Nila Merawat Beguk: Adakah ia Berkesan?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 30/12/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Sedang mencari petua hilangkan beguk?Kalau ikut orang tua dulu-dulu, mereka akan sarankan untuk guna nila. Tapi berkesankah?

Petua hilangkan beguk?

Masyarakat Malaysia kaya dengan amalan turun temurun dan rawatan tradisional yang diwarisi daripada nenek moyang. Tidak terkecuali juga pelbagai jenis pantang larang yang ada.

Semua petua dan pantang larang ini terhasil daripada pengalaman mereka dalam menghadapi keadaan-keadaan tertentu, nila adalah salah satu antara petua untuk hilangkan beguk.

Sebahagian daripadanya adalah bagus dan berkesan, sebahagian yang lain pula kadangkala bertentangan dengan ilmu moden dan mungkin boleh mendatangkan bahaya.

Namun, semuanya bertujuan baik untuk melindungi anak-anak mereka daripada perkara yang tidak diingini, meskipun tidak semuanya adalah tepat.

nila

“Sapu nila kalau nak cepat baik”

Jika dahulu, asalkan dapat beguk, tentu mak, ayah atau nenek akan sapukan nila. Katanya, itu akan mempercepatkan proses sembuh. Tidak pasti daripada mana datang petua ini, tetapi tiada kaitan yang dapat dihubungkan antara nila dan beguk.

Ada yang mendakwa bahawa beguk disebabkan oleh kekurangan iodin. Maka, nila akan membantu menyelesaikan masalah itu. Sudah lah nila itu tidak mengandungi iodin, beguk sendiri pun tidak ada kaitan dengan kandungan iodin di dalam badan.

Memahami apa itu beguk

Beguk disebabkan oleh jangkitan virus beguk atau mumps virus yang menjejaskan kelenjar parotid, iaitu sejenis kelenjar terletak di bahagian pipi di bawah dan hadapan kedua-dua belah telinga.

Jangkitan virus ini menyebabkan kelenjar parotid bengkak, sama ada melibatkan satu atau kedua-dua kelenjar.

Secara amnya, ia adalah sejenis jangkitan, bukannya kekurangan zat atau mana-mana nutrisi di dalam badan.

Antara petua hilangkan beguk

Tiada ubat atau rawatan khusus bagi beguk. Hanya vaksin sahaja cara terbaik untuk menguruskan penyakit ini. Selain itu, apa yang boleh dilakukan adalah mengurangkan simptom yang dialami oleh pesakit. Ini termasuk:

beguk

  • Rehat di rumah. Selain menyimpan tenaga, ia juga penting untuk mengelakkan penyakit berjangkit kepada orang lain.
  • Ambil ubat seperti Panadol atau ibuprofen untuk mengurangkan demam dan sakit.
  • Tuam bengkak pada kelenjar parotid dengan air sejuk atau ais.
  • Banyakkan minum air.
  • Makan makanan yang lembut kerana kebiasaannya akan ada masalah untuk menelan.
  • Elakkan makanan pedas dan masam untuk mengurangkan kelenjar parotid daripada bekerja menghasilkan air liur.

Perlu diingat bahawa antibiotik bukanlah sebahagian daripada rawatan bagi jangkitan virus. Oleh itu, jangan ambil sebarang jenis antibiotik untuk penyakit virus termasuk beguk.

Sudah lah tidak berkesan, ada kemungkinan mendapat kesan sampingan pula. Lebih baik sapu nila sahaja sebagai petua hilangkan beguk!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Bukan COVID-19 Saja Yang Perlu Dirisaukan Jika Ingin Melancong, Awas Dengan Penyakit Ini!

Ada banyak perkara yang boleh menjadi punca anda terkena penyakit berjangkit ketika berada di luar negara. Pastikan anda peka sebelum melancong ya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra

Selalu Cirit-birit? Cuba Minum Susu Kultur, Ada 9 Kebaikan, Termasuk Kepada Ibu Hamil

Pasti anda pernah minum susu kultur, kan? Tetapi adakah ia menawarkan manfaat buat kesihatan badan? Ini penjelasan yang perlu anda ketahui.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Penyakit Perut/Gastrousus, Pusat Kesihatan 05/11/2020 . 3 minit bacaan

Usah Sedih Jika Anda Penghidap Kanser Hati, Ini Diagnosis & Rawatan Sesuai Untuk Anda

Pembedahan bukan satu-satunya cara merawat hati (kanser). Terdapat kaedah lain yang turut berkesan namun perlu bersesuaian dengan tahap kanser.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kanser, Kanser Hati 21/10/2020 . 6 minit bacaan

Sudah Berapa Kali Anda Buang Air Kecil Hari Ini? Kalau Terlebih Ini Mungkin Tanda Penyakit!

Berapa kali dalam sehari anda patut kencing? Individu kerap buang air kecil lebih daripada 5 kali sehari bermakna mempunyai tahap kesihatan tidak normal?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Masalah Pundi Kencing, Urologi 11/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

pil perancang keluarga

AWAS Wanita! Anda Berisiko Alami Masalah Darah Beku Jika Ambil Pil Perancang Jenis Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 14/01/2021 . 3 minit bacaan
masalah kesihatan kanak-kanak prasekolah

Mahu Anak Sentiasa Sihat? Ketahui 10 Masalah Kesihatan Lazim Kanak-kanak Prasekolah

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 23/12/2020 . 3 minit bacaan
tanda dehidrasi pada anak

Bayi Menyusu Juga Berisiko Alami Dehidrasi? Parents, Kenal Pasti 17 Tanda Ini & Cara Atasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 16/12/2020 . 3 minit bacaan
penyakit wanita endometriosis

Sakit Saat Bersetubuh Akibat Endometriosis? Ikut Tip Ini Untuk Pengalaman Seks Yang Lebih Baik!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 14/12/2020 . 3 minit bacaan