backup og meta

Cara Membuang Tatu Badan

Cara Membuang Tatu Badan

Sesetengah orang melakukan tatu badan untuk menandakan peristiwa penting dalam kehidupan mereka. Proses mencacah tatu adalah menyakitkan dan rumit serta memerlukan penjagaan yang betul. Sebaliknya, selepas mempunyai tatu, ramai yang ingin menyingkirkannya tetapi tidak tahu tentang prosedur pembuangan yang betul. Terutamanya bagi yang beragama Islam, mempunyai tatu yang tidak dibenarkan dalam agama mungkin keputusan yang anda kesali. Jika anda pernah mencacah tatu dan menyesalinya, jangan risau. Artikel ini menyediakan pembaca dengan segala pemahaman mengenai tatu termasuk penjagaan dan cara menyingkirkan tatu badan dengan selamat.

Penjagaan tatu jika anda memilikinya

Sejurus selepas membuat tatu

Pastikan pembalut atau penutup selama 1 hingga 3 jam selepas tatu dibuat. Pembalut ini akan mengumpul darah dan dakwat daripada tatu segar. Masa untuk membiarkan balutan bergantung kepada tatu.

Pastikan tatu bersih dengan mencuci beberapa kali sehari dengan sabun antibakteria dan sabun tanpa wangian untuk mengelakkan jangkitan. Kekalkan tabiat ini sehingga tatu agak sembuh. Jangan sentuh tatu jika anda tidak membasuh tangan anda.

Pastikan tatu terhidrat dengan menggunakan salap (ointment) selepas mencuci. Lakukan ini untuk beberapa hari pertama. Walau bagaimanapun, hanya sapukan lapisan nipis untuk membiarkan tatu sembuh dengan cepat. Terlalu banyak salap boleh menghalang proses penyembuhan. Selepas beberapa hari menggunakan salap, masa untuk bertukar kepada losyen.

Berikan ruang kepada tatu untuk bernafas dengan tidak memakai pakaian terlalu ketat. Cuba untuk elakkan tidur pada sisi yang bertatu. Geseran dengan pakaian boleh mengakibatkan kehilangan dakwat atau kerosakan kepada tatu.

Sementara tatu dalam proses penyembuhannya, elakkan berenang, mandi dalam tab atau melakukan aktiviti yang menyebabkan peluh berlebihan. Di samping itu, elakkan mendedahkan kulit kepada matahari untuk dua minggu pertama. Ini boleh merosakkan tatu dan memperlahankan proses penyembuhan.

Apabila mandi, pastikan air mandian tidak panas dan jangan mandi terlalu lama.

Jangan usik, kupas atau gores tatu. Ia boleh menjejaskan tatu atau warnanya.

Penjagaan jangka masa panjang

Selepas tatu sembuh sepenuhnya, keluar dengan memakai krim pelindung matahari sebelum mendedahkannya kepada cahaya matahari.

Sentiasa pastikan tatu dilembapkan. Ini akan mengelakkan tatu pudar.

Bagaimana untuk membuang tatu dengan selamat?

Cara paling selamat untuk membuang tatu ialah menggunakan penyingkiran tatu profesional. Tiada cara alternatif di rumah yang selamat.

Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan apabila anda ingin menyingkirkan tatu. Termasuklah:

  • Ketahui kaedah yang akan anda lakukan. Cara yang paling biasa untuk menyingkirkan tatu ialah menggunakan laser. Selain laser, terdapat alternatif lain seperti cryosurgery, chemical peel, pembedahan atau dermabrasion.
  • Pilih pakar yang bereputasi atau professional untuk menjalankan pembuangan.
  • Pilih kaedah pembuangan yang sesuai dengan tatu anda.

Kaedah untuk membuang tatu:

Kaedah laser

Kaedah ini menggunakan sinaran cahaya dengan kepekatan yang tinggi. Pancaran cahaya ini akan mengesan dakwat yang berlainan daripada tona kulit, kemudian memecahkan dakwat kepada zarah-zarah kecil untuk diserap tubuh.

Dermabrasion

Dalam kaedah ini, kulit akan diberikan ubat bius dan lapisan luar kulit dikupas untuk mendedahkan lapisan kulit di bawah tatu. Dakwat akan dibuang sewajarnya.

Pembedahan

Jika tatu tidak besar, kaedah ini berfungsi dengan baik untuk mengeluarkan tatu sepenuhnya. Kulit akan dipotong kemudian luka akan dijahit.

Cryosurgery

Tatu dibakar dengan nitrogen cecair selepas dibekukan.

Chemical peel

Bahan kimia akan digunakan pada tatu untuk menjadikannya melepuh dan terkupas. Kaedah ini dan cryosurgery tidak berkesan seperti laser kerana ia tidak dapat menghapus tatu sepenuhnya.

Menjaga tatu yang baru dibuat adalah sangat penting. Begitu juga proses membuang tatu mesti dilakukan secara selamat. Oleh itu, fikir dua kali sebelum membuat keputusan untuk mendapatkan tatu. Jangan bertindak dan menyesalinya di kemudian hari.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

9 Essential Tips for Tattoo Aftercare | Inked Magazine | Inked Magazine . http://www.inkedmag.com/9-tips-tattoo-aftercare/ Accessed January 17, 2017

Versi Terbaru

13/09/2019

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Bahan Anti Penuaan, Ini Manfaat Nicotinamide & Niacinamide Untuk Kulit Tegang, Awet Muda

Elak Kulit Cepat Berkedut Dengan 7 Produk Anti Penuaan Terbaik Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 13/09/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan