backup og meta

Kuku Kaki Hitam Sebab Selalu Sangat Lakukan Aktiviti Larian? Buat 5 Cara Mudah Ini Untuk Cegah

Kuku Kaki Hitam Sebab Selalu Sangat Lakukan Aktiviti Larian? Buat 5 Cara Mudah Ini Untuk Cegah

Bagaimana boleh terjadinya kuku kaki hitam dan bolehkah kalian mencegahnya?

Setelah jauh berjalan atau berlari, pernahkah kalian lihat perubahan pada warna kuku pada jari kaki menjadi hitam, biru, atau bahkan kelabu? Ini tanda anda alami runner’s toe!

Apa itu runner’s toe? Ia adalah keadaan di mana kawasan di bawah dan di sekitar kuku mulai berubah menjadi kehitaman.

Ia berlaku apabila kawasan tertentu ditekan atau dihentak secara berulang kali.

Tidak terhad kepada aktiviti bersukan, runner’s toe juga boleh berlaku apabila anda terlanggar pintu atau terjatuhkan objek pada kaki.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Kuku kaki hitam, bagaimana kejadiannya?

Kerosakan berlaku apabila kuku kaki anda secara berulang kali bersentuhan dengan bahagian depan atau sisi kasut dengan impak yang kuat.

kuku kaki hitam

Secara ringkasnya, warna kehitaman atau gelap yang anda lihat di bawah kuku kaki adalah kesan lebam atau darah.

Kebiasaannya, kuku kaki hitam tidak terlalu menyakitkan, namun kadangkala kesan trauma pada jari boleh menimbulkan tekanan, yang membawa kepada rasa sakit.

Lepuh darah juga berupaya terbentuk di bawah kuku kaki akibat impak trauma dan geseran. Ini boleh menyebabkan kuku untuk terangkat yang akhirnya membuatkannya tercabut.

Kuku kaki yang hitam, longgar atau tercabut menjadi antara kecederaan yang acap kali berlaku dalam kalangan pelari, terutamanya mereka yang sering menyertai maraton atau larian berjarak jauh.

Pun begitu, usah terlalu khuatir kerana keadaan ini boleh sembuh apabila kekerapan latihan dikurangkan atau anda berehat daripadanya.

Punca-punca runner’s toe lain

Jangkitan kulat juga boleh memicu perubahan warna pada kuku daripada warna kelabu menjadi biru, coklat, atau hitam.

Rawatan anti kulat mudah diperolehi di kaunter, tetapi pastikan untuk menemui doktor jika rawatan ini didapati tidak berkesan selepas beberapa minggu penggunaan.

Selain itu, penyebab kuku hitam yang jarang berlaku adalah sejenis kanser malignant subungual melanoma.

Tidak seperti trauma pada kuku kaki anda, keadaan ini tidak muncul secara mengejut.

Sebaliknya, anda akan melihat garis atau jalur hitam yang memanjang ke kuku dari kulit kuku (cuticle).

Satu perbezaan antara jenis kanser ini dan trauma kuku kaki yang biasa adalah garis hitam tersebut.

Jadi, rujuk doktor sekiranya anda bimbang sama ada kondisi yang dialami menjadi petanda kanser jenis ini.

Baca juga:

5 cara berkesan cegah runner’s toe 

#1 Pakai kasut yang sesuai

Seperti kecederaan sukan lain, kebanyakan masalah yang melanda para pelari berpunca daripada pemakaian kasut sukan yang salah.

Pemakaian kasut yang tepat amat mustahak untuk penjagaan kaki dan kuku.

Walaupun tawaran sale yang hebat boleh didapati pada pakaian sukan seperti jaket dan headbands, anda tidak digalakkan untuk membeli sesuatu kasut hanya kerana ia sedang murah.

Kasut yang murah sering kali diperbuat daripada bahan kurang berkualiti, menyebabkan ia mudah rosak.

Balik-balik, anda terpaksa melabur lagi duit untuk membeli kasut baharu, rugi bukan?

kuku kaki hitam

Untuk mengelakkan runner’s toe, elak juga membeli kasut dengan saiz yang ‘muat-muat’. Pilih saiz yang mempunyai ruang lebihan di hujung agar jari-jari kaki tidak mudah tertekan.

Pada masa yang sama, jangan beli yang terlalu besar pula ya!

#2 Potong kuku kaki!

Kuku kaki yang pendek akan memastikan perkara pertama yang menerima impak hentakan, adalah jari kaki di dalam kasut, bukan kuku anda.

Semakin pendek kuku, semakin kecil kemungkinannya untuk bersentuhan dengan mana-mana bahagian kasut.

Namun, berhati-hati agar tidak memotongnya terlalu pendek kerana anda mungkin berhadapan masalah lain seperti kuku kaki yang tumbuh ke dalam (ingrown nail).

Potong kuku secara lurus supaya kulit di sekitarnya tidak tumbuh di celahan.

#3 Ikat tali kasut dengan betul

Walaupun anda sudah memiliki sepasang kasut lari yang tepat, cara pengikatan tali yang betul masih memainkan peranan penting.

Bukankah sama saja cara mengikat tali kasut sukan dengan kasut biasa?

Ya, namun untuk berlari, terutama yang berjarak jauh, datang pelbagai cabaran baru yang harus anda titikberatkan sebagai langkah pencegahan.

Kajian menunjukkan, kaedah mengikat boleh mempengaruhi kesan tekanan pada kaki dengan ketara.

Sebelum menaiki treadmill atau berjoging, ikatan tali kasut anda perlulah:

  • Boleh membenarkan aliran darah yang betul
  • Mempunyai ruang untuk fleksibiliti
  • Mempunyai ketahanan yang cukup untuk mengelakkan pergeseran
  • Elakkan memberi tekanan pada kawasan yang lemah
  • Pastikan tumit kekal stabil untuk elak buku lali terseliuh

kuku kaki hitam

#4 Pakai stoking yang bersesuaian

Jari-jari kaki yang lembap dan licin, berisiko mengakibatkan kaki anda meluncur ke bahagian hujung kasut, lantas memicu tekanan yang lebih kuat.

Cegah perkara ini dengan memakai sarung kaki (stoking) berkualiti untuk kurangkan geseran dan mencegah kelembapan yang boleh merosakkan kulit dan kuku anda.

#5 Gunakan pelindung jari kaki

Pelindung silikon berupaya melindungi kaki daripada geseran dan bantu menyerap sebahagian tekanan daripada berjalan atau berlari.

Ia boleh diregangkan mengikut jari dan menutupnya secara penuh dari semua sisi.

Tambah lagi, pelindung silikon bagus untuk penyerapan hentakan dan menghentikan geseran yang berupaya memicu lepuh.

Jadi, jika anda gemarkan aktiviti berlari, jangan culas tentang penjagaan jari kaki anda. Elak kuku kaki hitam dengan mengikuti tip yang kami sediakan di atas ini.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

 

  1. Nail fungus. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/nail-fungus/symptoms-causes/syc-20353294, Accessed April 21, 2021
  2. 5 Tips to Prevent Black Toenails From Running. https://health.clevelandclinic.org/3-tips-protect-toenails-youre-hard-core-runner/, Accessed April 21, 2021
  3. Pingel C, McDowell C. Subungual Hematoma Drainage. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK482508/, Accessed April 21, 2021
  4. Kátia Sheylla Malta Purim and Neiva Leite. (2014). Sports-related dermatoses among road runners in Southern Brazil*. http://www.scielo.br/scielo.php?script=sci_arttext&pid=S0365-05962014000400587&lng=en&tlng=en, Accessed April 21, 2021
  5. Excessive Progression in Weekly Running Distance and Risk of Running-Related Injuries: An Association Which Varies According to Type of Injury (2014). Excessive Progression in Weekly Running Distance and Risk of Running-Related Injuries: An Association Which Varies According to Type of Injury. https://www.jospt.org/doi/10.2519/jospt.2014.5164, Accessed April 21, 2021
  6. Nails – fingernail and toenail problems. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/nails-fingernail-and-toenail-problems, Accessed Sept 9, 2022

Versi Terbaru

09/09/2022

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Selain Larian Dan Sukan Lompat, Ini 9 Faktor Lain Boleh Buat Tulang Kaki Anda Retak!

Celah Jari Kaki Mengelupas? Ini Namanya Kulat Air! Rawatnya Dengan 6 Cara Ini


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 09/09/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan