6 Perubahan Kuku Yang Harus Diberi Perhatian, Ia Tanda Masalah Kesihatan Anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 31/08/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Bila sebut mengenai kuku, kebanyakan hanya tahu bercakap mengenai penjagaan dan kebersihan kuku. Malah, terdapat sesetengah golongan wanita dan lelaki sanggup menghabiskan wang untuk merias kuku (madicure dan pedicure) supaya ia kelihatan kemas dan cantik. Tetapi adakah hanya setakat itu sahaja?

Sebenarnya menerusi kuku anda dapat mengetahui berkenaan keadaan kesihatan. Menurut nota Akademi Dermatologi Amerika, kuku boleh memberi isyarat segalanya berkenaan kesihatan daripada keadaan paru-paru hingga kepada anemia. Menurut Pengarah Klinik Gangguan Kuku Universiti Sains dan Kesihatan Oregon Dr Phoebe Rich, banyak perkara yang boleh dikesan melalui kuku.

6 Simptom kuku

1. Garis berwarna coklat

Ini mungkin tanda melanoma (tumor melanosit yang amat malignan, terdiri daripada sel berpigmen melanin, biasa terdapat pada kulit, mata dan membran mukus). Walaupun anda mungkin berfikir jenis kanser kulit yang paling dahsyat selalu muncul sebagai tahi lalat atau bintik hitam, tetapi ia sebenarnya boleh bermula di dalam kuku juga.

2. Kuku kuning

Menurut Dr Phoebe Rich, kuku yang sangat kuning yang tebal dan tumbuh perlahan boleh dikaitkan dengan masalah paru-paru, kata Rich. Sekiranya anda mempunyai sindrom kuku kuning, anda juga boleh mengalami kuku melengkung dan boleh tertanggal.

3. Kuku putih

Jika kuku kebanyakannya putih dengan rim gelap, ini menunjukkan anda mungkin mengalami masalah hati, seperti hepatitis.

4. Kuku rapuh (bristle)

Masalah ini biasanya berlaku akibat masalah diet atau bahan kimia yang terkena tangan anda. Kuku dibentuk di dalam matrik kuku, akar kuku. Menurut Dr Phoebe Rich, jika anda kurang sihat atau kurang nutrien tertentu, badan anda tidak mempunyai bahan untuk membuat kuku yang baik. Kuku rapuh juga boleh menunjukkan anemia kekurangan zat besi atau penyakit tiroid.

5. Lekukan kuku

Kerutan kuku ini biasanya sebahagian daripada penuaan. Lekukan yang mendalam dikenali sebagai garis Beau dan ia lebih membimbangkan. Ia menunjukkan bahawa sesuatu yang menyebabkan kuku berhenti berkembang untuk sementara waktu. Puncanya termasuk demam tinggi, kimoterapi, penyakit serius, pembedahan utama, pemindahan darah, kemalangan kereta atau apa-apa tekanan utama kepada sistem anda.

6. Bintik putih

Kebanyakan berfikir bintik putih itu berkaitan dengan kekurangan vitamin tetapi itu hanya mitos. Keadaan yang dipanggil leukonychia punctate, sebenarnya disebabkan oleh beberapa jenis trauma ringan apabila kuku sedang dibentuk.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Mengapa Kuku Anda Menjadi Kuning? Tak Sangka, Rokok Juga Beri Pengaruh Rupanya!

    Anda seorang yang menitikberatkan penjagaan kuku? Tahukah anda punca ia berubah warna menjadi kuning? Jom klik artikel untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 30/04/2018 . 2 minit bacaan

    Tatarias Kuku & Perawatan Kaki di Rumah

    Ada apa dengan sesi tatarias kuku dan perawatan kaki professional yang membuatkannya pengalaman yang sangat terapeutik? Dengan hanya satu jam di salun kuku, anda terasa seperti menjadi wanita baru. Walau bagaimanapun ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 17/04/2018 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jari kaki bayi

    Tip Penjagaan Jari Tangan Dan Kaki Bayi, 5 Perkara Ibu Bapa PERLU Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/03/2020 . 3 minit bacaan
    masalah kuku

    Jangan Pandang Remeh Tentang Penjagaan Kuku, Ia Penting Untuk Cegah Jangkitan Pada Kuku

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/11/2019 . 3 minit bacaan
    kuku berwarna kuning

    Oh! Kuku Jadi Kuning Bukan Sebab Kerap Pakai Pengilat Saja, Ada Lagi Punca Lain

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/08/2019 . 4 minit bacaan
    kuku kaki

    Adakah Anda Tahu Cara Potong Kuku dan Menjaga Kuku Anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 26/12/2018 . 9 minit bacaan