Ia seterusnya boleh mengakibatkan permukaan ketiak menjadi gelap dan hitam seakan berdaki.

Sebagai langkah untuk mengelakkannya, sila pakai baju lebih longgar agar ketiak anda mampu bernafas dan tidak berdaki.

Cara memutihkan ketiak dengan cepat #5. Guna deodoran yang tepat

cara hilangkan daki ketiak
Memakai deodoran selepas mandi.

Tidak semua individu sesuai menggunakan satu produk yang sama. Ada beberapa produk deodoran yang mungkin akan menghakis serta merengsa kulit sekali gus mengakibatkan kulit ketiak meradang atau berdaki.

Sebaiknya, cari dan guna deodoran yang tepat supaya masalah seperti kulit kering, sensitif dan lain-lain boleh dikendalikan.

[embed-health-tool-bmi]

Jangan malas mandi, ketiak anda akan merana!

Setiap kali mandi, jangan cuma fokus pada muka dan badan anda sahaja kerana ada banyak lagi bahagian tersorok dan tersembunyi yang lain termasuk bawah lengan. Ketiak anda akan merana jika malas mandi!

Apa yang anda perlu buat adalah sabun dan scrub ketiak dengan lebih teliti ketika sedang membersihkan diri. Atau jika tidak, sisa peluh dan bakteria boleh terperangkap lantas meningkatkan risiko bawah lengan berdaki.

Tidak dinafikan, cara hilangkan daki berkerak di ketiak seperti di atas mungkin tidak dapat membuat masalah bawah lengan berdaki anda itu hilang dengan serta-merta tetapi secara beransur-ansur ia dapat diatasi. Dapatkan informasi dan nasihat lanjut daripada doktor jika perlu.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Acanthosis nigricans, https://dermnetnz.org/topics/acanthosis-nigricans/, Diakses Mac 2 2023.
  2. How To Get Rid of Dark Armpits, https://health.clevelandclinic.org/how-to-get-rid-of-dark-armpits/, Diakses Mac 2 2023.
  3. 5 Of The Easiest Ways To Lighten Dark Underarms, https://blackdoctor.org/how-to-lighten-dark-underarms/, Diakses Mac 2 2023.
  4. How to Whiten Underarm, https://www.newhealthadvisor.org/How-to-Whiten-Underarm.html, Diakses Mac 2 2023.
  5. Home Remedies For Dark Underarms, https://pharmeasy.in/blog/home-remedies-for-dark-underarms/, Diakses Mac 2 2023.

Versi Terbaru

29/10/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

6 Tip Mengurangkan Peluh Badan, Hilang Bau Menyengat!

Malu Ketiak Bau Tengik? Ini 5 Cara Hilangkan Busuk Bawah Lengan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 4 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan