Apakah ada cara yang berkesan untuk berhenti merokok? Ikuti 5 cara ampuh berhenti merokok di bawah.
1. Akupuntur
Akupuntur membantu mengurangkan simptom-simptom penarikan yang berkait dengan nikotin seperti menggigil, resah dan mudah marah. Simptom-simptom ini adalah paling teruk pada minggu pertama.
Menurut Allison Bailey, seorang ahli akupuntur yang dilatih di Universiti Harvard, bahawa salah satu cara yang paling efektif dan semula jadi untuk berhenti merokok tanpa menggunakan ubat adalah akupuntur.
2. Hipnoterapi
Hipnoterapi adalah sejenis psikoterapi yang membantu membuang tabiat buruk. Melalui meditasi terarah, musik yang menenangkan serta pernafasan dalam, anda akan dibawa ke keadaan khayal. Ahli hipnoterapi akan bercakap dengan anda semasa proses ini dan secara separa sedar, ia mampu membuang tabiat buruk yang ada.
Kajian yang dijalankan oleh San Francisco VA Medical Center dan Universitiy of Calfornia-San Francisco menunjukkan bahawa hipnoterapi adalah sama efektif seperti teknik konvensional dalam berhenti merokok.
3. Meditasi
Meditasi mampu memberikan seseorang mendapatkan dirinya dalam keadaan yang tenang. Tekanan dialami oleh perokok pada minggu pertama dalam percubaan untuk berhenti merokok boleh dikawal melalui meditasi.