Memiliki kulit siku dan lutut hitam boleh menjejaskan penampilan seseorang, lebih-lebih lagi golongan wanita yang gemar memakai seluar atau dress pendek.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Memiliki kulit siku dan lutut hitam boleh menjejaskan penampilan seseorang, lebih-lebih lagi golongan wanita yang gemar memakai seluar atau dress pendek.
Untuk pengetahuan, bahagian tubuh kita yang ini tidak mengandungi kelenjar minyak, maka amat penting untuk melindunginya daripada isu kekeringan melalui amalan penjagaan dan kebersihan yang betul.
Justeru, apakah cara-cara yang boleh dilakukan untuk mencerahkannya? Jom baca!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.
Sebelum penulis kupas dengan lebih lanjut, adalah wajar untuk kalian faham terlebih dahulu punca di sebalik kulit siku dan lutut hitam.
Memiliki kulit yang lebih gelap di kawasan lutut dan siku adalah perkara biasa dan dialami ramai orang.
Ia boleh mempengaruhi individu daripada semua jenis kulit, walaupun ia lebih banyak berlaku kepada mereka yang mempunyai warna kulit lebih gelap.
Ini kerana golongan berkulit lebih gelap cenderung menghasilkan melanin yang berlebihan.
Selain faktor warna kulit, terdapat juga beberapa penyebab terbentuknya kulit siku dan lutut hitam. Ini termasuk:
Dalam beberapa kes, masalah kekeringan juga boleh berlaku pada kawasan-kawasan ini lantas menyerlahkan lagi hiperpigmentasi.
Masalah siku dan lutut berwarna gelap ini bukanlah bersifat memudaratkan, namun ia mampu memberi kesan terhadap penampilan dan keyakinan diri seseorang.
Sekarang, mari kita kenali tip-tip mencerah semula jadi yang boleh kalian lakukan hanya di rumah!
Malu dengan lutut dan siku hitam? Usah gusar, penulis telah menyediakan beberapa petua untuk diamalkan.
Sebelum itu, harus kalian faham petua berikut masih kekurangan bukti saintifik bagi menyokong keberkesanannya. Tapi, tiada salahnya mencuba bukan?
Teh hijau merupakan antara remedi pencerah kulit yang popular. Ini mungkin disebabkan oleh sebatian utamanya, epigallocatechin gallate (EGCG).
Satu kajian pada tahun 2015 mendapati EGCG mampu cegah pengumpulan melanin.
Ia berfungsi dengan menghalang tirosinase, enzim utama yang diperlukan dalam penghasilan melanin.
Rendamkan seuncang teh hijau ke dalam air panas, kemudian biarkannya sejuk.
Celupkan bebola kapas, perah cecair lebihan dan sapu pada lutut serta siku. Untuk hasil yang optimum, ulang petua ini sebanyak 2 kali sehari.
Baca juga:
Walaupun banyak orang mendakwa gel lidah buaya dapat mencerahkan kulit, namun masih tiada bukti saintifik yang mencukupi untuk menyokong tuntutan ini.
Dakwaan ini mungkin disebabkan oleh kandungan sebatian yang disebut sebagai aloesin.
Menurut kajian 2002 oleh Clinical and Experimental Dermatology, aloesin mengurangkan hiperpigmentasi yang diakibatkan oleh pendedahan cahaya matahari.
Dengan tangan yang bersih, sapukan gel lidah buaya pada anggota badan yang gelap. Ulangi kaedah ini sebanyak 2 hingga 3 kali seminggu.
Sememangnya, kunyit secara konvensional digunakan untuk mencerahkan kulit. Curcumin, sebatian utamanya, dikatakan bertanggungjawab terhadap kesan ini.
Dalam kajian 2012 oleh Phytotherapy Research, para penyelidik mendapati bahawa curcumin boleh menghalang aktiviti tirosinase.
Ini secara langsung mengehadkan sintesis melanin, yang dapat bantu mengurangkan hiperpigmentasi.
Campurkan setengah sudu teh kunyit dan 1 sudu besar yogurt atau madu. Sapukan pada bahagian terjejas dan tunggu 10 hingga 15 minit.
Mungkin banyak orang tidak sedar bahawa fungsi gula tidak hanya terhad sebagai bahan pemanis dalam masakan dan minuman.
Untuk pengetahuan kalian, gula juga boleh digunakan untuk membantu proses pengelupasan k
ulit!
Hanya campurkan gula dengan minyak zaitun, lalu sapukan ke bahagian kulit yang ingin anda cerahkan.
Tekstur kasar pada gula menjadikannya skrub semula jadi yang bagus dalam menyingkirkan sel-sel kulit mati pada kawasan lutut dan siku.
Mungkin ada dalam kalangan pembaca yang beranggapan bahawa semua jenis minyak dapat digunakan untuk melembapkan kulit bukan?
Hal ini tidak benar sama sekali! Hanya beberapa jenis minyak yang memiliki khasiat mencerah dan melembapkan kulit, contohnya seperti minyak kelapa dan minyak zaitun.
Setelah mandi, anda boleh sapukan minyak tersebut secara merata pada kawasan kulit yang lebih gelap.
Sekiranya anda tidak berminat dengan kaedah semula jadi, dan inginkan hasil yang lebih pantas dengan penggunaan krim pemutih untuk rawat lutut hitam, pastikan untuk memilih dengan berhati-hati.
Ini kerana, sesetengah produk pencerah berisiko mengandungi bahan-bahan berbahaya yang mampu memberi kesan terhadap kesihatan.
Secara khususnya, lebih baik untuk mengelakkan produk dengan ramuan-ramuan berikut:
Beberapa bahan, seperti hidrokuinon dan steroid topikal, terkandung dalam rawatan preskripsi dan tidak selamat untuk menggunakannya kecuali disarankan oleh doktor.
Ingat, jangan sampai kesihatan dikorbankan semata-mata hanya kerana ingin kelihatan cantik ya!
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen