backup og meta

Skrub Badan Boleh Hilangkan Daki Dan Putihkan Kulit? Ini Fungsi Sebenarnya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/10/2022

    Skrub Badan Boleh Hilangkan Daki Dan Putihkan Kulit? Ini Fungsi Sebenarnya!

    Rasanya, semua orang pasti pernah baca atau dengar tentang scrub badan dan percaya bahawa ia bertujuan untuk menghilangkan daki. Malahan pasti ada juga yang anggap scrub badan untuk putih kulit. Namun, adakah ia benar atau tidak?

    Sebenarnya, fungsi skrub ini mungkin lebih daripada itu. Jom baca artikel untuk tahu lebih lanjut!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

    Scrub, apa ia boleh buat untuk kulit badan?

    Sebelum pergi dengan lebih dalam lagi, kita semua perlu tahu serba sedikit tentang kulit manusia.

    Untuk pengetahuan anda semua, organ paling besar pada tubuh badan ini akan bekerja keras setiap hari bagi melindungi tubuh badan dari pelbagai kekotoran dalam bentuk partikel asing.

    Sama seperti kulit wajah, kulit badan yang lain turut harus dibersihkan secara rutin dengan kerap dan baik. Skrub adalah antara cara terbaik dalam usaha mengekalkan kulit serba bersih.

    scrub badan

    Ia adalah satu teknik di mana kulit badan individu itu digosok atau disental dengan menggunakan alat serta bahan tertentu dan yang paling popular adalah garam, gula, kopi dan lain-lain.

    “Sangat penting untuk individu melakukan kaedah perawatan atau penjagaan kulit dan skrub termasuk dalam salah satu daripadanya terutama jika anda memiliki jenis kulit yang kering dan kusam,” jelas Pakar Dermatologi, Kavita Mariwalla.

    Apa dia fungsi skrub kulit yang sebenarnya?

    Buat anda yang mungkin belum tahu, rata-rata individu dewasa normal itu bakal mengelupaskan kira-kira 50,000 sel kulit mati pada setiap minit sebagai proses keremajaan kulit semula jadi.

    Sayangnya, sel kulit mati yang telah mengelupas itu kadangkala mungkin akan menyumbat liang pori sekali gus menyebabkan isu-isu lain pula pada kulit seperti jerawat, jeragat atau komedo.

    Baca lagi artikel berkaitan:

    Jadi, scrub badan itu boleh membantu untuk mengangkat dan membuang sel kulit mati daripada kulit individu. Persoalannya, adakah ia turut boleh membawa sebarang manfaat yang lain?

    Ia akan menghilangkan daki?

    Kadangkala, individu biasa akan menggunakan cara ini untuk menghilangkan daki yang melekat pada kulit mereka. Dalam hal ini pula, kepercayaan mereka mungkin tidak salah sama sekali.

    Ini kerana proses pengelupasan kulit secara manual ini bukan sahaja mampu menyingkirkan sel-sel kulit mati sahaja bahkan segala jenis kekotoran yang telah lama wujud di atas permukaan kulit.

    scrub badan

    Dalam erti kata lebih mudah, memang benar bahawa cara ini mampu untuk menghilangkan daki namun hanya untuk kesan yang disebabkan oleh partikel asing di persekitaran sahaja. Sekiranya daki tersebut disebabkan oleh punca lain seperti penyakit, ia tidak berkesan.

    Ia mampu memutihkan kulit?

    Bukan itu sahaja, ramai juga individu yang percaya bahawa scrub badan boleh buat kulit mereka lebih putih. Sudah ada banyak iklan di internet yang menawarkan produk dan servis begini.

    Hakikatnya, anda perlu tahu bahawa warna dan tona kulit itu ditentukan oleh kehadiran melanin yang turut dipengaruhi oleh pelbagai faktor lain seperti genetik, hormon dan lain-lain aspek.

    Ini bermakna adalah mustahil teknik scrub badan untuk putih ini akan berjaya malah ada akibat yang mungkin boleh berlaku. Wujud risiko untuk kulit anda mengalami cedera atau radang gara-gara gosokan serta sentalan yang mungkin terlalu kerap lagi kuat.

    Berapa kerap perlu/boleh skrub kulit badan?

    Dapat kita semua simpulkan di sini bahawa skrub itu hanya mampu menghilangkan daki namun tidak memutihkan kulit anda. Semat dalam hati, ia hanya teknik untuk mengelupaskan sel kulit mati agar kulit tampak lebih bersih dan suci daripada kekotoran!

    scrub badan

    Sekiranya anda keliru berapa kerap skrub kulit itu perlu atau boleh dibuat, ketahuilah bahawa ia sangat disarankan untuk dilakukan oleh ramai pakar kulit sekitar 2 ke 3 kali seminggu sahaja.

    Bagi kulit muka yang jauh lebih nipis dan sensitif berbanding kawasan tubuh badan yang lain, ia perlu atau boleh dilaksanakan pada jeda waktu yang lebih panjang – contohnya sebulan sekali.

    Ataupun jika tidak, akan muncul beberapa kesan sampingan scrub badan terlalu kerap seperti berikut:

    Selain dari aspek kekerapan skrub kulit badan, perhatikan juga segala jenis alat serta bahan yang anda gunakan untuk proses ini kerana ia juga akan menyumbang gejala di atas itu tadi.

    Mungkin benar bahawa ada banyak manfaat yang mampu anda terima namun wujud juga risiko tersembunyi yang kita semua tidak tahu. Dapatkan informasi dan nasihat lanjut daripada doktor.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan