Isu vape haram kembali menjadi perhatian apabila kerajaan mengumumkan perancangan pengharaman penuh vape di Malaysia pada tahun 2026.
Isu vape haram kembali menjadi perhatian apabila kerajaan mengumumkan perancangan pengharaman penuh vape di Malaysia pada tahun 2026.

Langkah ini bukan dibuat secara tergesa-gesa, tetapi berdasarkan kebimbangan terhadap kesihatan awam, peningkatan penggunaan vape dalam kalangan remaja serta kesan jangka panjang terhadap masyarakat.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Habit Sihat, klik di sini.
Sebelum memahami isu vape haram, penting untuk mengetahui maksud vape dan bagaimana ia berbeza daripada rokok tradisional.
Secara ringkas, vape atau rokok elektronik adalah peranti yang memanaskan cecair (e-liquid) untuk menghasilkan wap yang disedut ke dalam paru-paru. Berbeza dengan rokok biasa yang membakar tembakau, vape menggunakan proses pemanasan.
Namun begitu, perbandingan antara rokok dan vape menunjukkan kedua-duanya tetap membawa risiko kesihatan:

Persoalan adakah vape itu haram kini semakin jelas apabila kerajaan mengesahkan perancangan untuk melaksanakan larangan sepenuhnya.
Walaupun vape sebelum ini dikawal melalui peraturan tertentu, pendekatan baharu ini menandakan perubahan besar dalam dasar kesihatan awam.
Pengumuman ini menunjukkan bahawa vape tidak lagi dianggap sebagai alternatif selamat kepada rokok, sebaliknya dilihat sebagai ancaman kesihatan yang perlu ditangani secara menyeluruh.
Ramai masih tertanya-tanya, adakah vape bahaya berbanding rokok? Jawapannya: ya, vape tetap membawa risiko.
Antara kebimbangan utama berkaitan vape termasuk:
Lebih membimbangkan, penggunaan vape dalam kalangan remaja meningkat dengan ketara, sekali gus membuka ruang kepada masalah kesihatan generasi muda pada masa hadapan.
Pengumuman bahawa vape diharamkan sepenuhnya pada 2026 bermaksud larangan bukan sekadar terhadap penjualan, tetapi merangkumi kawalan yang lebih ketat terhadap penggunaan, pengedaran dan pengiklanan.
Langkah ini dilihat sebagai usaha serius kerajaan untuk:
Pelaksanaan secara berperingkat memberi masa kepada pengguna untuk memahami perubahan ini dan membuat keputusan kesihatan yang lebih baik.
Isu pengharaman penuh vape 2026 memberi kesan besar kepada pengguna sedia ada, terutamanya mereka yang menggunakan vape sebagai pengganti rokok.
Antara implikasi yang mungkin berlaku:
Keputusan ini juga membuka ruang kepada pendidikan kesihatan awam yang lebih menyeluruh tentang bahaya nikotin dan kepentingan pencegahan awal.

Pengumuman vape haram sepenuhnya pada tahun 2026 menandakan satu titik perubahan penting dalam usaha melindungi kesihatan rakyat Malaysia.
Memahami maksud vape, perbezaan antara rokok dan vape serta sebab vape diharamkan dapat membantu masyarakat membuat keputusan yang lebih bijak demi kesihatan diri dan generasi akan datang.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Vape Diharamkan Di Malaysia Pada 2026. https://ecentral.my/vape-diharamkan-2026/. Diakses Januari 20, 2026.
Vaping (E-Cigarettes). https://my.clevelandclinic.org/health/treatments/21162-vaping. Diakses Januari 20, 2026.
Is Vaping Allowed? https://islamqa.info/en/answers/201512/is-vaping-allowed. Diakses Januari 20, 2026.
Vaping May Be More Dangerous Than Cigarette Smoking, Studies Show. https://www.uhhospitals.org/blog/articles/2019/12/vaping-may-be-more-dangerous-than-cigarette-smoking-studies-show. Diakses Januari 20, 2026.
5 Vaping Facts You Need to Know. https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/5-truths-you-need-to-know-about-vaping. Diakses Januari 20, 2026.
Versi Terbaru
21/01/2026
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Annes Nadia
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor