Musim Panas Kembali! Ini 5 Tip Guna Aircond Tanpa ‘Makan’ Banyak Elektrik

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/08/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Kalau anda perasan, cuaca sekarang agak panas, bukan? Ini bukanlah perasaan anda seorang semata-mata. Hakikatnya, Malaysia kini memang dalam proses peralihan dari musim tengkujuh ke musim panas.

Jadi, kita semua wajar bersedia dari sekarang. Antara perkara yang perlu diberi perhatian lebih adalah penggunaan penyaman udara. Apa yang kita perlu tahu mengenainya? 

Tinjauan cuaca jangka masa panjang, sediakan penyaman udara sekarang!

Menurut tinjauan cuaca jangka masa panjang yang dijalankan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, kejadian hujan monsun di beberapa negeri terutamanya di sebelah pantai timur Semenanjung akan mula berkurang dan keadaan cuaca yang lebih kering dijangka akan berlaku di sebelah utara Semenanjung menjelang Januari 2020.

“Negara kita kini sedang berada dalam fasa kedua Monsun Timur Laut sehingga sekitar bulan Mac 2020.

Ketika ini, negara kita terutamanya kawasan Semenanjung dijangka akan kurang berlaku hujan dalam tempoh yang agak panjang (kira-kira suku tahun) lantas mengakibatkan cuaca yang kering dan panas”, ini menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Disebabkan itu, orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan sumber air dan elektrik dengan lebih berhemah, hadkan aktiviti luar, banyakkan minum air masak serta elakkan pembakaran terbuka.

Kesemua ini adalah bertujuan memastikan rakyat Malaysia kekal sihat dan kuat dalam menjalani kehidupan seharian ketika musim panas ini.

Tip guna penyaman udara ketika musim panas

Image result for using aircond

Sudah menjadi lumrah masyarakat kita, mesti pasang aircond setiap kali rasa panas dalam bilik, bukan? Ya, tidak salah untuk melakukan ini.

Akan tetapi, ia mungkin akan menyebabkan pembaziran elektrik jika tidak digunakan dengan cermat. Jadi, apakah yang boleh dilakukan dalam usaha jimatkan elektrik semasa menggunakan penyaman udara?

Berikut beberapa tip penggunaan penyaman udara ketika musim panas yang anda boleh amalkan menurut Tenaga Nasional Berhad (TNB):

#1. Laraskan suhu sekitar 24 ke 26 darjah celcius

TNB menyatakan antara langkah utama dalam menjimatkan penggunaan peralatan elektrik seperti penyaman udara adalah dengan melaraskan ia kepada suhu yang “sedang-sedang sahaja” yakni 24 hingga 26 darjah celsius.

Dengan suhu yang sederhana (tidak terlalu sejuk, tidak terlalu panas) ini, sudah pasti ia sudah mampu membuat anda berasa nyaman serta membuat peralatan ini tidak mudah rosak dan tahan lebih lama. 

#2. Servis dengan lebih kerap

Sama seperti peralatan elektrik yang lain seperti kipas, lampu atau peti sejuk, aircond juga perlu menjalani servis sekurang-kurangnya 3 atau 4 bulan sekali.

Tujuan ia dilakukan adalah untuk membersihkan atau menukar penapis penyaman udara agar dapat memaksimumkan potensi penyejukan peralatan ini.

Untuk pengetahuan anda, penapis yang kotor atau rosak akan menghalang laluan udara sekali gus mengurangkan kecekapan fungsinya.

#3. Tutup semua pintu, tingkap dan lubang untuk kesan terbaik

Ketika musim panas ini, sudah pasti kita semua mahu aircond yang dipasang dapat menyejukkan bilik kita, bukan? Jadi, apakah trik yang paling sesuai untuk merealisasikan hasrat ini?

Caranya, tutup semua pintu, tingkap dan lubang ketika penyaman udara dipasang untuk memastikan udara sejuk tidak keluar dari bilik. Cuma jangan kunci diri di dalam bilik seorang diri, ya? Takut ada kecemasan pula nanti, susah untuk berlari keluar.

#4. Tetapkan masa untuk aircond terpadam sendiri

Image result for using aircond

Seiring dengan zaman teknologi kini, kebanyakan peralatan elektrik mempunyai sistem ‘sleep atau terpadam sendiri, sama seperti komputer atau televisyen.

Tujuan sistem ini diwujudkan adalah untuk menjimatkan penggunaan elektrik sekiranya pengguna tertidur atau terlupa untuk memadamkannya di saat sudah tidak lagi mahu menggunakannya.

Jadi, sila tetapkan waktu spesifik anda mahu menggunakannya, okay?

 #5. Guna kipas sebagai alternatif

Anda tidak perlu guna penyaman udara sepanjang masa, bukan?

Ini kerana penggunaannya terlalu lama bukan sahaja akan membuat bil elektrik rumah anda melambung tinggi, malahan gas klorofluorokarbon dari aircond yang dijana untuk menyejukkan isi rumah anda sebenarnya mungkin akan merosakkan kualiti udara di luar sana.

Tanya kepada diri anda, adakah anda mahu mementingkan diri anda dan tidak langsung mempedulikan alam semula jadi kita?

Jadi, kadang kala tidak salah untuk anda menggunakan kipas. Kalau tidak cukup sejuk, apa kata anda beli kipas besar seperti yang selalu diletakkan di restoran mamak dan guna ia di dalam bilik anda. Tiada lagi keluhan, bukan?

penyaman udara

Sila tukar penyaman udara anda!

TNB juga menyarankan pengguna untuk menggantikan penyaman udara yang telah lama atau usang kerana ia tidak lagi efektif setelah bertahun-tahun digunakan.

Jadi, sila beli yang baru sekiranya aircond yang anda gunakan itu sudah tidak boleh berfungsi dengan baik walaupun selepas diservis secara berkala. Akan tetapi, sila baca tip berikut sebelum membeli, ya? 

Tip membeli penyaman udara yang terbaik:

  • Memilih model yang mempunyai bilangan bintang kecekapan tenaga paling tinggi – Lebih banyak bintang, lebih cekap tenaga penyaman udara tersebut
  • Memilih saiz dan jenis yang tepat dan bersesuaian dengan ruang bilik anda – Ini kerana kapasiti kuasa kuda penyaman udara yang terlebih besar akan menggunakan tenaga elektrik yang lebih banyak serta lebih mahal untuk dibeli dan dipasang.

Bagaimana jika tiada aircond?

Tidak semua orang mampu atau suka menggunakan peralatan ini dalam kediaman mereka. Jadi, bagaimana mereka boleh survive dalam keterikan dan kekeringan musim panas ini? Jangan risau, Hello Doktor pasti ada jawapannya.

  1. Pastikan langsir rumah sentiasa ditutup.
  2. Letakkan ketulan ais di depan kipas, cuma pastikan ia jauh dari sebarang wayar atau punca elektrik, ya?
  3. Tukar cadar dan selimut anda ke material yang lebih lembut seperti cotton atau satin.
  4. Tukar mentol lampu yang kurang mengeluarkan haba seperti flourscent bulb atau incandescent bulb.
  5. Pasang exhaust fan di dalam rumah.
  6. Tidur di lantai atau permukaan yang rata seorang diri.
  7. Kurangkan waktu berada di luar rumah.
  8. Banyakkan mandi dan minum air.

Dalam erti kata yang lain, anda masih boleh survive walaupun tiada aircond di rumah anda. Jadi, jangan terlalu risau mengenainya, okay? Apa yang penting adalah anda sentiasa menjalani kehidupan yang lebih sihat semasa musim panas ini.

Konklusi

Kesimpulannya, penyaman udara sudah menjadi seperti satu kemestian bagi kalangan masyarakat kita kerana kita tinggal di negara beriklim khatulistiwa, yang hanya ada hujan dan panas sepanjang tahun. Ketika musim panas yang sedang berlaku kini, ia sudah tentu boleh diumpamakan seperti ‘penawar’ kepada ‘penyakit’ untuk anda.

Namun, tidak wujud sebarang masalah jika anda tidak mempunyainya di rumah. Di dalam kereta, pejabat atau pusat membeli-belah pasti mempunyai, bukan? Jadi, tidak salah untuk anda singgah sebentar di tempat sebegini untuk menyamankan diri anda seketika!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Artikel lain untuk anda

    penghawa dingin

    Selamat Ke Penyaman Udara Untuk Si Manja? Sebelum Buka Aircond Dalam Bilik Bayi, Baca Ini Dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyaman udara

    Tular Di China Aircond Sebar COVID-19, Sahih Atau Tidak, Tapi Ini Risiko Makan Di Restoran

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 13/05/2020 . 3 minit bacaan
    musim panas

    Minuman Terbaik Cuaca Panas

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 18/04/2018 . 2 minit bacaan