Penyakit Buah Pinggang: Keperluan Vitamin dan Mineral

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Menurut Institut Perubatan, tubuh manusia memerlukan sekurang-kurangnya 13 vitamin bagi membolehkannya berfungsi dengan baik. Diet yang seimbang adalah cara yang disyorkan bagi mendapatkan jumlah vitamin yang diperlukan. Bagaimanapun, bagi pesakit penyakit buang pinggang kronik (CKD) atau mereka yang menerima dialisis, mereka tidak dapat memperoleh semua vitamin dan mineral atas pelbagai sebab kesihatan.

Vitamin dan mineral

Pesakit dengan CKD mempunyai keperluan yang lebih besar untuk beberapa vitamin dan mineral. Antara contoh vitamin yang diperlukan adalah B1, B2, B6, B12, asid folik, niacin, asid pantotenik, biotin dan vitamin C, manakala mineral adalah zink, zat besi dan kuprum.

Vitamin dan mineral ini akan membantu tubuh anda menggunakan makanan yang anda makan. Ia diperlukan untuk membuat tenaga untuk sel-sel dan menggalakkan pertumbuhan dan memperbaiki tisu-tisu badan. Dan, penyakit buah pinggang kronik mengubah keperluan tubuh anda untuk vitamin dan mineral tertentu disebabkan oleh:

  • Produk sisa yang terhasil dalam tubuh setiap hari boleh mengubah cara tubuh menggunakan vitamin dan mineral.
  • Sesetengah ubat yang anda ambil boleh mengubah cara tubuh menggunakan vitamin dan mineral tertentu.
  • Beberapa vitamin hilang semasa rawatan dialisis.
  • Akibat diet CKD, anda boleh merosakkan beberapa vitamin dan mineral tertentu daripada beberapa kumpulan makanan.
  • Pada hari yang anda berasa tidak cukup baik untuk makan makanan biasa, anda mungkin tidak mendapat cukup vitamin dan mineral setiap hari.
  • CKD mengubah keupayaan tubuh anda untuk membuat beberapa vitamin, contohnya ialah Vitamin D.

Peranan vitamin

Larut lemak

  • Vitamin A: Menggalakkan pertumbuhan sel dan tisu, serta membantu melindungi daripada jangkitan.
  • Vitamin D: Membantu tubuh menyerap kalsium dan fosforus, menyimpan mineral ini dalam tulang dan gigi, dan mengawal hormon paratiroid (PTH).
  • Vitamin E: Membantu melindungi sel daripada pengoksidaan dan radikal bebas untuk melindungi daripada penyakit jantung dan beberapa jenis kanser.
  • Vitamin K: Membantu darah membekukan protein, penting untuk pembentukan tulang yang sihat.

Larut air

  • Vitamin B1 (thiamin): Membantu sel menghasilkan tenaga daripada karbohidrat dan membantu sistem saraf berfungsi dengan baik.
  • Vitamin B2 (riboflavin): Membantu sel menghasilkan tenaga, menyokong penglihatan normal dan kulit yang sihat.
  • Vitamin B6: Membantu menghasilkan protein, yang mana kemudiannya digunakan untuk menghasilkan sel, dan juga membantu menghasilkan sel darah merah.
  • Vitamin B12: Membantu membuat sel baru, mengekalkan sel saraf dan berfungsi dengan folat untuk membuat sel darah merah.
  • Niacin: Membantu tubuh menggunakan gula dan asid lemak, membantu sel menghasilkan tenaga dan membantu fungsi enzim dalam tubuh.
  • Folat: Membantu membuat DNA untuk sel baru dan berfungsi dengan vitamin B12 untuk menghasilkan sel darah merah.
  • Vitamin C: Membantu tubuh menyerap zat besi, membuat kolagen, membentuk dan memperbaiki sel darah merah, tulang dan tisu lain, mengekalkan gusi yang sihat dan menyembuhkan luka, serta mengekalkan sistem imun yang sihat.
  • Biotin: Membantu sel menghasilkan tenaga dan memetabolisme protein, lemak dan karbohidrat.
  • Asid pantotenik: Membantu tubuh menghasilkan tenaga dan memetabolisme protein, lemak dan karbohidrat.

Adakah perlu pengambilan vitamin dan mineral daripada suplemen?

Hampir semua vitamin dan mineral boleh didapati daripada makanan. Tubuh tidak menghasilkan bahan-bahan ini. Bagi mereka dengan buah pinggang yang sihat dan makan pelbagai makanan daripada semua kumpulan makanan akan mendapat banyak vitamin dan mineral.

Namun, bagi pesakit buah pinggang, mereka perlu mengehadkan beberapa kumpulan makanan. Ini menyebabkan mereka mungkin tidak mendapat semua vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh setiap hari. Oleh itu, mungkin penting bagi mereka mendapatkan suplemen vitamin dan mineral tertentu. Bagaimanapun, pesakit perlu berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Masih KURANG! Hanya 1% Rakyat Malaysia Mendaftar Sebagai Penderma Organ

    Prosedur pemindahan organ boleh menyelamatkan nyawa. Namun, hanya sekitar 1% rakyat Malaysia yang baru mendaftar untuk derma organ.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 20/04/2020 . 4 minit bacaan

    9 Tip Jaga Kesihatan Buah Pinggang, Lebih-Lebih Lagi Jika Ada Diabetes & Hipertensi

    Buah pinggang merupakan antara organ penting di dalam badan. Ingin tahu tip menjaga kesihatan buah pinggang? Ikuti perkongsian artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 24/10/2019 . 3 minit bacaan

    Peninju MMA Amalkan Terapi Minum Air Kencing Untuk Lebih Kuat? Betul Ke?

    Pada tahun 2009, Juan Manuel Marquez telah mempromosikan terapi air kencing untuk memperolehi kebaikan nutrisi. Persoalannya, bukan ada bakteria ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 17/10/2019 . 3 minit bacaan

    Jering dan Kandungan Asid Djenkolik yang Dimilikinya

    Buah jering ini mengandungi kandungan asid djenkolik yang berisiko menyebabkan keracunan kepada pemakannya jika diambil terlalu banyak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 20/08/2019 . 8 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    apa itu dialisis

    Dialisis, Rawatan Untuk Pesakit Buah Pinggang Yang Berkos Tinggi, Ada Alternatif Lain Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/10/2020 . 3 minit bacaan
    minum kolagen

    Jangan Terpengaruh Dengan Trend, Sekadar Kolagen Sahaja Tidak Akan Buat Anda Awet Muda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 03/09/2020 . 3 minit bacaan
    derma darah

    9 Kriteria Derma Darah Di Malaysia, Mereka Yang Pernah Tinggal Di Eropah Tak Boleh Derma?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 26/06/2020 . 3 minit bacaan
    kerap kencing

    Aduh! Asyik Kerap Nak Terkencing, Ini 8 Makanan Perlu Ambil & Harus Dielakkan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/05/2020 . 3 minit bacaan