backup og meta

Bau Busuk Faraj Menusuk Ke Hidung? Cuba 2 Cara Mudah Untuk Rawat Tanpa Perlu 'Feminine Wash'

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/12/2022

    Bau Busuk Faraj Menusuk Ke Hidung? Cuba 2 Cara Mudah Untuk Rawat Tanpa Perlu 'Feminine Wash'

    Kenapa faraj berbau busuk? Untuk pengetahuan anda, semua vagina mempunyai sedikit bau!

    Pun begitu, jika bau vagina terlalu kuat atau berbau pelik (contohnya hanyir), anda mungkin menghadapi masalah.

    Kenapa faraj berbau busuk?

    Bau faraj anda berbeza daripada satu kitaran ke kitaran lain dan ia selalunya paling jelas selepas hubungan seksual.

    Berpeluh juga boleh menjadi antara sebab kenapa faraj berbau busuk.

    Mungkin terdapat sesetengah wanita tertarik untuk mengunakan deodoran faraj untuk menyingkirkan bau busuk, perbuatan tersebut sebenarnya boleh menyumbang kepada risiko kerengsaan dan masalah lain.

    Peningkatan kuman normal dalam faraj, yang dikenali sebagai bakteria vaginosisadalah penyebab utama bau faraj.

    kenapa faraj berbau busuk

    Trichomoniasis, penyakit jangkitan seksual, juga merupakan satu lagi faktor yang menyebabkan bau faraj.

    Sebaliknya, berbeza dengan kepercayaan masyarakat, jangkitan klamidia, gonorea, dan jangkitan ragi (yeast) tidak ada kaitan dengan masalah bau faraj.

    Secara amnya, jika anda mendapati tiada gejala lain selain bau, kemungkinan bau faraj anda adalah normal.

    Selain bakteria vaginosis dan trichomoniasis, bau faraj yang tidak normal sering disebabkan penjagaan kebersihan yang kurang baik atau penggunaan tampon yang melebihi waktu yang sepatutnya.

    Sebab lain yang berkemungkinan menjadi punca kenapa faraj berbau busuk termasuklah:

    • Rectovaginal fistula – Sambungan tidak normal antara rektum dan vagina, menyebabkan najis masuk ke dalam faraj (vagina)
    • Kanser serviks
    • Kanser faraj

    Bila anda perlu mendapatkan bantuan perubatan?

    Jika bau faraj anda berterusan, atau ia membuatkan anda merasa tidak selesa, dapatkan nasihat doktor anda.

    Terutamanya jika terdapat simptom lain seperti gatal-gatal, rasa terbakar, atau kerengsaan.

    Bagaimana cara untuk atasi bau faraj yang busuk?

    Jika anda tidak mempunyai sebarang masalah berkaitan dengan bau anda, maka tiada apa yang perlu anda risaukan.

    kenapa faraj berbau busuk

    Berikut beberapa petua untuk membantu mengurangkan sebab kenapa faraj berbau busuk:

    • Bersihkan bahagian luaran bahagian peribadi anda. Lakukan semasa mandi. Gunakan sabun tanpa pewangi dalam jumlah yang sedikit untuk mengelakkan sebarang kerengsaan kepada faraj. Sentiasa cuci faraj dengan banyak air
    • Jangan douche. Douching adalah satu kaedah mencuci vagina dengan campuran air dan cuka. Ramai wanita sukakan rasa bersih yang diberikan selepas menggunakan kaedah ini. Tetapi, ia sebenarnya tidak digalakkan. Faraj yang sihat mempunyai bakteria dan ragi yang tersendiri. Sebab itu ia memerlukan keasidan bagi memastikan semuanya berjalan lancar. Proses douching boleh merosakkan paras asid dalam faraj dan mengakibatkan lebih banyak masalah untuk faraj anda. Elakkan daripada melakukan kaedah douching, jika anda mahukan faraj anda sihat dan baik

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan