backup og meta

Cuci Mesin Basuh Sendiri Di Rumah, Ikut 5 Langkah Ini, Modal Serendah RM10 Sahaja!

Cuci Mesin Basuh Sendiri Di Rumah, Ikut 5 Langkah Ini, Modal Serendah RM10 Sahaja!

Kenapa ada kepingan daki terlekat di baju? Bukan itu sahaja, baju yang baru dibasuh pun mula berbau masam. Haa, kalau ini yang berlaku, cuba tanya diri sendiri, bila kali terakhir anda cuci mesin basuh? Sebenarnya, cara cuci mesin basuh bukanlah sesukar mana, tidak kiralah mesin basuh anda jenis automatik atau manual.

Semua jenis mesin basuh perlulah dibersihkan dari semasa ke semasa. Jika tidak, ia tidak dapat melakukan tugasnya dengan baik.

Dalam artikel kali ini, kami akan jelaskan mengenai cara cuci mesin basuh yang paling mudah – dalam 5 cara sahaja sudah siap! Jom baca!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Habit Sihat, anda juga boleh klik di sini.

5 cara cuci mesin basuh – mudah sahaja!

cara cuci mesin basuh

Mengapa anda perlu cuci mesin basuh secara berkala? Untuk pengetahuan anda, sabun basuh baju, pelembut pakaian dan juga segala kekotoran pada baju anda boleh bergumpal di dalam mesin.

Bukan itu sahaja, jika tidak dibersihkan, semua kotoran ini boleh melekat pula pada baju anda. Sebab itulah, ada baju yang masih lagi nampak kotor walaupun selepas dibasuh!

Oleh sebab itu, anda perlulah cuci mesin anda sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk pastikan baju sentiasa bersih dan berbau segar.

Sebelum cuci mesin basuh, pastikan anda mempunyai:

  • Pencuci mesin basuh atau cuka/peluntur
  • Berus kecil
  • Kain buruk atau kain mikrofiber

Langkah-langkahnya mudah sahaja:

1. Cara cuci mesin basuh menggunakan serbuk cuci mesin

Langkah yang paling mudah untuk cuci mesin basuh adalah menggunakan sabun pencuci khas. Sabun ini boleh didapati dengan mudah di pasar raya. Jangan risau, harganya tidaklah mahal mana – bawah RM5 sahaja!

Jika anda gunakan pencuci mesin basuh yang dijual di pasaran, anda perlulah ikut arahannya dengan betul. Selalunya, pencuci ini dijual dalam bentuk tablet atau serbuk.

Tuangkan sahaja dalam mesin basuh. Kemudian, hidupkan mesin dan biarkan ia berjalan. Jangan pula letakkan baju dalam mesin ya!

2. Tidak ada serbuk pencuci? Gunakan sahaja cuka atau peluntur!

cara cuci mesin basuh

Sebelum mula, kami ingin ingatkan – jangan sesekali campur cuka bersama peluntur! Pilih salah satu sahaja. Campuran kedua-dua bahan ini boleh menghasilkan wasap yang berbahaya.

Pertama sekali, takungkan air dalam mesin basuh. Kemudian, letakkan cuka atau peluntur dalam mesin mengikut sukatan ini:

  • 60 ml (1/4 cawan) peluntur atau
  • 240 ml (2 cawan) cuka

Tutup penutup, kemudian, jalankan mesin basuh selama 30 saat hingga satu minit. Hentikan putaran serta biar larutan air dan cuka atau peluntur ini selama sejam.

3. Jangan lupa periksa laci dalam mesin basuh

Mesin basuh anda mempunyai laci tempat letak pencuci? Jika anda sudah lama tidak cuci mesin basuh, besar kemungkinan kawasan ini juga akan menjadi kotor dan dipenuhi daki.

Sementara menunggu, anda boleh gunakan berus kecil atau berus gigi untuk bersihkan kawasan kecil ini.

Gunakan pencuci pinggan untuk sental segala kawasan yang ingin dibersihkan, contohnya di sekeliling drum mesin atau di celah-celah laci.

Baca juga:

4. Cara cuci mesin basuh menggunakan baking soda

Sudah guna cuka dan peluntur, baking soda untuk apa pula? Haa, langkah ini khas untuk mereka yang mempunyai mesin basuh berbau.

Penggunaan serbuk penaik dapat mengurangkan bau dan menghilangkan sebarang kekotoran yang tertinggal selepas mencuci.

Tambahkan ½ cawan serbuk penaik ke dalam mesin dan biarkan ia berputar. Pasti selepas ini mesin basuh anda akan berbau lebih segar dan wangi!

5. Langkah terakhir…

cara cuci mesin basuh

Jangan lupa, kawasan luar mesin basuh juga perlulah dibersihkan ya. Barulah mesin basuh nampak baru dan berkilat!

Gunakan kain mikrofiber untuk lap kawasan badan mesin. Jika anda masih belum berpuas hati dengan kebersihan mesin basuh, anda boleh lakukan langkah 1-3 sekali lagi.

Malas hendak basuh mesin berkali-kali? Kami ada beberapa tip untuk anda:

3 cara untuk pastikan mesin basuh kekal bersih:

  1. Jangan biar baju yang telah dibasuh lama-lama di dalam mesin. Bakteria sukakan kawasan yang lembap.
  2. Buka penutup untuk pastikan bahagian dalam mesin basuh kering. Langkah ini penting untuk pastikan bakteria dan kulat tidak merebak.
  3. Jangan basuh terlalu banyak baju dalam satu-satu masa. Ia akan menyebabkan mesin basuh mudah rosak.

Hanya dengan modal sekitar RM10, anda dapat membersihkan mesin basuh anda dengan selamat tanpa bantuan profesional! Selepas mengetahui cara cuci mesin basuh automatik, bolehlah anda lakukannya dengan kerap selepas ini.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Background G. Laundry and Bedding. https://www.cdc.gov/infectioncontrol/guidelines/environmental/background/laundry.html. Accessed on October 27, 2022.
  2. Can clothes and towels spread germs? https://www.nhs.uk/common-health-questions/infections/can-clothes-and-towels-spread-germs/. Accessed on October 27, 2022.
  3. Cleaning and hygiene tips to help keep the COVID-19 virus out of your home. https://www.unicef.org/indonesia/coronavirus/cleaning-and-hygiene-tips-during-covid-19. Accessed on October 27, 2022.
  4. Laundry Care For Better Health. https://www.cleaninginstitute.org/laundrylevels. Accessed on October 27, 2022.
  5. Why cleaning clothes is important in our life? https://www.drycleanerscambridge.co.uk/post/2018/08/06/why-cleaning-clothes-is-important-in-our-life. Accessed on October 27, 2022.

Versi Terbaru

07/12/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Salah Cara Basuh Punca Warna Baju Asyik Luntur? Ini Kaedah Yang Betul Cuci Baju Berwarna!

4 Cara Lipat Baju Yang Paling Senang Dan Cepat, Tak Sampai 5 Minit Sudah Siap!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 07/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan