Siapa Sangka Udara Dalam Rumah Sama Buruk Dengan Udara Di Luar!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 24/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Ketika jerebu melanda negara, kita dinasihatkan untuk berada di dalam ruangan tertutup seperti rumah atau bilik bagi mengelakkan pendedahan terhadap partikel-partikel halus daripada udara. 

Kami tidak ingin menakutkan anda tetapi adakah anda sedar, kadangkala udara di dalam rumah juga tidak kurang buruk berbanding udara di luar? Macam mana kami boleh cakap macam ni? Ikuti pendedahan di bawah.

Hanya 4 daripada 10 rakyat Malaysia hirup udara bersih

Untuk pengetahuan pembaca, lebih daripada 60% rakyat Malaysia menghirup udara yang kurang berkualiti walaupun berada di dalam rumah mereka sendiri. Ini menjadikan hanya 4 daripada 10 orang rakyat Malaysia menghirup udara yang berkualiti di dalam rumah. Ini adalah berdasarkan tinjauan yang telah dilaksanakan oleh Nippon Paint Malaysia dengan kerjasama Persatuan Alergi dan Imunologi Malaysia (MSAI). Tinjauan tersebut telah melibatkan seramai 511 responden yang bertujuan menilai tabiat penjagaan ruang dalaman rakyat Malaysia.

Hasil daripada tinjauan yang dilaksanakan ini, Nippon Paint Malaysia bersama-sama Persatuan Alergi dan Imunologi Malaysia telah melancarkan Garis Panduan Kesejahteraan Ruang Dalaman. Ia merupakan garis panduan pertama yang seumpamanya oleh Persatuan Alergi dan Imunologi Malaysia yang bertujuan mendidik orang ramai berkenaan langkah penjagaan ruang dalaman rumah yang baik. 

Tabiat penjagaan ruang dalaman rumah rakyat Malaysia

Berdasarkan Buku Program Kesejahteraan Ruang Dalaman Nippon Paint Malaysia, terdapat beberapa hasil kajian mengejutkan yang mungkin anda tidak pernah tahu sebelum ini.

  • Tahukah anda, hanya 49% daripada rakyat Malaysia membersihkan ruang tamu sekali atau dua kali dalam seminggu
  • Tahukah anda, hanya 51% daripada rakyat Malaysia memvakum lantai bilik tidur mereka sekali atau kurang daripada itu dalam seminggu
  • Tahukah anda, hanya 40% warga Malaysia yang membersihkan lantai bilik mandi sekali atau dua kali seminggu
  • Tahukah anda juga, hanya 38% rakyat Malaysia membersihkan lantai dapur mereka setiap hari

Kenapa peratusan ini penting untuk anda tahu? Ini kerana antara punca kualiti udara yang kurang baik adalah disebabkan kurangnya pembersihan atau cucian di kawasan-kawasan yang paling banyak mempunyai sentuhan dengan tubuh badan manusia.

Faktor utama pencemaran udara dalam rumah

Antara faktor-faktor utama yang menyebabkan berlakunya pencemaran udara di dalam rumah adalah:

  • VOC atau Sebatian Organik Meruap. Ia dibebaskan daripada perabot dan bahan binaan rumah anda. Ia tidak mempunyai warna tetapi mempunyai bau yang kuat yang memberikan risiko kepada sistem pernafasan manusia
  • Kulat dan bakteria
  • Bahan kimia daripada produk pencuci
  • Pencemaran udara di luar bangunan
  • Asap rokok atau tembakau
  • Hama habuk
  • Bulu haiwan seperti kucing
  • Gas pembakaran
  • Karbon monoksida
  • Gas termasuk radon

Mungkin kita sangka, stay indoor lebih selamat berbanding outdoor dari segi kualiti udara dan kebersihan. Ia nyata tidak terlalu bersih. Jika anda tidak mengubah tabiat ke arah pembersihan rumah yang lebih kerap dan baik, mungkin ruang dalaman rumah anda adalah sama buruk dengan kualiti persekitaran di luar rumah. Bagi mereka yang ingin mendapatkan Garis Panduan Kesejahteraan Ruang Dalaman, anda boleh memuat turun melalui pautan ini: https://www.nipponpaint.com.my/pdf/Indoor-Wellness-Guideline.pdf

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bumbung Hijau Tapis Udara Tercemar Dalam Bangunan

    kaedah bumbung hijau (green roof) - iaitu bumbung yang ditanam dengan tumbuh-tumbuhan, boleh meningkatkan kualiti udara dalaman bangunan komersial.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 11/04/2019 . 2 minit bacaan

    5 Tip Untuk Pastikan Kulit Anda Kekal Terhidrasi Semasa Menggunakan Pendingin Hawa

    Penggunaan pendingin hawa ketika musim panas adalah satu kemudahan yang selesa, tetapi pendedahan diri anda didalam bilik berhawa dingin untuk jangka masa yang lama akan menyebabkan kekeringan dan dehidrasi kulit ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit, Penjagaan Kulit 06/03/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    lampu garam

    Simpan Lampu Garam Dalam Rumah Untuk Rawat Resdung? Baca Ini Sebelum Beli!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 03/07/2020 . 3 minit bacaan
    rambut mudah gugur

    MENGEJUTKAN! Udara Luar Kotor Buat Rambut Anda Mudah Gugur!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 21/11/2019 . 3 minit bacaan
    tanaman hiasan dalam rumah

    Tanaman Dalam Rumah TIDAK TAPIS Udara Seperti Yang Kita Sangka! – Kajian

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 12/11/2019 . 2 minit bacaan
    pasir gudang

    Pasir Gudang Sekali Lagi Mengejutkan Dimensi Kesihatan Negara: Pencemaran Udara

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 27/06/2019 . 4 minit bacaan