Adakah Tabiat Merokok Boleh Menyebabkan Kemurungan?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/07/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Merokok selalunya dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti kerosakan paru-paru, masalah berkaitan kesuburan, strok, kanser dan sebagainya. Tetapi mungkinkah merokok juga boleh mengakibatkan kemurungan?

Kaitan kemurungan dan merokok

Menurut pengarang utama kajian, Profesor Hagai Levine dari Hebrew University-Hadassah Braun School of Public Health and Community Medicine di Jerusalem, Israel, dalam kajian sedia ada menunjukkan tabiat merokok boleh menyumbang kepada faktor yang menjurus kepada masalah kemurungan.

Sebagai contoh, risiko mengalami kemurungan atau turut dikenali sebagai depresi adalah dua kali ganda untuk berlaku dalam kalangan individu yang merokok berbanding individu bukan perokok, walaupun masih tidak terdapat sebab yang jelas untuk menerangkan mengenai perkara ini. Manakala bagi sesetengah pengkaji, mereka percaya bahawa tabiat merokok boleh mengakibatkan masalah kemurungan dan bukan sebaliknya. 

Selain itu, dalam beberapa penyelidikan lain mendapati, individu yang tidak pernah merokok secara umumnya akan mempunyai kualiti kehidupan yang lebih baik berdasarkan penilaian  kualiti hidup yang berkaitan dengan kesihatan (health-related quality of life – HRQoL). Malahan mereka juga dikatakan akan kurang mengalami isu berkaitan kebimbangan dan depresi.

Bagi memperjelaskan lagi hasil penyelidikan tersebut, Prof. Hagai dan pasukan saintisnya memutuskan untuk melakukan kajian bagi mengkaji hubungan antara HRQoL dan tabiat merokok dalam kalangan pelajar di Serbia. Ini kerana terdapat beberapa kajian sama yang lain telah mengkaji hubung kait ini di negara berpendapatan rendah dan sederhana. 

Profesor Hagai memilih Serbia kerana terdapat lebih daripada 25 peratus individu yang tinggal di Serbia dan negara-negara Eropah Timur mempunyai tabiat merokok. Ini sekali gus menjadikan ia sebagai antara alasan mengapa kajian melibatkan subjek dalam populasi ini sebagai satu perkara yang menarik. Selain daripada itu, lebih sepertiga pelajar di Serbia adalah perokok. 

Kajian data

Pastinya kebanyakan daripada kita sudah sedia maklum mengenai kesan merokok kepada kesihatan fizikal secara keseluruhannya. Tetapi dalam satu kajian terbaru yang dilakukan, menunjukkan terdapat hubung kait antara tabiat menghisap rokok dengan masalah depresi. 

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal PLOS ONE adalah analisis daripada dua kajian rentas daripada dua buah universiti, iaitu University of Belgrade dan University of Pristina. Ia melibatkan seramai 2,138 jumlah pelajar sebagai responden.

Pelajar yang terlibat diminta untuk melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala antara bulan April dan Jun pada 2009 di University of Belgrade, serta bulan April dan Jun pada tahun 2015 di University of Pristina.

Setiap responden dikehendaki memberikan maklumat tentang latar belakang sosial dan ekonomi seperti usia, status sosial, tempat lahir dan taraf pendidikan ibu bapa. Ia termasuklah jika terdapat sebarang maklumat mengenai keadaan kesihatan kronik.

Selain itu, setiap pelajar yang terlibat dalam kajian juga perlu memberikan info tentang tabiat dan gaya hidup mereka, seperti status merokok, penggunaan alkohol, tahap aktiviti fizikal yang dilakukan serta tabiat pemakanan. 

Pengkaji meletakkan responden yang pernah merokok, sekurang-kurang satu batang rokok sehari atau 100 batang rokok seumur hidup sebagai “perokok” untuk tujuan kajian ini. 

Penilaian aspek kualiti hidup yang berkaitan dengan HRQoL dilakukan untuk menilai setiap pelajar. Mereka diminta untuk menjawab 35 soalan yang berkaitan lapan dimensi kesihatan. 

Lapan dimensi tersebut adalah seperti:

  • Fungsi fizikal
  • Peranan fungsi fizikal
  • Kesakitan badan
  • Kesihatan keseluruhan
  • Daya hidup
  • Fungsi sosial 
  • Peranan fungsi emosi 
  • Kesihatan mental

Setiap soalan diberikan skor parameter, antara 0 hingga 100 untuk menunjukkan bagaimana responden melihat dan menilai tahap kesihatan mental dan fizikal diri mereka sendiri. 

Selain itu, penyelidikan ini juga menggunakan kaedah Beck Depression Inventory (BDI) untuk menilai simptom depresi pelajar. Dalam kaedah BDI ini mempunyai 21 item dan setiap satu diberi penilaian skor 0 hingga 3.

Berdasarkan penilaian kaedah BDI ini, skor terakhir yang diperolehi adalah seperti:

  • 0 hingga 13 sebagai tahap “tiada atau depresi yang minimum”
  • 14 hingga 19 dinilai sebagai tahap “depresi ringan”
  • 20 hingga 28 dianggap sebagai tahap “depresi sederhana”
  • 29 hingga 63 merupakan tahap  “depresi kritikal”

Analisis kajian

Berdasarkan keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, kajian mendapati pelajar yang mempunyai tahap skor BDI yang lebih tinggi dikaitkan dengan tabiat merokok. Malahan, pelajar yang merokok dua hingga tiga kali sehari lebih cenderung untuk mempunyai masalah kemurungan klinikal berbanding mereka yang tidak pernah merokok.

Di University of Pristina, seramai 14 peratus individu yang merokok dikatakan mempunyai masalah depresi. Manakala hanya empat peratus dalam kalangan rakan sebaya mereka yang tidak merokok mengalami depresi. 

Bagi kajian yang dijalankan di University of Belgrade, kajian mendapati sejumlah 19 peratus daripada mereka yang merokok mengalami depresi, berbanding hanya 11 peratus daripada mereka yang tidak merokok tetapi berdepan masalah depresi.

Di samping itu, dikatakan individu yang mempunyai tabiat merokok juga konsisten untuk berdepan dengan pelbagai simptom depresi dan keadaan kesihatan mental yang kurang baik. Keputusan tersebut adalah seperti yang ditunjukkan dalam parameter “daya hidup” dan “fungsi sosial”.

Hasil kajian yang dijalankan ini menunjukkan terdapat kepentingan untuk melakukan penyelidikan lanjut mengenai hubung kait antara tabiat merokok, kesihatan mental dan kualiti hidup bagi seseorang individu dengan implikasi bagi pencegahan, diagnosis dan juga rawatan.

“Melalui kajian yang dilakukan oleh kami ini, diharap dapat membantu sebagai pertambahan bukti untuk menunjukkan bahawa tabiat merokok dan masalah kemurungan sememangnya berkait rapat,” ujar Profesor Hagai.

Kami selaku penyelidik turut menggesa pihak universiti untuk mewujudkan ‘Kampus Bebas Asap’ yang bukan sahaja mengharamkan tabiat merokok di kampus tetapi juga melibatkan pengiklanan berkaitan tembakau.

Memahami mengenai depresi

Bagi yang tidak faham mengenai derpresi, ia merupakan antara satu masalah berkaitan gangguan mental yang paling kerap dialami oleh kebanyakan individu tanpa mengira usia mahupun jantina. Walau bagaimanapun, masalah ini lebih kerap dialami oleh wanita berbanding lelaki.

Sekiranya terdapat ahli keluarga yang pernah mengalami masalah ini, sememangnya terdapat risiko dan kecenderungan untuk anda turut mengembangkan masalah mental ini. Namun, ia bukanlah satu kemestian.

Pencegahan boleh dilakukan dengan mengurangkan tekanan, melakukan senaman harian, mendapatkan perkhidmatan kaunseling atau mencari rawatan profesional lain. Ia sudah tentu dapat membantu mengurangkan risiko diserang depresi.

Konklusinya

Merokok sememangnya merupakan satu tabiat yang tidak mendatangkan sebarang manfaat. Sekiranya anda seorang perokok, mungkin sudah tiba masanya untuk anda mempertimbangkan keputusan untuk berhenti merokok. 

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bersenam Bukan Hanya Jadikan Badan Cergas, Tapi Juga Baik Untuk Otak, No 3 Paling UTAMA

    Kebaikan bersenam kepada kesihatan badan sudah diketahui umum. Tetapi benarkah, senaman kardio juga memberikan manfaat pada otak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Guna Masa Cuti Hujung Minggu Untuk Bekerja, Kalau Tak Boleh Jadi MENTAL!

    Ada sebab mengapa cuti hujung minggu diwujudkan dan ada juga sebab mengapa anda mesti elak kerja hujung minggu untuk kesejahteraan mental anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 20/08/2020 . 3 minit bacaan

    Bipolar TIDAK SAMA Dengan Kemurungan! Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Beza Kedua-duanya

    Ada yang menganggap, penyakit bipolar itu sama sahaja dengan episod kemurungan. Namun, gangguan bipolar sebenarnya amat berbeza daripada yang disangka!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 17/08/2020 . 3 minit bacaan

    Kanak-kanak Gemuk Lebih Mudah Alami Depresi? Ini 7 Tanda Kemurungan Pada Si Kecil Obes

    Obesiti mungkin menjadi antara faktor utama kemurungan kanak-kanak. Bagaimana cara untuk atasi masalah kesihatan mental kanak-kanak ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 29/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    menyanyi dan menari

    Bukan Sekadar Hobi, Menyanyi & Menari Adalah Penawar Stres Terbaik! Tak Percaya? Jom Baca Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
    bunuh diri

    Jika Ada Sesekali Terfikir Untuk Membunuh Diri, Apa Kata Cuba 5 Cara Ini Untuk Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
    ketenangan diri

    Selalu Marah Tak Tentu Pasal? Itu Maksudnya Anda Perlukan ‘Me Time’ Untuk Seketika!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 02/09/2020 . 3 minit bacaan
    emosi ibu mengandung

    BAHAYA! Jangan Bagi Ibu Hamil Kemurungan, Jika Tidak Anak Boleh Lahir Tak Cukup Bulan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 01/09/2020 . 3 minit bacaan