Penyelidikan Ubat Untuk Alzheimer Mungkin Menawarkan Harapan Kepada Pesakit

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 13/12/2018 . 2 minit bacaan
Share now

Alzheimer adalah sejenis demensia yang perlahan-lahan memusnahkan ingatan dan kemahiran berfikir, dan akhirnya berkeupayaan melaksanakan tugasan yang mudah sahaja. Simptom-simptom yang terkumpul secraa beransur-ansur akan menjadi lebih buruk dari semasa ke semasa, kemudian menjadi cukup teruk sehingga menganggu aktiviti harian. Penyakit ini biasanya bermula pada warga tua yang berada di pertengahan umur 60-an.

Menurut Alzheimer’s Disease International, hampir 47 juta orang seluruh dunia hidup dengan demensia. Jumlah ini dijangka melebihi 131.4 juta menjelang 2050. Di Malaysia khususnya, anggaran menunjukkan bahawan terdapt kira-kira 50,000 orang yang menghidap penyakit ini.

Kajian baru terhadap ubat untuk Alzheimer

Satu kumpulan ubat-ubatan baru yang bertujuan untuk membersihkan kelikatan daripada otak pesakit Alzheimer menawarkan semangat, harapan bahawa ia mungkin dapat melambatkan perkembangan penyakit.

Baru-baru ini pakar dan penyelidik telah menguji kecekapan LMTM, ubat yang dicipta oleh TauRx Therapeutics Ltd dari Singapura. Mereka berharap dapat melihat hasilnya melambatkan dan bahkan mengurangkan perkembangan protein tau pada otak pesakit.

Proses ujian ubat

Eksperimen ini melibatkan 891 orang yang disyaki mempunyai penyakit Alzheimer. Pelan ini adalah untuk membahagikan peserta secara rawak ke dalam 2 kumpulan. Kumpulan pertama dengan majoriti pesakit dalam penyelidikan akan menerima kedua-dua rawatan yang diluluskan untuk penyakit Alzheimer dan ubat eksperimen. Selebihnya termasuk lebih daripada 100 peserta hanya mengambil ubat baru, tetapi tiada ubat-ubatan lain yang diluluskan.

Hasil ujian ubat

Selepas eksperimen, Serge Gauthier, profesor neurologi di Universiti McGill berkata, keputusan kajian gagal menunjukkan manfaat rawatan pada salah satu hasil utama bersama, sama ada dos dalam analisis utama yang telah ditetapkan sebelumnya. Walau bagaimanapun, mereka mendapati bahawa mereka dalam kumpulan kedua yang mengambil LMTM sebagai monoterapi menyaksikan penurunan yang sangat rendah apabila dibandingkan dengan kumpulan pertama yang menggunakan LMTM sebagai bahan tambahan untuk menyokong meditasi yang sedia ada. Walau bagaimanapun, adalah fakta bahawa pesakit masih melihat pengurangan kadar atropi otak dalam kalangan kumpulan kedua.

Kemungkinan LMTM

Dapatan awal daripada kajian itu menjanjikan LMTM sebagai cara berpotensi untuk merawat Alzheimer. Walau bagaimanapun, pakar lain yang tidak menyertai secara langsung dan analisis percubaan pertama itu menganggarkan kecekapan LMTM dalam kalangan majoriti.

Maria Carrillo, ketua pegawai sains di Alzheimer’s Association menganggap penemuan ini adalah menarik tetapi juga kompleks, dan ia akan mengambil masa untuk menentukan apa yang mereka maksudkan. Sebilangan kecil peserta yang menerima ubat kajian sebagai monoterapi menimbulkan persoalan yang sangat penting. Penyelidikan tambahan diperlukan untuk membantu lebih memahami penemuan itu dan supaya terapi Alzheimer dapat dicipta dan diuji dengan berkesan. 

Di samping itu, apabila terdapat rawatan baru, kira-kira 80% pesakit dalam kajian melaporkan perubahan buruk mereka, termasuk gangguan sistem gastrousus atau saraf, masalah buah pinggang dan kencing, serta jangkitan dan infestasi (serangan atau kehadiran parasit-parasit pada kulit, tisu atau kadang-kadang organ di dalam badan).

Sehingga kini, Alzheimer tidak dapat diubati. Bukan sahaja LMTM tetapi juga ubat-ubatan lain masih diuji dengan harapan untuk mengubati penyakit ini sepenuhnya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Penyakit Alzheimer Dan Demensia, Yang Mana Satu Digelar Nyanyuk? Kenali Perbezaannya!

    Tahukah anda apa itu penyakit Alzheimer dan demensia? Kedua-dua penyakit yang dipanggil nyanyuk ini sebenarnya amat berbeza antara satu sama lain!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Bersenam Bukan Hanya Jadikan Badan Cergas, Tapi Juga Baik Untuk Otak, No 3 Paling UTAMA

    Kebaikan bersenam kepada kesihatan badan sudah diketahui umum. Tetapi benarkah, senaman kardio juga memberikan manfaat pada otak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Jaga-jaga Si Rabun, Masalah Mata Boleh Buat Anda Berisiko Jadi Nyanyuk Di Usia Tua Nanti!

    Masalah penglihatan boleh jejaskan struktur otak anda. Kajian terbaharu menunjukkan, semakin teruk gangguan penglihatan, semakin teruk risiko untuk nyanyuk!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Penjagaan Warga Emas 10/08/2020 . 3 minit bacaan

    Nyanyuk Sampai Makan Pun Lupa? Penjaga Pesakit Alzheimer Perlu Buat 5 Perkara Ini!

    Apa itu penyakit Alzheimer? Ia adalah punca utama nyanyuk (demensia). Kesannya, sampai makan pun boleh lupa. Ini yang penjaga pesakit perlu buat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 10/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    minum kopi

    Warga Emas Yang Gemar Minum Kopi, Ini Berita Baik! Kopi Boleh Kurangkan Risiko Nyanyuk & Parkinson

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyebab alzheimer di usia muda penyebab alzheimer di usia muda

    Bukan Warga Emas Sahaja, Orang Muda Juga Berisiko Terkena Alzheimer Jika Ini Berlaku…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    gejala diabetes

    Kencing Manis Bukan Hanya 2 Jenis Saja, Diabetes Ke-3 Lagi Bahaya, Boleh Hilang Ingatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 17/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit demensia

    Jika Ada Ahli Keluarga Menghidap Demensia, Ajak Mereka Lakukan 5 Perkara MENARIK Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan