Sulaman alis: Baik Dan Buruknya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 25/04/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Sulaman alis adalah trend baru yang menjadi kegilaan di semua butik kecantikan di negara barat. Ia menjanjikan alis mata yang lebih penuh, tebal dan cantik bagi menggantikan alis mata yang lama. Sila ikuti artikel ini, untuk mengetahui lebih banyak tentang teknik kecantikan yang menjadi trend masa kini, bagaimana ia boleh menjadi begitu popular dan apakah baik dan buruknya?

Sulaman alis berasal daripada Asia di mana industri kecantikan merupakan bahagian yang besar dalam penjanaan ekonomi negara. Dalam beberapa dekad ini, ia telah menjadi terkenal di Malaysia dan Filipina.

Sulaman alis mempunyai nama yang berlainan. Ada orang memanggilnya sulaman alis 3-D atau sulaman pigmen. Ada juga yang memanggilnya tatu kosmetik atau mekap separa kekal. Ia juga dinamakan sebagai  ‘microblading’.

Berbeza daripada tatu alis pada era 60 atau 70-an yang menggunakan dakwat biru gelap dengan bentuk garis lurus dan menjadi pudar seiring dengan masa. Sulaman alis sekarang mempamerkan alis mata yang kelihatan semula jadi yang sepadan dengan tona kulit dan warna rambut.

Artis-artis sulaman alis (ya, kita memanggil mereka sebagai artis kerana alis mata juga adalah sebahagian daripada seni) akan menggunakan pisau halus untuk menolak pigmen separa kekal ke dalam kulit dan menyusunnya sama dengan arah bulu kening anda tumbuh untuk membuat sulaman alis 3-D yang penuh yang kelihatan begitu semula jadi.

Ia tidak memerlukan tatu atau pistol tatu. Artis-artis ini akan mengesyorkan kepada anda pigmen apa yang perlu anda gunakan sepadan dengan kulit dan warna rambut anda. Ia sangat bagus bukan sahaja kepada orang yang memiliki alis mata yang nipis, bahkan kepada orang yang ingin untuk menebalkan dan menggelapkan lagi alis mata mereka.

Apakah persediaan anda?

Disebabkan satu sesi sulaman alis boleh bertahan selama 2-3 tahun, anda perlu memastikan alis anda dilakukan oleh orang yang betul. Buatlah kajian melalui atas talian untuk mencari artis yang boleh dipercayai dan pilihlah waktu dan tempat yang sesuai.

Jangan lakukan sulaman alis sehari sebelum anda pergi berkelah di tepi pantai.

Walaupun ia bukanlah tatu dan artis itu akan menyapu krim (numb cream) sebelum melakukan prosedur, tetapi ia tetap menyakitkan. Ramai yang mengatakan rasanya seperti kena cucuk telinga dan tatu.

Satu sesi selalunya mengambil masa setengah jam ke satu jam. Harganya berlainan mengikut pengalaman artis tersebut, kualiti pigmen dan lain-lain, tapi selalunya sekitar harga $400.

Kelebihan melakukan sulaman alis

Terdapat banyak kelebihan yang anda boleh perolehi selepas melakukan sulaman alis. Sejak Cara Delevingne mempopularkan alis tebal, kita boleh lihat bagaimana muka seseorang boleh berubah dengan hanya berdasarkan alis matanya.

Tidak perlu rasa ragu-ragu lagi tentang alis mata kita yang nipis seperti pisau cukur.

Kita tidak perlu menghabiskan duit untuk produk-produk kecantikan seperti gel, krim dan serbuk alis mata.

Sekiranya anda bukan seorang yang bangun awal, anda boleh menjimatkan 20 minit setiap hari tanpa perlu melakukan mekap untuk alis mata.

Parti kolam renang, pantai, musim panas yang lembap dan berpeluh tidak lagi merisaukan anda.

Adakah ia selamat?

Sulaman alis dikira selamat selagi anda mendapatkan khidmat butik yang berkualiti dan mempunyai reputasi yang bagus.

Sekiranya anda memilih untuk pergi ke butik yang lebih murah, pastikan artis terbabit memiliki kelayakan, alat-alat dibersihkan menggunakan prosedur steril dan rawatan pasca sulaman untuk mengelakkan sebarang komplikasi seperti jangkitan kuman dan alahan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Mengapa Banyak Produk Penjagaan Kulit Menggunakan Urea untuk Kulit Kering?

    Uroterapi, menggunakan air kencing sendiri untuk tujuan kecantikan telah ditemui dalam sejarah budaya orang Aztec dan masyarakat Mesir kuno.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya, Penjagaan Kulit 27/03/2019 . 3 minit bacaan

    Rahsia Keremajaan Kulit Rupanya Ada Pada Pegaga!

    Jika dahulu, penggunaan tumbuhan dan herba untuk kesihatan dan kecantikan hanya berdasarkan petua yang diwarisi sejak turun-temurun. Kini, pelbagai kajian mula menunjukkan penemuan baharu terhadap tumbuhan purba ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Helma Hassan

    Selalu Orang Kata Nak Lawa Minum Kolagen, Betul Boleh Cantik Atau Hanya Lariskan Produk?

    Kini, kolagen telah menjadi ramuan yang mendapat permintaan tinggi dalam pembangunan pemakan yang sihat. Pengeluaran kolagen dalam tubuh berkurang akibat faktor usia dan diet yang tidak baik. Malah, suntikan kolagen ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 20/12/2018 . 2 minit bacaan

    Krim Kilo: Jangan Mudah Terpedaya

    Wanita dan kecantikan merupakan dua perkara yang sukar untuk dipisahkan. Siapa yang tidak mahu kelihatan cantik? Namun dengan kehadiran pelbagai produk di pasaran, kita perlu lebih berhati-hati agar tidak mudah ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Penjagaan Kulit, Kesihatan Wanita 14/11/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    suntikan vitamin C

    Mahu Kelihatan Cantik Hingga Sanggup Cucuk Vitamin C? Hentikan! Bahaya Untuk Kesihatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 20/08/2020 . 3 minit bacaan
    kening

    Kening Sering Gatal? Ketahui Punca Dan Langkah Mengatasinya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 06/10/2019 . 8 minit bacaan
    cicak

    Alamak! Ada Jenama Terkenal Guna Cicak Dalam Produk Kosmetik?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 01/10/2019 . 2 minit bacaan
    Kosmetik Tip dan Penjagaannya

    Kosmetik: Tip dan Penjagaannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 20/08/2019 . 8 minit bacaan