Rider Jalan Raya, Ini 6 Tip Menunggang Semasa Hari Hujan!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/01/2020 . 4 minit bacaan
Share now

“Alamak, hari macam nak hujan je ni, macam mana nak gerak?”, keluh Akmal apabila melihat langit di luar sudah gelap dan kedengaran bunyi kilat sabung-menyabung di angkasa. Akmal, yang bekerja sebagai seorang rider khidmat penghantaran makanan sering mengeluh seperti ini memandangkan sekarang musim tengkujuh sedang melanda negara kita. Kesian, kan?

Demi melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan warga kota tidak menunggu sambil menahan lapar, Akmal terpaksa juga meredah jalan raya yang basah dan licin itu. Bukan sahaja Akmal, rider lain yang turut menggunakan motosikal sebagai pengangkutan untuk pergi ke tempat kerja juga tiada pilihan lain selain mengharungi perjalanan walaupun lencun satu badan.

Pun begitu, keselamatan masih perlu diutamakan. Rider jalan raya, ini 6 tip menunggang semasa hari hujan!

#1. Pilih pakaian yang sesuai

Paling utama, pakaian anda perlu sesuai. Disebabkan sekarang musim hujan sedang melanda, rider jalan raya perlu menyediakan baju hujan dan memakainya setiap kali perlu menunggang motosikal. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan!

Selain itu, pakaian yang dipakai perlu dipilih daripada material poliester atau sintetik agar ia lebih cepat kering jika terkena air. Sebaliknya, cuba elak daripada mengenakan baju cotton kerana bukan sahaja ia lambat kering, malahan juga susah untuk dicuci jika terkena kotoran jalan raya.

#2. Sarung helmet yang cerah

Dalam pada itu, pakaian juga harus berwarna cerah bagi memudahkan orang lain melihat anda. Begitu juga dengan helmet. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa ada helmet yang direka khas untuk tunggangan situasi tertentu seperti waktu malam dan hujan. 

Helmet jenis ini perlu dipakai ketika musim tengkujuh kerana ia mempunyai ciri khas seperti serta mempunyai pelekat pemantul cahaya (reflektor). Nota tambahan: Jangan sangkut helmet terbalik bawah tempat duduk motosikal jika tidak mahu ia menjadi sinki, ya?

#3. Guna sarung tangan & kasut

Sebagai seorang rider, penulis selalu perhatikan penunggang motosikal lain tidak menggunakan sarung tangan semasa menunggang di bawah cuaca buruk. Sepatutnya, ia perlu diguna untuk memastikan tangan anda tergelincir dari throttle lalu membahayakan anda. Selain itu, ia juga patut digunakan untuk menghindarkan hujung jari mengecut.

Selain itu, penulis turut perasan yang kebanyakan penunggang motosikal cenderung untuk tidak memakai kasut semasa menunggang di bawah cuaca tidak elok. Sebenarnya, anda perlu memakai kasut untuk mengelakkan kaki anda luka terkena serpihan batu atau pasir daripada jalan raya. Kalau mahu lebih selamat, mungkin anda boleh cuba kasut Phua Chu Kang.

#4. Sentiasa pasang lampu 

Jika tidak memasang lampu semasa sedang menunggang motosikal, ia adalah kesalahan mandatori. Jadi, tidak ada alasan untuk anda tidak menggunakan lampu ketika hujan. Pun begitu, jangan pula anda pasang high beam atau signal pula ya. Takut ia akan mengelirukan pengguna jalan raya lain pula nanti.

#5. Elak lopak air

Lopak air akan menyebabkan cengkaman tayar menjadi kurang lekat. Selain itu, lopak air yang dalam akibat jalan berlubang mungkin akan mengakibatkan anda terjatuh daripada motosikal. Jadi, cuba elak lopak air selagi boleh. Namun, jangan pula anda menunggang terhuyung hayang macam orang mabuk semata-mata nak mengelak lubang, pula!

#6. Bawa berhati-hati

Meskipun kedengaran klise, namun ini adalah tip yang penting. Buat rider di luar sana, sila bawa dengan berhati-hati: perlahan dan cermat. Apabila tiba di simpang, sila perlahankan motosikal dan tukar ke gear yang lebih rendah terutamanya jika membelok. Tetapi, jangan tarik brek secara mengejut pula. Ia akan mengakibatkan jentera anda hilang kawalan pula nanti.

Selain itu, sentiasa semat dalam hati bahawa kondisi jalan raya semasa cuaca buruk sudah pasti akan basah dan licin. Jadi, jangan sesekali bawa terlalu laju dan usah memotong kenderaan di hadapan secara membabi-buta. Jika terlalu lebat sehingga penglihatan terhad, berhenti seketika di tempat yang disediakan.

hujan

Hujan, punca penyakit?

“Jangan main hujan, nanti demam selesema”. Pernah dengar mitos yang selalu diujarkan oleh ibu anda ini? Ya, ia mungkin ada benarnya dan tidak harus dipandang enteng sahaja.

Bukan sahaja dari aspek keselamatan, penunggang motosikal juga harus tahu bahawa hujan mungkin akan mengakibatkan penyakit kepada anda sekiranya meredahnya membabi-buta sahaja.

Untuk pengetahuan anda, demam atau selesema biasa disebabkan oleh virus. Jika dijangkiti, individu akan mula mengalami beberapa simptom ringan seperti demam, selesema, hidung berair, hidung tersumbat, sakit tekak, bersin dan batuk. Namun, ia tidaklah begitu kronik dan selalunya akan terjadi tidak lebih dari seminggu sahaja.

Namun, apa kaitan hujan dengan virus ini?

Hujan & virus

Sehingga kini, tidak wujud satu kajian saintifik yang secara pasti menjelaskan kaitan antara 2 perkara ini. Namun, ada ramai pakar yang menyatakan bahawa mitos ini mungkin ada perkaitan yang halus antara satu sama lain.

Menurut satu teori, kedua-dua perkara ini mungkin berkaitan ekoran suhu tubuh badan seseorang yang sejuk membuatkan individu lebih berisiko dijangkiti virus. Jadi, air hujan yang sudah sifat semula jadinya sejuk, mungkin akan menyebabkan demam dan selesema.

Dalam erti kata yang lain, air hujan bukan punca anda dijangkiti virus demam atau selesema ini. Hakikatnya, anda mungkin akan demam ekoran suhu tubuh badan anda menjadi rendah akibat anda terkena hujan.

Teori yang belum terbukti

Menurut teori yang lain pula menyatakan bahawa air hujan di sesetengah kawasan mungkin telah dicemar akibat pencemaran udara dan pencemaran laut. Jadi, air hujan yang melalui kawasan ini mungkin akan membawa virus yang boleh mengakibat demam dan selesema.

Namun, ia hanya sekadar satu teori dan kajian lanjutan masih perlu dilakukan untuk membuktikan kesahihannya. Akan tetapi, tidak salah anda untuk lebih berhati-hati, bukan?

Jadi, rider di luar sana perlu ambil langkah berjaga-jaga dengan memakai baju hujan atau berhenti seketika dari meredah jalan raya ketika hujan sedang lebat.

Pendek kata, sediakan payung sebelum hujan!

Konklusi

Kesimpulannya, hujan tidak boleh dielakkan malah ia juga merupakan satu rahmat. Jadi, buat Akmal dan ramai lagi rider di luar sana, kita perlu mempersiapkan diri dalam menempuh perjalanan pergi dan balik kerja menunggang motosikal sepanjang musim tengkujuh yang dijangka berlanjutan sehingga awal tahun depan. Paling penting, sediakan payung sebelum hujan!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Mahu Anak Sentiasa Sihat? Ketahui 10 Masalah Kesihatan Lazim Kanak-kanak Prasekolah

    Memasuki alam prasekolah, ibu bapa pasti risau akan masalah kesihatan kanak kanak. Ini 10 penyakit paling kerap menjangkiti anak.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 23/12/2020 . 3 minit bacaan

    Bayi Menyusu Juga Berisiko Alami Dehidrasi? Parents, Kenal Pasti 17 Tanda Ini & Cara Atasinya

    Benarkah bayi juga boleh mengalami masalah kekurangan air? Jika benar, apakah tanda dehidrasi pada anak yang boleh dikenal pasti serta cara mengatasinya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 16/12/2020 . 3 minit bacaan

    Selalu Cirit-birit? Cuba Minum Susu Kultur, Ada 9 Kebaikan, Termasuk Kepada Ibu Hamil

    Pasti anda pernah minum susu kultur, kan? Tetapi adakah ia menawarkan manfaat buat kesihatan badan? Ini penjelasan yang perlu anda ketahui.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Penyakit Perut/Gastrousus, Pusat Kesihatan 05/11/2020 . 3 minit bacaan

    Sudah Berapa Kali Anda Buang Air Kecil Hari Ini? Kalau Terlebih Ini Mungkin Tanda Penyakit!

    Berapa kali dalam sehari anda patut kencing? Individu kerap buang air kecil lebih daripada 5 kali sehari bermakna mempunyai tahap kesihatan tidak normal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Masalah Pundi Kencing, Urologi 11/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pil perancang keluarga

    AWAS Wanita! Anda Berisiko Alami Masalah Darah Beku Jika Ambil Pil Perancang Jenis Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 14/01/2021 . 3 minit bacaan
    petua hilangkan selsema

    Suntikan Flu, Paracetamol & Ibuprofen: Ini Pilihan Selamat Rawat Selesema & Flu Ketika Hamil

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 08/01/2021 . 3 minit bacaan
    penyakit selesema

    Kerap Alami Selesema? Ini Perkara Yang Anda Mesti Tahu Mengenai Selesema

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 04/01/2021 . 4 minit bacaan
    tahun baharu

    Memori Tahun 2020, Ini 5 Pengajaran Yang Tidak Boleh Dilupakan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/12/2020 . 3 minit bacaan