backup og meta

Periksa Kuku Anda Sekarang! AWAS Jika Ada Tanda Putih Ini, Petanda Penyakit Hati

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/01/2022

    Periksa Kuku Anda Sekarang! AWAS Jika Ada Tanda Putih Ini, Petanda Penyakit Hati

    Pernah tengok kuku putih tak? Jika anda mengalami masalah pada kuku ini, ia mungkin bermakna terdapat keadaan kesihatan yang mungkin mendasarinya.

    Ini kerana keadaan kuku yang normal dan sihat biasanya mempunyai plat kuku berwarna merah jambu pucat. 

    Manakala lunula adalah ruang putih di bahagian bawah plat kuku yang berbentuk seakan separuh bulan berwarna putih.

    Namun jika keadaannya berbeza, ia boleh menjadi petunjuk anda mungkin mempunyai penyakit atau masalah kesihatan. 

    Kuku berwarna putih sepenuhnya dengan jalur kecil berwarna merah jambu atau coklat pada hujungnya adalah masalah pada kuku yang disebut kuku Terry (Terry’s nails).

    Ini adalah keadaan kuku putih yang paling kerap terjadi kepada individu yang mempunyai penyakit hati teruk.

    Apakah ada rawatan yang boleh dilakukan untuk mengatasi keadaan ini? Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui jawapannya.

    Lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, dapatkannya di sini.

    Kuku putih @ Terry

    Terry’s nails adalah masalah pada kuku yang mudah untuk dikenal pasti kerana ciri spesifiknya, iaitu kuku hampir putih sepenuhnya dengan penghujungnya mempunyai jalur merah jambu atau coklat.

    Oleh sebab warnanya putih, bahagian lunula pada kuku mungkin tidak dapat dilihat. 

    Masalah kuku putih ini selalunya terjadi pada bahagian jari tangan. Pun begitu, dalam beberapa kes, kuku Terry ini juga boleh berlaku pada bahagian kuku jari kaki. 

    Keadaan melibatkan kuku ini sering terjadi pada semua jari, tetapi ada kalanya, hanya 1 jari sahaja yang terjejas. 

    Jika seseorang individu mengalami masalah kuku Terry ini, terdapat kemungkinan mereka tidak menyedarinya kerana ia tidak menyebabkan sebarang gejala. 

    Punca masalah pada kuku

    Keadaan kuku Terry ini dipercayai berlaku kerana kurang saluran darah dan lebih banyak tisu daripada biasa pada bahagian plat kuku.

    Mengalami kuku putih ini bukanlah 1 keadaan berbahaya, cuma ia berisiko melibatkan masalah kesihatan serius. Jadi, penting untuk mendapat penilaian dan pemeriksaan doktor.

    Ini kerana keadaan kuku ini boleh dikaitkan dengan beberapa masalah perubatan.

    Mereka dengan penyakit hati mempunyai kecenderungan tinggi untuk mengembangkan kuku Terry sebagai kesan sampingan. Ini khususnya bagi individu yang menghidap sirosis.

    kuku putih

    Keadaan perubatan lain yang memungkinkan seseorang individu untuk mengalami masalah pada kuku ini adalah seperti:

    Masalah pada kuku ini umumnya, jarang terjadi pada belia dan lebih cenderung menjejaskan individu lebih berusia. 

    Situasi ini berikutan kuku Terry juga boleh berkembang sebagai tanda penuaan semula jadi walaupun tanpa sebarang masalah perubatan yang mendasarinya.

    Jadi adakah keadaan berkaitan kuku boleh dirawat?

    Merawat masalah kuku putih

    Biasanya kuku Terry ini akan hilang apabila masalah kesihatan yang mendasarinya bertambah baik.

    Jadi ia bermakna untuk mengatasi dan memulihkan keadaan kuku ini melibatkan rawatan penyebabnya.

    Sekiranya anda berasakan mempunyai Terry’s nails, lakukan pemeriksaan doktor supaya keadaan kesihatan yang mendasari dapat didiagnosis dan dirawat secepat mungkin. 

    Ia adalah kerana semua keadaan yang berkaitan dengan masalah pada kuku ini boleh menjadi sangat serius!

    Pilihan rawatan lain

    Selain daripada masalah kesihatan berkaitan, anda juga perlu mengetahui kuku Terry boleh terjadi disebabkan pemakanan yang tidak seimbang.

    Sama seperti bahagian tubuh lain, kuku juga memerlukan jumlah nutrien, vitamin dan mineral yang betul agar tetap sihat.

    Di samping itu, kuku putih ini juga boleh menjadi kesan daripada beberapa tabiat buruk seperti menggigit kuku.

    Kuku yang kotor dan tidak dibersihkan dengan betul juga lebih mudah terdedah kepada pelbagai masalah.

    kuku putih

    Antara langkah penting untuk menghilangkan kuku Terry adalah melalui diet sihat yang mengandungi nutrien yang diperlukan kuku.

    Apakah nutrien yang paling diperlukan kuku?

    Jika anda tidak tahu, salah satu sebatian bioaktif paling mustahak yang diperlukan kuku adalah vitamin E. Ia boleh didapati dalam jumlah yang besar pada kacang badam.

    Anda boleh mengambil kacang ini sama ada secara mentah, dicampurkan dengan kismis atau pun dikisar untuk dijadikan pes.

    Pes itu untuk masakan ke? Jangan tersilap, ia bukan untuk masakan ya. 

    Sebaliknya, jika anda mengisar kacang badam sehingga menjadi tekstur pes, ia boleh terus disapu pada kuku, sama seperti penggunaan krim.

    Baca juga:

    Sentiasa pantau keadaan kuku

    Perubahan dan masalah pada kuku boleh dijadikan petunjuk bahawa anda mungkin mempunyai keadaan kesihatan lain.

    Kuku putih atau kuku Terry adalah contoh terbaik perubahan warna yang boleh dikaitkan dengan penyakit hati. 

    Perubahan lain melibatkan kuku seperti kering dan rapuh serta bentuk kuku itu sendiri, turut boleh dijadikan petanda berkemungkinan terdapat masalah kesihatan diri yang dialami.

    Jadi amat penting untuk sentiasa memantau dan memerhatikan keadaan kuku anda.

    Seandainya mengesan sebarang perubahan, berjumpalah dengan doktor. 

    Mereka boleh mendiagnosis keadaan yang mendasari dan mencari rawatan penyelesaian terbaik jika perlu.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/01/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan