Sukar Tidur Dalam Pesawat? Ikuti 5 Tip Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Bateri telefon pintar anda telah habis dan majalah di ruangan depan anda juga sudah berkali-kali dibelek. Masa penerbangan berbaki 2 jam lagi dan anda tidak tahu apa lagi yang boleh dibuat untuk mengisi masa sebelum mendarat. Setelah penat berfikir, anda pejamkan mata dan cuba untuk tidur. Namun, setelah beberapa minit mencuba, melelapkan diri dengan selesanya menjadi sesuatu yang agak sukar untuk dicapai. Selalu terjadi kepada anda? Jangan risau, ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara-cara untuk membantu anda tidur dalam pesawat. 

Realiti kebanyakan pengembara

Jika anda seorang pengembara tegar dan bukan berasal daripada keluarga kelas atasan, tinggi kebarangkalian bahawa anda hanya akan menggunakan penerbangan bajet untuk pergi ke destinasi yang diingini. Inilah realiti majoriti penggambara masa kini yang rata-ratanya terdiri daripada masyarakat kelas pertengahan. Kelebihan penerbangan bajet adalah jelas – ia mampu untuk membawa anda dari satu tempat ke satu tempat pada harga yang jauh lebih rendah. Namun, dengan harga yang lebih rendah ini, anda tidak akan mendapat beberapa ‘kemewahan’ yang sepatutnya anda nikmati dalam penerbangan premium. Tambahan lagi, majoriti kerusi yang dipilih dalam penerbangan bajet juga adalah daripada kerusi kelas ekonomi, dengan keselesaan yang agak minima. 

Mendapatkan keselesaan tidur dalam pesawat

Di sebalik kekurangan dari segi keselesaan dalam penerbangan bajet, keupayaan untuk tidur dalam pesawat dengan selesa bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dikecapi. Elakkan diri anda daripada terus terseksa dan ikuti 5 tip di bawah bagi mendapatkan keselesaan tidur dalam pesawat:

#1 Memilih tempat duduk yang sesuai

Tempat duduk dalam pesawat memainkan peranan penting dalam menentukan sama ada anda akan dapat tidur dalam pesawat dengan mudah dan selesa ataupun sebaliknya. Jika diberikan pilihan, pilihlah tempat duduk bersebelahan dengan tingkap. Ini membolehkan anda bersandar kepada sesuatu jika anda ingin melelapkan mata. Selain itu, anda juga mempunyai kawalan terhadap kemasukan cahaya melalui tingkap tersebut. Jika tidak, anda terpaksa bergantung kepada belas penumpang sebelah tingkap untuk betapa terang atau gelapnya lorong tempat duduk anda. Tambahan lagi, waktu tidur dalam pesawat juga tidak diganggu oleh pergerakan keluar masuk penumpang lain yang ingin ke tandas. Jika anda terbang berdua atau dengan keluarga, memilih tempat duduk yang bersebelahan membolehkan anda untuk bersandar pada satu sama lain. Untuk mengurangkan gangguan bunyi, elakkan memilih kerusi yang dekat dengan tandas dan ruang kerja kru kabin. 

#2 Gunakan penutup mata

Walaupun anda dapat mengawal pendedahan cahaya yang masuk mengikut tingkap (jika anda duduk bersebelahan dengan tingkap), anda masih tidak mampu untuk mengawal cahaya dalam kabin. Walaupun dalam keadaan cahaya dalam kabin dimalapkan, penumpang bersebelahan mungkin akan membuka lampu kecil untuk membaca dan ini akan mengganggu keselesaan anda untuk tidur dalam pesawat. Untuk itu, bawa penutup mata agar anda tidak terganggu dengan perubahan cahaya daripada dalam kabin ataupun daripada luar tingkap. Pilih penutup mata yang selesa, tidak gatal dan juga legap.

#3 Bawa bantal leher

Dalam penerbangan bajet, tempat duduk anda hanya boleh diturunkan sedikit sahaja. Untuk itu, anda tidak akan dapat merasakan keselesaan bersandar dan sokongan leher yang penuh. Bagi mengatasi masalah ini, bawa bantal leher yang empuk dan selesa bagi menyokong postur leher anda ketika tidur.

#4 Palam telinga

Sesetengah orang menjadi sangat sensitif dengan bunyi enjin pesawat yang kuat. Selain bunyi pesawat, bunyi bayi menangis juga boleh membingitkan telinga anda. Kesemua bunyi-bunyi ini boleh mengganggu mereka dalam mendapatkan tidur yang selesa. Untuk itu, bawa sekali pala telinga bagi menghapuskan gangguan bunyi yang menyebabkan anda kekal berjaga. 

#5 Elakkan pengambilan kafeina

Ini mungkin sesuatu yang jelas tetapi mungkin tidak difikirkan oleh penumpang sebelum mereka menaiki penerbangan mereka. Sambil menunggu, mereka mungkin akan menghabiskan masa di kafe berdekatan dengan kawasan perlepasan. Sambil menunggu, penumpang cenderung untuk mendapatkan secawan kopi bagi mengisi masa terluang. Pengambilan kopi atau minuman yang mengandungi kafeina ini akan menyukarkan mereka untuk melelapkan mata.

Tuntasnya, mendapatkan tidur yang selesa dalam pesawat akan mempengaruhi keselesaan dan kesegaran badan apabila tiba di destinasi. Untuk itu, amalkan tip-tip di atas bagi mempermudahkan urusan anda untuk tidur dalam pesawat dengan nyenyak dan selesa.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Dulu Berdua, Kini Bertiga: 5 Tip Bawa Bayi Naik Pesawat

Apa itu Telinga dalam Pesawat (Barotrauma Telinga, Media Barotitis, Media Aerotitis)? 

Ketahui Mengapa Anda Perlu Tutup Lampu Apabila Tidur

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Artikel lain untuk anda

    bayi naik kapal terbang

    Dulu Berdua, Kini Bertiga. Ibu Bapa, Ini 5 Tip Bawa Bayi Naik Kapal Terbang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/09/2019 . 3 minit bacaan
    kapal terbang

    Bolehkah Ibu Bapa Membawa Bayi Menaiki Kapal Terbang?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr Aqilah
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/04/2019 . 4 minit bacaan

    Makanan Memburukkan Keadaan Ketika Dalam Penerbangan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 18/03/2019 . 2 minit bacaan