Tips Melancong untuk Si Penghidap Kolesterol Tinggi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 24/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Si penghidap kolesterol tinggi yang gemar melancong perlu meneliti pelbagai aspek jika ingin pergi bercuti. Dengan perancangan yang teliti, anda pasti dapat menikmati perjalanan anda sambil kekal sihat.

Bawa makanan ringan

Jika anda melancong dengan kapal terbang, anda boleh membawa makanan ringan seperti bar granola, epal, dan kacang. Elakkan membawa keju, mentega kacang, jem, dan cecair kerana makanan tersebut adalah dilarang di tempat pemeriksaan keselamatan. Atau, anda boleh membeli makanan ringan selepas anda melewati pusat pemeriksaan. Jika anda mengembara dengan kereta, bas atau kereta api, anda boleh membawa apa sahaja yang anda suka. Walau bagaimanapun, lebih baik menyimpannya dalam beg kecil atau bekas yang boleh diambil dengan mudah. Makanan ringan yang baik untuk kolesterol tinggi termasuklah kepingan lobak merah, hummus, kacang, dan epal.

Kekalkan hidrasi

Pastikan anda minum air mencukupi untuk penghidratan. Kurangkan pengambilan minuman manis. Bawa botol air supaya anda boleh minum dan mengisi semula bila-bila masa yang anda mahukan. Jika anda mengembara dengan kapal terbang, simpan botol kosong dan isi semula apabila anda melalui pemeriksaan keselamatan. Jika anda mengembara dengan kereta, simpan beberapa botol air sejuk untuk menjadikan perjalanan anda lebih menyeronokkan.

Terus bergerak

Kekal aktif adalah salah satu perkara yang paling penting untuk diingat semasa perjalanan dengan kolesterol tinggi. Sekiranya anda perlu menempuhi penerbangan yang panjang, cuba mencari masa untuk berjalan kaki dan meregangkan kaki anda sedikit. Letakkan kereta anda sedikit lebih jauh dari tempat berhenti anda untuk menambah beberapa langkah. Cari aktiviti yang boleh anda nikmati di destinasi seperti mendaki, bersiar-siar, atau berbasikal.

Sediakan ubat-ubatan

Sekiranya anda mengambil ubat, jangan lupa sediakan ubat secukupnya untuk perjalanan anda. Anda disyorkan untuk membawa lebihan stok ubat sebagai persediaan jika menambah tempoh percutian. Jangan menganggap anda boleh membeli lebih banyak ubat semasa perjalanan anda. Tidak semua farmasi menjual ubat-ubatan yang anda perlukan. Kehabisan ubat mungkin akan merisikokan kesihatan anda. 

Baca menu

Kekalkan pilihan yang sihat. Sekiranya anda perlu makan makanan segera, utamakan pengambilan salad. Jika anda makan di restoran, pilih hidangan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, dan daging tanpa lemak. Elakkan makanan yang dibalut dalam keju atau sos krim. Jika anda pergi ke luar negara, selidiki terlebih dahulu mengenai makanan tempatan supaya anda boleh membuat pilihan bijak.

Membawa suplemen serat

Adalah sukar untuk mengikuti pengambilan serat yang disyorkan semasa anda dalam perjalanan. Bawa suplemen serat seperti psyllium dan serat oat jika anda tidak boleh mendapatkan buah-buahan segar dan sayuran di destinasi percutian anda. Penggunaan serat yang stabil telah terbukti bagi meningkatkan tahap kolesterol.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    WOW! Bukan Saja Boleh Buat Turun Berat Badan, Tapi Air Lemon Juga Jadikan Wajah Berseri

    Air lemon mempunyai banyak khasiat yang tersendiri. Buah yang kaya dengan vitamin C ini banyak kebaikannya jika diamalkan setiap hari.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Tahu Tak, Warna Lidah Boleh Jadi Petanda Anda Tidak Sihat! Warna Selain Merah Jambu BAHAYA!

    Tahukah anda bahawa warna lidah boleh menunjukkan tahap kesihatan anda? Cuba periksa lidah anda. Adakah lidah berwarna putih, hitam ataupun merah jambu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Ini 7 Tip Jaga Berus Gigi, Salah Satunya Kena Rendam Dalam Cecair Pengkumur Mulut!

    Ramai yang tahu cara untuk memberus gigi namun tidak tahu cara cuci berus gigi sebelum atau selepas menggunakannya. Jom klik untuk baca!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Haid Tidak Tentu Salah Satu Petanda PCOS, Jadi Bagaimana Cara Nak Kesan Jika Hamil?

    PCOS adalah keadaan yang mengganggu hormon dan kesuburan seseorang wanita. Justeru, pesakit yang inginkan zuriat mungkin sukar untuk mengesan kehamilan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    berat badan kolesterol tinggi

    Badan Kurus Tapi Kolesterol Tinggi? Jaga-Jaga Ya! Ia Boleh Jadi Punca Serangan Jantung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    masalah selulit

    Selulit & Stretch Marks Berbeza, Ya! Ini 3 Cara Untuk Mencegahnya, Mudah Sahaja!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
    Serangan Jantung

    Elak Serangan Jantung Kali Kedua, Caranya Jaga Makan! Ubah Diet Anda Sebelum Terlambat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
    menguruskan badan

    Gagal Berdiet LAGI? 7 Tip Ini PASTI Dapat Bantu Anda Capai Berat Yang Dihajati

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan