Zuriat HIV: Mengelakkan Anak Mewarisi Penyakit AIDS Daripada Ibu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/01/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Julia adalah seorang wanita berusia awal 30-an yang agak normal jika dilihat dari luar. Namun, apa yang mungkin ramai tidak tahu, dia menghidapi penyakit AIDS. Disebabkan itu, dia sangat takut untuk berkahwin kerana bimbang dia akan menyebarkan virus penyakit ini kepada suami dan mungkin anaknya. Persoalannya, adakah penyakit ini boleh terjangkiti oleh anak melalui ibunya?

Untuk mengetahui jawapannya, ayuh kita sama-sama ikuti artikel ini.

Apakah itu penyakit AIDS?

Sebelum itu, kita semua perlu tahu terlebih dahulu mengenai penyakit AIDS yang disebabkan oleh virus HIV ini.

Untuk pengetahuan anda, Human Immunodeficiency Virus (HIV) merupakan sejenis virus yang akan memusnahkan sistem imunisasi dalam tubuh badan seseorang individu. Kondisi membimbangkan ini seterusnya akan mengakibatkan penderitanya menderita Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS) jika tidak dikesan dan dirawat dalam kadar yang segera.

Virus ini akan akan menyerang sistem imun dalam badan terutamanya sel CD4. Sel ini merupakan sel yang membantu sistem imun melawan setiap infeksi yang berlaku dalam badan seseorang individu. Sekiranya sel ini dimusnahkan oleh HIV, individu itu akan mengalami sistem imun yang lemah sekaligus menyebabkan mereka mudah mendapat pelbagai jangkitan penyakit yang lain contohnya kanser.  

Penyakit AIDS boleh merebak dari satu individu ke individu yang lain. Sering menjadi persoalan, adakah ibu yang dijangkiti HIV akan membuatkan anaknya turut dijangkiti virus ini? Sila teruskan pembacaan anda untuk mengetahui jawapan kepada persoalan anda itu.

Adakah penyakit AIDS berisiko merebak kepada anak melalui ibunya?

Buat anda yang belum tahu, virus yang menyebabkan penyakit AIDS iaitu HIV sangat mudah merebak melalui cecair dalam badan seperti darah, air mani, cecair faraj dan susu ibu. Antara perbuatan yang membolehkan HIV menjangkiti individu yang lain adalah:

  • Hubungan seks
  • Pemindahan organ dan darah
  • Perkongsian jarum suntikan

Selain itu, HIV juga boleh merebak melalui ibu kepada anaknya. Virus ini boleh merebak ketika anak berada dalam kandungan dan ketika melahirkan. Dalam pada itu juga, HIV mampu merebak melalui susu ibu yang diberikan oleh ibu yang menderita penyakit AIDS kepada anaknya.

Adakah kondisi ini boleh dihalang?

Perebakan HIV melalui ibu kepada anak atau Perinatal Transmission of HIV sebenarnya boleh dihalang. Ini kerana terdapat beberapa strategi dan ubat-ubatan yang mampu menghalang dan merawat kondisi membimbangkan ini. Risiko kondisi ini mampu dikurangkan kepada 2% atau kurang sekiranya langkah-langkah berikut diambil dengan kadar segera.

#1. HIV dapat dikesan lebih awal

Centers for Disease Control and Prevention (CDC) menyarankan semua wanita membuat ujian HIV seawal yang mungkin. Ibu yang sedang hamil juga perlu membuat ujian ini agar langkah intervensi dapat diambil sekiranya mereka positif menghidap HIV.

Ujian ini adalah selamat dilakukan tanpa mengira wanita itu sedang hamil atau tidak dan bertujuan untuk membuat mereka lebih bersedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku. Sekiranya positif, ubat-ubatan amat diperlukan bagi memastikan keselamatan anak dalam kandungan serta diri mereka.

#2. Pengambilan ubat-ubatan dan pembedahan caesarean

Ibu yang dijangkiti HIV perlu mengambil ubat-ubatan semasa hamil dan semasa proses kelahiran. Ini bertujuan untuk menghalang HIV daripada merebak dan bercambah ke tahap yang lebih membimbangkan. Ubat-ubatan ini dapat disalurkan kepada bayi daripada ibu melalui plasenta. Dengan ini, bayi dalam kandungan dapat dilindungi daripada virus HIV ketika berada dalam kandungan.

Ketika kelahiran pula, cecair dan darah daripada vagina ibu yang menderita HIV juga mampu merebakkan virus ini kepada bayi. Pembedahan caesarean perlu dilakukan untuk mengurangkan risiko kondisi ini berlaku. Selepas kelahiran pula, bayi perlu diberi ubat-ubatan untuk tempoh 4 ke 6 minggu selepas kelahiran. Ini bertujuan untuk mengurangkan risiko infeksi HIV berjangkit.

#3. Tidak menyusukan anak dengan susu badan

Ibu yang sah menderita HIV, perlu tidak menyusukan anak dengan susu badan. Ini kerana HIV mampu merebak melalui cecair. Selain darah dan air mani, susu ibu juga mampu merebakkan virus ini. Oleh itu, ibu yang dijangkiti HIV perlu menyusukankan anak mereka dengan susu formula untuk mengelakkan risiko virus ini merebak.

Buat masa kini, tiada penawar wujud untuk mengubati HIV. Namun begitu, dengan rawatan rapi, virus ini boleh dikawal, Terapi untuk mengawal virus ini iaitu Antiretroviral Therapy (ART) adalah terapi terbaik yang boleh menjamin tahap kesihatan penderita HIV berada di tahap yang baik.

penyakit AIDS

Adakah penyakit AIDS boleh dirawat?

Bagi individu yang sedang menderita penyakit ini, sudah tentu persoalan seperti ini selalu berlegar dalam pemikiran anda, bukan? Untuk pengetahuan anda, penyakit AIDS merupakan penyakit yang dikenali tidak mempunyai sebarang ubat dan sehingga kini, saintis masih sedang berusaha keras untuk mencari penawarnya.

Namun, setakat ini sahaja sudah tercatat beberapa kes di mana pesakit berjaya sembuh atau mencapai tahap remisi tanpa pengambilan sebarang ubat. Adakah ini satu magis atau pencapaian dalam bidang perubatan?

Ubat antireroviral, penyelamat pesakit AIDS

Ubat antiretroviral mungkin merupakan salah satu kejayaan terbesar dunia perubatan terhadap usaha melawan penyakit AIDS ini. Ia telah dibuktikan bahawa ia mampu meningkat kualiti dan jangka hayat kehidupan mereka yang terjangkiti. Namun, pengambilannya perlu diteruskan seumur hidup anda.

Selain itu, ia juga hanya berkeupayaan untuk menurunkan paras jumlah virus HIV yang terdapat dalam tubuh badan sahaja dan tidak boleh memusnahkannya secara terus. Ini bermakna, ia bukan satu penawar yang akan menyembuh, tetapi ia adalah ubatan yang akan merawat dan mencegah ia dari menjadi lebih teruk sahaja.

Kajian terbaharu dari US

Namun pada tanggal 24 September 2019, sekumpulan pengkaji dari Universiti California telah berjaya menemui potensi rawatan penyakit AIDS! Mereka menyatakan bahawa proses ini boleh membunuh virus HIV yang hidup di dalam tubuh badan pesakit. Adakah ia benar?

Proses ini melibatkan penyuntingan bahan genetik sel sistem pertahanan badan dan dalam masa yang sama mematikan gen yang selalu menjadi sasaran virus HIV menggunakan kaedah penyuntingan CRISPR. Gen tersebut dikenali sebagai HIV-1 Enhanced LncRNA (HEAL) dan ia dianggap boleh memainkan peranan penting dalam proses patogenesis jangkitan HIV. Namun, ini semua masih berada dalam peringkat kajian lagi.

Ternyatalah bahawa penyakit AIDS ini adalah sangat berbahaya buat individu termasuklah ibu mengandung kerana ia mungkin berisiko menjangkiti anak anda. Jadi, cuba lalui hidup yang lebih sihat dan elakkan sebarang perlakuan yang boleh menyebabkan kita dijangkiti penyakit ini okay!

Konklusi

Kesimpulannya, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Langkah berjaga-jaga perlu sentiasa diambil dalam setiap aktiviti seharian kita. Pelbagai kempen dan kesedaran berkaitan HIV dan penyakit AIDS perlu lebih giat dijalankan bagi menimbulkan kesedaran kepada masyarakat agar kondisi ini dapat dikawal dan dihalang.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jika Doktor Nasihatkan Ibu Hamil Banyak Rehat & Baring, Ini Maksudnya! Seks Pun Tak Boleh Buat!

    Kadangkala, ibu hamil akan diminta rehat atas katil untuk mengelakkan komplikasi bahaya stress ketika mengandung. Namun, tahukah anda apa itu bed rest?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 12/10/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Hamil Kena Tahu Bila Waktu Subur, Tapi Tahu Tak Tanda Subur Setiap Wanita Berbeza?

    Tanda-tanda ovulasi wanita mungkin berbeza bagi setiap individu, ada juga yang tidak mengalami sebarang gejala ketika ia berlaku.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 12/10/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Bersama Tapi Tak Tahu Pasangan Ada Mood Atau Tidak? Perhatikan Petanda Isteri Terangsang

    Kaum Adam, jika anda ingin memberikan pengalaman seks terbaik kepada isteri, amat penting untuk mengenal pasti tanda-tanda wanita ghairah terlebih dahulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 07/10/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita Sering Berasa Sakit Pada Bahagian Pelvis? Mungkin Penyebabnya Ada Dalam 9 Perkara Ini

    Bagi para wanita, kesakitan pada pelvis mungkin merupakan tanda kekejangan haid, ovulasi, atau masalah gastrousus seperti intoleransi makanan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 07/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kejang perut tanpa haid

    Tak Period Pun Tapi Masih Sakit Perut? Ini Masalah Kesihatan Lain Yang Boleh Jadi Punca

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
    masalah kesuburan wanita

    Tak Tahu Sudah Lepas Waktu Subur Atau Belum? Kenal Pasti 5 Tanda Ovulasi TIDAK Berlaku

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    libido wanita hamil

    Keinginan Nafsu Seksual Turun Naik Masa Hamil? 5 Perkara Inilah PUNCANYA

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 16/10/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit tiroid ibu hamil

    Bahaya! Ibu Hamil Yang Ada Masalah Tiroid Berisiko Lahirkan Bayi Kerdil

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan