Perkara yang Boleh & Tidak Boleh Anda Lakukan semasa Ramadan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Jika anda mempunyai rakan beragama Islam, peluang untuk anda mendengar tentang bulan Ramadan sekurang-kurangnya adalah sekali. Dipendekkan cerita – Ramadan adalah bulan ke-9 dalam kalendar qamari Islam, di mana orang Islam perlu berpuasa. Meskipun kebanyakan individu sedar tentang Ramadan, namun tidak ramai sebenarnya yang tahu apa yang orang Islam boleh dan tidak boleh lakukan semasa Ramadan.

Boleh makan semasa Ramadan. 

Kebanyakan individu sebenarnya percaya bahawa rakan-rakan Islam mereka tidak makan apa-apa makanan semasa Ramadan. Sebanyak mana tekad (dan kemungkinan bantuan medikal, juga) seseorang itu perlukan untuk menahan diri daripada semua makanan dan minuman sepanjang 30 hari? Jangan terkejut kerana sebenarnya orang Islam boleh makan dan minum semasa Ramadan, tetapi hanya selepas terbenam matahari dan sebelum terbit matahari. Secara amnya, orang Islam akan makan hidangan dua kali – sekali di waktu pagi, yang dipanggil sahur, dan sekali di waktu petang, yang dipanggil iftar. Dari segi teknikal, jika seseorang penganut Islam itu mahu, mereka boleh makan tanpa henti dari iftar (semasa berbuka) sehinggalah waktu sahur. Akan tetapi, itu bukanlah yang disarankan dalam agama Islam.

Boleh makan apa yang mereka mahukan.

Orang Islam tidak perlu untuk mengelak sebarang makanan tertentu, kecualilah makankesihaan yang sememangnya haram untuk penganut Islam seperti daging khinzir. Semasa sahur dan iftar, mereka boleh makan apa sahaja yang mereka mahukan. Orang Islam seluruh dunia datang daripada pelbagai budaya dan cara hidup. Oleh itu, setiap orang cenderung untuk menikmati makanan tradisional mereka sendiri. Walau bagaimanapun, setiap individu dinasihatkan untuk bersederhana semasa berbuka dan bersahur di bulan Ramadan.

Memandangkan berpuasa sepanjang hari di bulan Ramadan sudah sememangnya sukar, jadi makanan tertentu boleh menjadikan tubuh anda lebih sukar lagi. Makanan bergoreng dan berminyak mungkin kelihatan lazat, tetapi makanan-makanan ini sukar untuk sistem penghadaman anda. Jenis makanan seperti ini boleh membuatkan anda rasa mual dan kembung perut. Sebagai seorang Islam yang memerlukan anda untuk melakukan amalan sunat seperti solat tarawih di malam hari, keadaan kesihatan anda selepas makan tentunya membuatkan anda rasa tidak selesa. Oleh itu, kebanyakan individu Islam akan memilih makanan dengan karbo kompleks dan protein untuk sahur, bagi memberikan perut mereka rasa kenyang untuk tempoh masa yang lama. Seperkara lagi tentang pemilihan makanan semasa bulan puasa adalah anda tidak mahu rasa pedih ulu hati dan perut berangin.

Kurma adalah makanan tradisional bagi orang Islam semasa iftar kerana kandungannya yang tinggi tenaga. Bagi memulakan waktu berbuka puasa, anda disarankan untuk minum air perlahan-lahan, kemudian anda boleh teruskan dengan makanan lain. Walaupun anda rasa tergoda untuk memenuhkan perut anda dengan semua makanan selepas seharian menahan lapar, namun, makan perlahan-lahan adalah baik untuk kesihatan anda.

Boleh menyebarkan kebaikan.

Intipati Ramadan adalah penyucian rohani. Orang Islam ketika bulan ini akan cuba melakukan sebanyak mungkin perkara kebaikan. Sesetengah individu akan memilih untuk melawat orang sakit, sementara sesetengah yang lain akan bersedekah dengan memberi wang atau memberi makanan kepada mereka yang miskin atau kurang bernasib baik. Makna sebenar berpuasa Ramadan adalah untuk setiap individu merasai pengalaman berasa lapar sepanjang hari, supaya mereka akan rasa lebih bersimpati kepada golongan yang tidak bernasib baik dan belajar untuk bersyukur.

Boleh mandi di bulan Ramadan. 

Tiada siapa yang tahu mengapa salah faham mengenai tidak boleh mandi semasa bulan Ramadan bertebaran sejak sekian lama. Berpuasa bermaksud anda tidak boleh memasukkan makanan atau cecair dalam perut anda menerusi mulut ataupun hidung. Sedikit air yang menyerap melalui kulit anda tidak dikira membatalkan puasa. Jadi, asalkan anda tidak tertelan air semasa mandi, anda boleh mandi sebanyak mungkin yang anda mahukan. Malahan, membersihkan tubuh dengan betul sebenarnya boleh membantu dengan penyucian jiwa anda dan memberi keselesaan untuk mengerjakan ibadah. Bayangkan betapa sukarnya jika anda perlu berpuasa, solat, dan mengerjakan aktiviti harian lain dengan keadaan tubuh yang berbau akibat tidak mandi beberapa hari!

Anda mungkin berminat membaca artikel ini:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tahu Tak, Warna Lidah Boleh Jadi Petanda Anda Tidak Sihat! Warna Selain Merah Jambu BAHAYA!

    Tahukah anda bahawa warna lidah boleh menunjukkan tahap kesihatan anda? Cuba periksa lidah anda. Adakah lidah berwarna putih, hitam ataupun merah jambu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Ini 7 Tip Jaga Berus Gigi, Salah Satunya Kena Rendam Dalam Cecair Pengkumur Mulut!

    Ramai yang tahu cara untuk memberus gigi namun tidak tahu cara cuci berus gigi sebelum atau selepas menggunakannya. Jom klik untuk baca!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Haid Tidak Tentu Salah Satu Petanda PCOS, Jadi Bagaimana Cara Nak Kesan Jika Hamil?

    PCOS adalah keadaan yang mengganggu hormon dan kesuburan seseorang wanita. Justeru, pesakit yang inginkan zuriat mungkin sukar untuk mengesan kehamilan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Nampak Macam Sama, Tapi Jangkitan Gonorea & Klamidia Ini Sangat Berlainan! Ini Bezanya

    Penyakit gonorea dan penyakit klamidia mungkin sering dianggap sebagai satu jangkitan yang sama. Namun, kedua-duanya adalah tidak sama. Ini bezanya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    masalah selulit

    Selulit & Stretch Marks Berbeza, Ya! Ini 3 Cara Untuk Mencegahnya, Mudah Sahaja!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
    Serangan Jantung

    Elak Serangan Jantung Kali Kedua, Caranya Jaga Makan! Ubah Diet Anda Sebelum Terlambat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
    menguruskan badan

    Gagal Berdiet LAGI? 7 Tip Ini PASTI Dapat Bantu Anda Capai Berat Yang Dihajati

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
    khasiat air lemon

    WOW! Bukan Saja Boleh Buat Turun Berat Badan, Tapi Air Lemon Juga Jadikan Wajah Berseri

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan