Meskipun perkataan ‘kolesterol’ itu sering disebut dengan konotasi negatif, namun ia sebenarnya tidak sepenuhnya buruk. Ketahui fakta tentang kolesterol yang ramai orang tidak tahu.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Meskipun perkataan ‘kolesterol’ itu sering disebut dengan konotasi negatif, namun ia sebenarnya tidak sepenuhnya buruk. Ketahui fakta tentang kolesterol yang ramai orang tidak tahu.
Jom baca!
Kolesterol membentuk lapisan membran pada setiap sel di dalam badan yang berfungsi mengawal semua bahan-bahan di dalam badan yang masuk ke dalam sel.
Ia boleh didapati melalui makanan tertentu. Kolesterol juga dihasilkan oleh hati di dalam badan.
Kadar yang normal adalah penting dalam mengekalkan kesihatan badan serta mengurangkan risiko penyakit tertentu termasuk penyakit jantung dan strok.
Kolesterol boleh diukur melalui ujian darah, sama ada diambil daripada hujung jari selepas ditusuk oleh jarum kecil, atau diambil menggunakan picagari.
Bacaan yang diambil dikenali sebagai profil lipid. Ia merangkumi beberapa bacaan:
Setiap komponen di atas mempunyai kepentingan yang tersendiri.
Perkara penting yang perlu anda tahu tentang kolesterol adalah bacaan ini semata-mata tidak boleh menentukan risiko anda kepada penyakit jantung.
Namun, beberapa perkara lain juga perlu diambil kira sebelum boleh memberikan gambaran menyeluruh tentang keadaan kesihatan anda.
Untuk mengira risiko penyakit jantung, sejenis formula yang dinamakan Framingham Score digunakan. Ia mengambil kira beberapa faktor:
Bacaan tinggi kebiasaannya tidak menunjukkan apa-apa simptom.
Oleh itu, pemeriksaan berkala diperlukan untuk mengesan perubahan seawal mungkin, lebih-lebih lagi jika ada ahli keluarga yang mempunyai bacaan tinggi.
Pemakanan atau diet yang sihat dan senaman berkala mampu mengawal kolesterol dalam kebanyakan kes.
Kadangkala, ubat-ubatan seperti statin mungkin diperlukan jika gaya hidup tidak mampu mengawal dengan sempurna.
Kurangkan pengambilan makanan seperti organ dalaman, telur atau produk berasaskan telur seperti kek serta bahagian kepala pada makanan laut seperti ikan (kari kepala ikan), udang dan ketam.
Minyak dan kulit ayam juga sebaiknya dikurangkan. Sebaliknya, lebihkan serat melalui pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen